Tonton live Kedah lawan Pahang di TV9

February 11, 2017

Assalamualaikum.

Kali ni nak cerita bab bola sepak. Di tahun 2017 ni, ini entry berteraskan sukan yang pertama Cik Rose tulis. Kekangan masa dan keadaan. Boleh baca entry sukan do bahagian 'sport' di menu di atas yer. Sebagai peminat sukan tanah air, haruslah Cik Rose updated cerita bola. Bila tulis bab sukan, teringat Cik Rose pada blogger MV. Kami punya minat yang sama suka menulis tentang sukan juga dalam blog!

Sabtu , 11 Februari 2017.
Ok, perlawanan liga super malam ini menjangkau perlawanan yang keempat. Cik Rose nak highlightkan perlawanan antara Kedah menentang Pahang. Pulun Kedah Pulun! 

Yang dok Kedah tu, pi lah tengok di Stadium Darul Aman. Penuhkan stadium. Jangan bila dah semi final atau final je baru nak pi. Hihi. Tapi, Stadium Darul Aman memang full house kan. Hijau Kuning negeriku. Cik Rose pun pernah tengok bola lat stadium. Semangat dia lain macam sikit kalau tengok lat stadium! Berkobar-kobar. Stadium yang Cik Rose pernah pergi ialah Stadium Darul Aman, Kedah dan Stadium Larkin, Johor. Bila pula nak dapat pi stadium ni. 

Yang tak dapat pi stadium, jangan sedih. Jangan berduka lara. Boleh tengok secara langsung di TV9. Pukul 8.30 dah boleh ready. Game start pukul 9 malam.


Jomlah sama -sama menyokong pasukan pilihan masing-masing. Kalau tanya Cik Rose antara Kedah dan Pahang, dah tentulah Cik Rose pilih Kedah kan. Apapun, berikan sokongan secara berhemah. Jangan keterlaluan. Kawal tuturkata. Jangan sampai sakitkan hati orang lain. 

Kena ingat tu. Kita dah dewasa, cuba bersikap matang. Jangan dok provok penyokong pihak lawan. Nanti ada pula insiden yang tidak diingini. No no no.

Keratan akhbar di bawah ni Cik Rose ambil dari facebook Kedah FA. Tulah Liridon. Antara pemain berbisa Kedah. Hihi.


TV3 pun ada live bola juga malam ni. Boleh pilih nak tengok yang mana. 

Korang suka tengok bola? Kalau suka korang prefer tengok di rumah atau di stadium? Jomlah share kt komen di bawah.

Ada yang suka tengok di rumah bersama keluarga. Lebih santai boleh baring-baring sambil makan kuaci/kacang. Lagi satu lebih jelas siapa yang bawa bola diiringi suara pengulas kan. 

Ada pula lebih suka tengok kat stadium. Lebih meriah dan bersemangat. Sama-sama menyanyi dan bersorak untuk pasukan!

🎵🎶Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman 🎶
🎵




You Might Also Like

3 comments

  1. Tahun ni tak sempat nak tengok mana² games lagi

    ReplyDelete
  2. Kedah men style tiki taka memmang sempoi game...

    ReplyDelete
  3. lama akak tak tengok bola dah, sejak N9 asyik kalah.. haha

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion