Friday, February 03, 2017

TEMPAT MAKAN BEST DI JOHOR BAHRU - NASI SERAI DI LC CATERING

Makan di LC Catering Johor Bahru | Assalamualaikum. Hai korang! Apa khabar? Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Sekejap je rasa dah bulan Februari. Bulan kedua di tahun 2017. Macam mana perjalanan hari korang? Moga positif aje ye!

Entry kali ni Cik Rose nak bercerita tentang makan! Nyum...nyum. Makan mana? Makan apa yang best di JB? Ni nak habaq mai, kat Johor Bahru, banyak tempat makan best-best dan sudah tentunya sedap!

Kali ni Cik Rose nak bercerita tentang Restoran LC Catering di JB. Restoran ni mengimbau kenangan betul. Masa Cik Rose duduk Jb dalam tempoh jangka 4 tahun jugakla. 2012 hingga 2015. LC Catering antara tempat makan yang selalu Cik Rose dan suami pergi. 

Apa yang special di LC Catering ni? Nasi Ayam Penyet dia memang terbaik! Ayam besar seiring dengan harganya. Hihi. Kalau order tu selalu kena share ngan suami. Portion dia besar! Tak habis seorang. 

Baru-baru ni iaitu minggu lepas, Cik Rose berkesempatan turun Jb. Masa Mr Army dapat weekend dari kursus beliau. Gi Jb kejap cari barang keperluan kursus. Petang tu dalam pukul 6 tu singgah LC Catering. Masih seperti dulu keadaan restorannya! Wahhhh rindu!

Cik Rose order Nasi Serai Butter Prawn. Ia dihidangkan bersama sambal sotong kembang dan acar. Acar tu campuran timun, nenas, bawang dan tomato. Sedap! Tapi tak puas sebab udang 3 ekor jer. Hikhik. Cik Rose ni kan pencinta udang. Hahaha. Tadaaa, inilah dia keadaan nasi serai butter prawn milik Cik Rose tu : 


Suami Cik Rose pula memilih Nasi Serai Ayam Penyet. Ayam dia besar. Sama juga dihidangkan bersama sambal sotong kembang dan acar. Harga set nasi serai ni dalam RM13.++. Tak ingat pulak berapa sen belakang tu. Restoran ni ada cas gst tau. Hihi. 


Minuman. Cik Rose pilih Jus Mangga. Wahhh memang pekat jusnya. Harga? RM 5.++. SEDAP DAN PUAS HATI. Suami pula pilih jus oren. Harga dalam RM3.++.


Alhamdulillah. Berkesempatan makan berdua dengan Mr Army di LC Catering. 

Haritu kitorang ronda-ronda Jb. Singgah bazar karat malam tu. Dek kerana kekangan masa tak sempat singgah Jusco Tebrau!

Masa duduk Jb, kitorang naik motor je ronda bandar. Rindu aih kenangan tu. Dari satu lokasi ke satu lokasi. Mana yang tak pergi? Cer sebut. Hihi.

Dari Giant Taman Suria - Smart - Jusco Tebrau - Tesco Plentong - Bazar Karat - Danga Bay - Pandan - Dataran Jb . Aduh... tu semua dah jadi kenangan. Makan pula steambot dekat dengan HSA! Cuci mata dekat Danga City Mall. 


Apa yang terjadi, hadapi dengan tenang. Nikmatinya. Nanti bila masa berlalu, kita akan merindui semuanya kan. 


Sehingga berjumpa di entry akan datang!



8 comments:

  1. aduh sedapnya... harga pun murah...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum rse..betul tu ...bila masa berlalu kita akan teringat kenangan lalu...memori terindah atau memori sedih...

    ReplyDelete
  3. errmm.. nice sharing. nanti boleh cuba kalau kebetulan pergi JB

    ReplyDelete
  4. wah..ni kira mengenang memori lama ni ye..hehe.nampak banyak je nasi serai tu. kalau saya mesti tak habis.huhu

    ReplyDelete
  5. betul betul
    ros sebut semua tmpt tu menggamit memori betul lah..
    tp ciksu x byk pic yg simpan dlm blog dlu msa di jb..

    ReplyDelete
  6. lom sampai seru lg nak jejak kaki d bumi johor ni 😊 insyaAllah satu hari nnt 😉

    ReplyDelete