Suka beli alat tulis

February 28, 2017

Assalamualaikum.

Selamat pagi!. Bangun...bangun.. pergi kerja. Pergi sekolah. Jangan bermalasan atas katil. Semangat! Yeahhh.

28 Februari 2017.
Dah nak tiba penghujung Februari. Korang....cepatnya masa berlalu! 

Just nak share satu tabiat Cik Rose. Suka beli alat tulis terutamanya pen warna-warni, pensel warna dan lain-lain. Bukan boleh masuk kedai alat tulis. Bahaya. Geram je tengok colourful ni! Rasa membuak-buak nak beli. Tapi, cuba juga ku kawal nafsu sebaik-baiknya. Hihi. Tapi, kerap kali Cik Rose tewas! Mesti ada je yang dibeli. Kalau gi sorang atau dengan kawan-kawan, amboi bermaharajalela lah Cik Rose. Tapi, kalau pergi dengan suami, pandai pula kawal diri! Hikhik. 


Takpe, tabiat beli alat tulis ni ok ape. Memang Cik Rose guna pun kan. Takdelah membazir ke  kan. Perasan tak kat gambar atas ni, terselit pensel IKEA? Hihi. Kenangan pertama kali menjejakkan kaki ke IKEA masa pergi kursus di Putrajaya dulu. Tahun 2014. Dah alang-alang kursus tu, singgah ke IKEA Damansara. Tapi, masa tu tak membeli sangat pun. Boleh pula tak de keinginan nak shopping. Beli ape je. Frame, bekas plastik sampah dengan tempat letak sudu garpu. Aduhai.. Entah pape. 

Sehingga berjumoa di entry akan datang.


You Might Also Like

4 comments

  1. cik rose sama mcm anak2 MV...asyik membeli alat tulis

    ReplyDelete
  2. dulu zaman sekolah mmg suka beli ... skrg ni guna je yg opis bg hahahaha

    ReplyDelete
  3. Saya pun macam tu. Banyak sangat kat rumah. Sampai ada yang dapat guna sebab masuk angin..

    ReplyDelete
  4. akak suka tang sharpie tu hehehe

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS