Ulangtahun kelahiran suami - 17 Februari yang penuh makna

February 17, 2017

Assalamualaikum.

Hai! Apa khabar semuanya? Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik. 

Hari ni, 17 Februari 2017. Ada apa dengan 17 Februari? Ehem..ehem... Hari ni hari ulangtahun kelahiran suami Cik Rose. Alhamdulillah. 

Happy birthday Abang ❤

Usia makin menginjak. 31 tahun. Sekejap je masa  berlalu. Eh yeke sekejap? Memandai je Cik Rose ni. Hihi. Cik Rose buat entry ni sekadar melakar memori untuk insan kesayangan. Ucapan-ucapan romantik tak payahlah Cik Rose tulis kat sini. Nanti je Cik Rose call dan whatsapp. Hihi. Kalau tulis di sini ucapan-ucapan tu, berkemungkinan besar suami Cik Rose tak baca. Sebab handphone nak on pun tak boleh dua tiga hari ni. Terlibat dengan kursus kan. 


Kalau korang perasan, gambar buku kat atas ni Cik Rose dah letak dalam entry sebelum ni. Colourful! Untuk entry birthday ni, Cik Rose letak lagi. Kenapa? Ehem ehem. Cuba baca apa yang tertulis atas buku tu. I Love You! Hihi. Love tu untuk suami Cik Rose lah. 

Sengaja tak nak letak gambar suami. Sebab dah post di instagram dan facebook. Tak naklah letak di blog lagi. 

Tadi macam-macam nak tulis sebenarnya. Taip, taip, delete. Taip, taip, delete. Hati nak tulis. Tapi, akal kata jangan. So, kita pertimbangkan dan buat keputusan. Maka, Cik Rose tak teruskan apa yang hati nak berkata-kata tadi. Cukup-cukuplah! Hikhik.

Korang.... yang di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, hari ni kan cuti. Pergi mana tu? Jalan-jalan ke? Syoknya! Nak ikut.... eh tetiba pulak. 

Tekak nak makan kek. Chocolate cheese cake... atau pun kek berasaskan kopi ke. Cappucino... mocha... Apa-apalah.. asalkan kopi. Mana nak cari. Duduk rumah memanglah tak ada. Kenalah keluar kan pergi beli! Amboi...amboi...amboi!

Cerita bab kek. Cik Rose hanya pernah buat kek coklat je dulu. Tu pun tahun bila. Hikhik. Nampak sangat rajin! Kah!

Teringin nak belajar buat kek @ roti @ kuih @ biskut! Lagi satu jangan dilupakan brownies kedut! Cik Rose ni simpan resepi je dah banyak. Tapi belum cuba lagi. Hikhik.

Ok. Sehingga berjumpa lagi!

#cikrosewithmrarmy
#birthdayboy


You Might Also Like

2 comments

  1. suweet... epy bday utk suami cik rose... moga sentiasa dlm LindunganNya

    ReplyDelete
  2. hepi birthday untuk suami cik rose..semoga bahagia sampai ke Jannah

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion