Family

Kenduri Adik Ipar 1April

March 31, 2017

Assalamualaikum. Selamat pagi. Hari ni 31 Mac 2017. Hari terakhir bulan Mac. Esok dah 1 April. Birthday kakak Cik Rose esok. 

Esok juga ada kenduri kahwin adik ipar Cik Rose. Ni kenduri sebelah kitoranglah, pihak lelaki. Dah selamat nikah dan kenduri dah di pihak perempuan. 

Esok nak kenduri, Cik Rose dan suami masih di Johor. Tak tahulah dapat cuti ke tidak tu. Kehendak perkhidmatan, kena terima. 


Kad kahwin kat atas ni, Cik Rose yang buatkan. Hihi. Itu motif sebenar entry ni. Hahaha... Sajalah asah skill buat kad kahwin adik ipar ni. Kalau nak tempah, roger Cik Rose yer. 

2 hb 4 ni pulak Cik Rose ada kursus di Sungai Petani. 2 hingga 6 April di INTURA, Kedah. Moga dipermudahkan semuanya.

Di kesempatan ini, Cik Rose jemput semua pembaca blog Cik Rose ke kenduri adik ipar Cik Rose di Kampung Datuk Keramat, Jitra. Esok 1 April 2017.


Moga majlis berjalan lancar dan diberkati. Aminn.

lirik lagu

LIRIK LAGU KU INGIN KAMU NYANYIAN IPPO HAFIZ | OST SUAMIKU PALING SWEET

March 30, 2017

LIRIK LAGU KU INGIN KAMU NYANYIAN IPPO HAFIZ | OST SUAMIKU PALING SWEET| Assalamualaikum. Tadi, episod akhir drama Suamiku Paling Sweet. Cik Rose tengok juga drama ni. Agak best jugaklah. Tetarik dengan lagu temanya nyanyian Ippo Hafiz, Ku ingin kamu. Ala, lagu Ippo Hafiz ni semuanya best bagi Cik Rose.. Memang juara untuk lagu-lagu OSt drama kan. 

Tertarik dengan lakonan Mawar Rashid dalam ni. Comel je. Wajah Mawar Rashid bertudung seiras pula dengan kenalan Cik Rose. Ye, macam sama. hihi. 


Macam biasa, Cik Rose kongsikan lirik lagu Ku ingin kamu nyanyian Ippo Hafiz ni. Jom nyanyi sama-sama. hihi.

LIRIK LAGU KU INGIN KAMU NYANYIAN IPPO HAFIZ | OST SUAMIKU PALING SWEET

Takdir telah menemukan kita
tanpa kita sedari manisnya
di setiap waktu waktu
yang kau inginkan 
kau disampingku

Saat bila ku merenung wajahmu
kau balas dengan senyuman yang indah
Terpancar satu doa
ku hajatkan kepada Tuhan

Ku ingin kamu
bisa kau jadi teman hidupku,
untuk selamanya
selagi masa masih diizinkan



Berikan aku masa
agar bisa aku setia bersama
Kecapi nikmat cinta
saat pabila ku nikahi dirimu

Oooo

Aku dan kamu
menanti sampai hujung waktu
Bertahan rasa bersamamu
 Oooo...

Ku ingin kamu
bisa kau jadi teman hidupku,
untuk selamanya
selagi masa masih diizinkan

Berikan aku masa
agar bisa aku setia bersama
Kecapi nikmat cinta
saat pabila ku nikahi dirimu


Tiada istilah entry tertangguh bagi Cik Rose

March 30, 2017

Assalamualaikum.
Selamat petang. Moga baik-baik sahaja. Redup je cuaca hari ni, Khamis - 30 Mac 2017. Sambil taip entry ni, wajah Cik Rose dihembus angin sepoi-sepoi bahasa. Hikhik.

Rasa jiwa sedikit terganggu hari ni. Membuatkan Cik Rose tegar memuatnaik status berunsur negatif pagi tadi. Entah kenapa, gejolak jiwa tak dapat dibendung. Nak diluah, tak tahu pada siapa. Jadi, Cik Rose ambil satu keputusan menulis di mukabuku. Tak apalah, sesekali perlu juga luahan keras namun berlapik seperti itu. 

Status berunsur negatif - takut pula ada yang salah faham. Tiadalah Cik Rose mengeluarkan kata cacian. Cuma sindiran manja sahaja. Hikhik. 

Sebagai peringatan bagi yang punya kuasa nan sedikit supaya tidak alpa dengan dunianya. Sesekali cuba selami rasa yang dibawah. Betapa kami juga punya tanggungjawab yang perlu digalas sebaik mungkin. 

Rasa hati dan status di mukabuku tiada kena mengena dengan soal kerja peribadi. Cuma mewakilkan seseorang yang Cik Rose sayang. Sekali gus Cik Rose juga terpalit.

Eh eh panjang pula mukadimah. 

Tiada istilah entry tertangguh bagi Cik Rose.
Ya, hal ini yang hendak Cik Rose bicarakan sebenarnya. 

Ada banyak hal dan peristiwa yang berlaku. Yang Cik Rose hendak potretkan di blog sendiri. Cuma ambil waktu sedikit hendak menulis. Tidak mahu hanya meletakkan gambar sekeping dua dan ayat sebaris dua. Kalau boleh Cik Rose nak kongsikan dengan lebih terperinci. Sebab itu tiada istilah entry tertangguh bagi Cik Rose. Biar lambat 'up entry' asalkan ianya penuh bermakna dan dapat dijadikan sebagai rujukan sendiri di waktu akan datang.

Gambar di bawah ini, sedikit 'doorgift' pada kenduri Akikah anak sedara Cik Rose awal Mac baru-baru ini. Bertemakan pink. Yang muda yang tua semuanya menggayakan busana rona pink. Jadilah kami 'pinky' pada hari tersebut. Hikhik.


Insyaallah di masa akan datang, Cik Rose kongsikan penulisan tentang :
  1. Melawat Muzium Tentera di Port Dickson.
  2. Kenduri Akikah anak sedara Cik Rose pada awal Mac 2017.
  3. Karnival Sukan Jabatan 2016.
  4. Jalan-jalan di Cameron Highland.

Terima kasih buat semua yang sudi singgah blog Cik Rose.

Tengahari tadi saja cuba template baru blogger tu. Sekejap je. Terus ubah pada yang asal kembali. Nak ubah template ni bukan boleh main ubah dalam masa singkat. Perlu cari waktu yang sesuai nak ubah tu. Dan kena tunggu mood rajin datang juga. Hikhik.

Moga bertemu lagi di entry seterusnya!

lirik lagu

LIRIK LAGU SENIMAN MENANGIS - JAMAL ABDILLAH

March 30, 2017

Cik Rose kongsikan lirik lagu Seniman Menangis nyanyian Jamal Abdillah. Lirik yang mendalam.. Melodi yang syahdu. Cik Rose terbuai dengan melodi lagu ni yang seakan-akan memahami rasa jiwa. 


LIRIK LAGU SENIMAN MENANGIS - JAMAL ABDILLAH



Malam ini akulah seniman
Setelah kita putuskan tunangan
Tiada kawan yang dapat meneka
Ku berduka...

Ku berikan majlis bergembira
Ku tertawa, minum dan berdansa
Hingga diri yang sedang berduka
Tak percaya...

Aku tersenyum ku tersenyum
Dan berdansa... ha...
Ku berdansa ku berdansa
Bagai nak gila...
Ku ikut tertawa bersama
Kawan dinda... ha...
Tapi engkau tahu ku hanya berpura


Tapi dinda
Bila kawan ku pulang
Seniman ini duduk keseorangan
Hampa hiba mengenangkan dirimu
Oh dinda...

Tapi dinda
Apabila tabir ditutup oh...
Lampu-lampu gelap-gelita
Ku keseorangan...

Kalau kau berada...
dibelakang tabir menyaksikan
Kau akan melihat
Seniman ini Menangis...

review

Seluar Dalam Pakai Buang dari LUNAVIE untuk kegunaan ibu bersalin

March 29, 2017

Seluar Dalam Pakai Buang dari LUNAVIE untuk kegunaan ibu bersalin  | Assalamualaikum.

Cik Rose nak cerita tentang satu produk dari Lunavie dengan korang. Deluxe Disposable Brief. Apa tu? Jom Cik Ros eterangkan sikit. Deluxe Disposable Brief ni ialah selaur dalam pakai buang.

Direka khas untuk wanita yang baru bersalin. Supaya memudahkan ibu-ibu bersalin. Bukan tu je, jangan ingat seluar dalam pakai buang ni haya untuk mereka yang bersalin je. Semua wanita pun boleh pakai. Terutamanya untuk travelling. Kadang-kadang kita nak ke suatu tempat, malas nak bawak banyak-banyak kan. Ha, bawak je seluar dalam pakai buang dari Lunavie ni. Mudah je. Ringan! 


Apa keistimewaan seluar dalam pakai buang Lunavie untuk ibu bersalin?

1. Seluar dalam pakai buang yang digunakan oleh kebanyakan ibu selepas bersalin.
2. Tidak panas dan selesa dipakai.
3. Kainnya yang tipis memudahkan aliran udara keluar masuk.
4. Menjimatkan masa dan tenaga si ibu
5. Diikhtiraf oleh staf bersalin terkemuka dan hospital.


Untuk maklumat dan pembelian, korang boleh terus ke website Lunavie yer.





giveaway

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

March 29, 2017



Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

BEAUTY

Shopping Barang Make Up di LAZADA

March 29, 2017

Shopping Barang Make Up di LAZADA  | Assalamualaikum. Apa khabar semuanya. Moga semuanya sihat selalu. Hari ni, 29 Mac 2017 bersamaan dengan 1 Rejab. Ada yang berpuasa hari ni? Selamat berpuasa Cik Rose ucapkan. 

Semenjak dua menjak ni, mood nak melawa tu meresap pulak dalam diri. hahaha, larikkkk... 

Asyiklah nak membeli barang make up. Dari pencuci muka, krim bagai, bedak, dan lain-lain. Tengok ni berkenan. Tengok tu berkenan.. Aduhhhh berhabis banyak dekat barang make up tau. 

Sekali, dapat suprise box dari Lazada. Ada pulak barang make up! Cik Rose is happy sangat!



Jom tengok apa yang Cik Rose dapat. Bedak dari Maybelline. BB Cushion. Senang nak pakai, dan tahan lama pada wajah. Tak bercapuk.


Yang ni memang Cik Rose suka. Cik Rose tak pro nak lukis kening. Dengan adanya Brow Artist Genius Kit dari Loreal ni, memang selesai masalah Cik Rose. hihi.. Mudah. 


Berus dia siap ada sikat. Asyiklah nak usik kening. hihihi.


Lipstick dari NYX. Jujurnya Cik Rose tak pernah beli atau cuba lipstick dari NYX, Ni pertama kali cuba. Cantik warnanya. Bila Cik Rose oleskan di bibir, warnanya lembut je.. Soft pink.


Terima kasih Lazada. Kalau korang nak cuci mata tau nak terus beli barang make up, boleh klik di sini --- >> KOLEKSI BARANG MAKE UP


Selamat membeli belah :)


BEAUTY

SAFI BALQIS OxyWhite Untuk Kulit Wajah Yang Sihat Berseri & Cerah Sempurna

March 28, 2017

SAFI BALQIS OxyWhite Untuk Kulit Wajah Yang Sihat Berseri & Cerah Sempurna | Assalamualaikum.

Memiliki kulit wajah yang sihat berseri dan cerah sempurna ni memang menjadi idaman setiap wanita. Betul tak? Jangan tak nak mengaku. hihi. Cik Rose secara jujur nak kulit wajah licin dan cerah tapi dalam masa yang sama nak kulit yang sihat. Tak naklah dicemari dengan bahan yang berbahaya yang boleh  memudaratkan keadaan kulit ni. Menyesal tak sudah nanti!


SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.


Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.


Pembersih muka Safi Balqis OxyWhite.


Toner Safi Balqis OxyWhite


Pelembab Gel Safi Balqis OxyWhite


Cik Rose suka betul dengan pelembab OxyWhite ni. Tak melekit tau sebab gel kan. Sejuk dan wangi je kulit muka kita lepas pakai.


Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI korang boleh layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


Jom sama-sama cantik !


giveaway

Marching March Giveaway

March 28, 2017


MARCHING MARCH GIVEAWAY

MARCHING MARCH GIVEAWAY 10hb-30hb March 2017



JOIN MARCHING MARCH GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk MARCHING MARCH GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.


BEAUTY

JATUH CINTA DENGAN SUPER BB CUSHION DARI MAYBELLINE

March 28, 2017

Assalamualaikum.

Cerita tentang kecantikan lagi. Hihi. Mood cantik dah on ni. 

Bedak. Bukan mudah nak cari bedak yang sesuai dengan kulit wajah kita ni kan. Dan jugak kita ni sebagai wanita mesti nak cari yang terbaik untuk kulit wajah kita. Alang-alang dah nak beli bedak, biar puas hati. Carilah bedak yang boleh memberikan kesan yang terbaik. Cantik berseri. Ecewahh.. Yang boleh menutup kesan-kesan parut atau jerawat di wajah kita ni kan. 

Bukan semua rajin nak bermake up pagi-pagi sebelum pergi kerja. Kadang-kadang terkejar-kejar masa. Bangun lewat, anak meragam dan sebagainya. Mana sempat nak pakai cc cream, foindation dan lain-lain. Mesti capai je bedak terus kan. Ada bedak y ang akan menampakkan muka kita bercapuk atau kulit yang kering. 

Ha, Cik Rose ada jalan penyelesaiannya. 

Tadaaaa... Super BB Cushion dari Maybelline!



Cik Rose selama ni memang pakai compact powder. Sebelum tu alas dulu dengan cc cream. Ada officemate Cik Rose yang dah pun pakai B Cushion ni. Cik Rose ingatkan susah nak pakai. Takut tak kena dengan kulit wajah, nanti jadi bercapuk. Oh No. Rupanya Cik Rose silap. 

Baru-baru ni, Cik Rose terima Super BB Cushion keluaran Maybelline ni dalam Suprise Box Lazada. Cik Rose pun cuba pakai masa pergi kerja masa hari Ahad. Eh, eh.. Senang je. Dap dapa dap jer. Jangan gosok ke apa kat kulit wajah. Tekap, tekap je. Memang sekata warnanya. Tahan lama pulak tu.


Kalaulah Cik Rose tahu, dah lama Cik Rose cuba. hihi.

Terima kasih LAZADA untuk hadiah ni. Cik Rose suka!

Kalau korang pun nak jugak, beli je dari Lazada. Tak perlu susah-susah nak cari di luar. Klik je di sini yer --->> PRODUK MAYBELLINE

Terima kasih sekali lagi LAZADA!


BEAUTY

LOREAL PARIS | BROW ARTIST GENIUS KIT DARI LAZADA

March 28, 2017

Assalamualaikum.

Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Ecewahhh.. Hihihi. Cik Rose suka juga make up cuma tak ada skill macam orang lain. Main letak je. Dulu cuma berbedak, letak blusher dan lipstick. Tapi sejak setahun ni, dah pandai letak cc cream, foundation, lukis kening, letak eyeliner. Tapi, tak mahirlah. Cik Rose tak lukis kening macam sesetengah orang lain. Cukup warna sikit-sikit je bagi ada orang kata. Takut lukis-lukis nanti jadi kening Shin Chan pulak. Hahaha. Bab eyeliner pulak, cuma pandai yang belah atas mata. Yang bawah mata memang tak pandai. Nanti berair mata. 

Sempena Birthday Lazada, Cik Rose ada dapat suprise box. Antara barang yang Cik Rose terima ialah Brow Artis Genius Kit dari loreal Paris. Wahhh seronoknya. Terima kasih Lazada!


Inilah dia. Ada dua warna. Berusnya siap ada sikat tu. Sebelum ni Cik Rose pakai yang Maybelline. Ada 3 pilihan warna, tapi berus dia tak ada sikat. Bila dapat yang Loreal punya ni, Cik Rose rasa syok pula. Dok sikat kening. Hihihi..


Kalau korang pun nak, bolehlah tengok di website LAZADA. Ada diskaun hebat! Wahhhh berbaloi tau. Boleh klik di sini ---->> BROW ARTIS GENIUS KIT

Terima kasih LAZADA. Cik Rose is happy :)

carlo rino

HADIAH KASUT CARLO RINO DARI LAZADA

March 28, 2017

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita bab kasut pulak. Alhamdulillah, Cik Rose dapat voucher kasut Carlo Rino dari LAZADA. Thank you LAZADA! Cik Rose bersyukur dan happy sangat-sangat. 

Inilah dia vouchernya :


Semalam, iaitu 26 Mac, Cik Rose ke BP Mall, Batu Pahat, Johor. Bawa voucher kasut ni ke Butik carlo Rino dalam BP Mall tu. Entah kenapa berdebar-debar. hahaha. Suami cakap, relaxlah. hikhik.

Masuk je butik Carlo Rino, terus tunjuk voucher tu. Dan mereka minta Cik Rose tengok dan pilih kasut mana yang berkenan. Harga tak kisah. Apa? Tak kisah nilai harganya? Sukanya masa dengar tu. hihi. Alhamdulillah. Cik Rose memang pakai kasut Carlo Rino pergi office. Selalu beli yang offer harga RM99 tu. Kali ni, boleh pilih apa sahaja kasut tanpa perlu memikirkan nilai harga, tentulah suka!


Inilah dia lasut yang Cik Rose pilih. ambil warna biru. Cik Rose memang pakai kasut macam ni pergi kerja. Selesa dan mudah bergerak. Suami suruh ambil jenis wedges atau yang bertapak sikit. Tapi, tak naklah. Sebab Cik Rose naik motor pergi balik kerja. Tu yang ambil jenis ni.


Warna biru dan ada hijau sikit. Jenis ni ada warna grey dan pink. Kasut pink dah banyak, tu yang tak ambil. Grey pula kelam. Akhirnya Cik Rose memilih biru ni.


Balik rumah, rajin ambil gambar. Tu yang Cik Rose letak banyak gambar dalam entry ni tau. 


Tapak dia. Memang tak licin :)


Kalau korang berminat nak beli kasut atau beg CarloRino, boleh klik di sini --->> KOLEKSI CARLO RINO

Di sini, Cik Rose ambil kesempatan nak ucapkan jutaan terima kasih buat LAZADA kerana sudi memberikan kejutan y ang bermakna buat Cik Rose.

Moga LAZADA terus berkembang maju!


BEAUTY

TERIMA KASIH LAZADA | HADIAH HARI LAHIR CIK ROSE

March 27, 2017

Assalamualaikum.

Apa khabar? Moga semuanya sihat. Alhamdulilah, Cik Rose sihat. Sedikit sibuk minggu ini dengan tugasan-tugasan harian. Masih lagi mood happy ni. Apalagi, suprise box dari LAZADA lah. hihi. Sale dari 22 hingga 24 Mac haritu, korang sempat shopping tak? Berbaloi-baloi!

Ok, kat sini Cik Rose nak tunjuk sikit apa yang Cik Rsose dapat dari LAZADA tempoh hari. Yang pasti memang buat Cik Rose senyum lebar je. hihi. 


Rajin Cik Rose susun baik-baik. hihi. Masa dua tiga hari dapat, memang bersusun je. hihi. Sayang nak guna! Itulah sikap Cik Rose.Sayangkan setiap pemberian dari orang lain. Simpan dulu, baru guna. hikhik.

Ada bedak BB Cushion dari Maybelline. Ada Lipstick dari NYX. Ada Losyen dari Enchanteur. Eybrow kit dari Loreal. Memang mood melawa je sekarang. hahaha.


Selain tu, ada juga Booster Mist dari Eversoft. Coin purse dari Bonia. Pink! Sukanya.. Cantik sangat. Botol air dari LAZADA. Senang letak dalam beg. Yang menarik dapat set DIY jeans dari LEVIS. Boleh tampal di seluar jeans atau jaket. Beg dari Nichii. Biru warnanya. Cik Rose tak pernah ada lagi beg warna ni. Menarik! Ada juga Voucher kasut dari Carlo Rino. Yeayyy dapat sepasang kasut. Cik Rose memang pakai kasut Carlo Rino pergi kerja. Selesa. Selalu kalau nak beli, cari yang harganya RM99. Tak ambillah yang seratus ke atas. hihi. Ni dah dapat voucher, bolehlah Cik Rose pilih kasut idaman hati. Alhamdulillah. Terima kasih LAZADA! 


Terima kasih lagi sekali LAZADA. Cik Rose rasa macam birthday sendiri pula. Sebab dapat suprise box ni. Walaupun birthday bulan Mei. hikhik. 

Nanti, buatlah lagi suprise macam ni. Cik Rose suka.! hihihi.







Lazada

LAZADA Suprise Box Sempena 5th Birthday yang buat Cik Rose betul-betul terkejut

March 22, 2017

LAZADA Suprise Box Sempena 5th Birthday yang buat Cik Rose betul-betul terkejut |Assalamualaikum semua. Korang baca tajuk pun dah tahu kan Cik Rose nak cerita bab apa. Suprise from LAZADA. Yeayyyy... 

Alkisahnya sejak beberapa hari yang lalu, rakan-rakan blogger updated tentang Suprise Box dari Lazada ni. Syoknya tengok barang-barang yang mereka terima. Dalam pada tu, Cik Rose pun berdebar-debar sama. Sabar menanti kejutan dari Lazada. Hihi. Suprise Box ni bersempena birthday Lazada yang ke 5. Wahhhh dah 5 tahun uols. Birthday Lazada, tapi Lazada yang bagi suprise kat Cik Rose. Ni yang sayang lebih Lazada ni.. Eh bestnya. Rasa macam birthday sendiri pulak. Alang-alang sebut pasal birthday ni, nak bagitahu Lazada yang Cik Rose punya birthday bulan Mei. Nak hadiah lagi boleh tak? Hahaha tak malu ye minta-minta hadiah!

Inilah dia Box Of Suprise dari Lazada tu. Besar kotaknya. Cik Rose is happy!



Ok, ni Cik Rose sertakan wajah Cik Rose yang terkejut dengan suprise dari Lazada. Lazada dah berjaya 'meng-suprise-kan' Cik Rose. Hikhik. Lakonan atau betul-betul ni? Korang nilaikan yer. 



Alhamdulillah, syukur. Nak tahu tak apa yang Cik Rose dapat? Jom sama-sama tengok apa yang Cik Rose dapat yer. Video unboxing suprise box Lazada dari Cik Rose.





Rajin Cik Rose ambil gambar satu-satu barang dan buat video unboxing suprise box dari Lazada ni. Mestilah ambil gambar, nak jadikan kenangan. Bukan senang nak dapat suprise hadiah macam ni kan. Barangan bernilai RM400! Terima kasih Lazada! You make me happy all the day. 



Ada Apa Dalam Suprise Box Sempena 5th Birthday LAZADA ?


Cik Rose rungkaikan satu persatu ya. Mana tahu korang pun berminat jugak kan nak barang yang sama macam Cik Rose ni. Sama-sama kita cuci mata di Lazada. 
Untuk pembaca blog Cik Rose yang tak dapat suprise box dari Lazada ni jangan sedih-sedih. Dah kata ada suprise dari Lazada kan, korang pun akan dapat juga. 

Macam mana nak dapat suprise dari Lazada?

Pada 22 hingga 24 Mac ini, Lazada mengadakan sale yang penuh dengan suprise. Jeng jeng jeng. Ada banyak diskaun. Ha untuk pencinta shopping online, inilah masanya nak shopping. Kita kena bijak memilih kan. Eh, eh, penjawat awam dah gaji pada tarikh sale ni kan? Ehem...ehem.. Apalagi, jom shopping sama-sama.


Macam mana caranya nak shopping di Lazada dan menikmati suprise?

Kali ni berbeza sikit. Korang pilih dulu barang-barang yang diingini. Kemudian kena check out. Masa check out tu, baru korang tahu nilai diskaunnya. Suprise for you! Suka tak, suka tak? Hikhik.


Jangan korang terkejut lebih-lebih tau. Hihi. Kali ni punya sale memang gempak!


Bestnya kalau Lazada buat sale macam ni selalu kan. Memang kerja nak shopping online je kalau gini. Lebih jimat dan berbaloi. Kita sebagai pengguna mesti nak yang terbaik kan. 

Buat Lazada, happy birthday! 


Nanti buat suprise lagi untuk Cik Rose yer. Birthday Cik Rose bulan Mei. Eh... Eh.. Hihi.


Klik link ini http:http://ho.lazada.com.my/SHNVMU 
untuk menikmati diskaun hebat yang membuatkan anda terkejut keriangan. Hikhik. 

Happy Birthday Lazada!

And

Thank you for this suprise box!

Cik Rose suka!


Lazada

5th Birthday Suprise Lazada | Jualan Khas Sempena Ulangtahun kelima Lazada pada 22 hingga 24 March 2017

March 19, 2017

5th Birthday Suprise Lazada | Jualan Khas Sempena Ulangtahun kelima Lazada pada 22 hingga 24 March 2017. | Assalamualaikum. Entry kali ni Cik Rose tujukan khas buat semua yang suka shopping online. Hihi.

Happy Birthday Lazada! Ulangtahun yang kelima.

Bersempena ulangtahun kelima ni, Lazada akan membuat jualan khas yang pastinya penuh dengan suprise! Wah berdebar-debar pulak Cik Rose dengar. Hihi. 


Bila jualan khas sempena 5th birthday Lazada?

Tak lama dah. Lagi 2 hari je lagi ni. Pada 22 hingga 24 March 2017. 

Jadi, korang semua kena bersedia.Pada 22 hingga 24 Mac ini, Lazada mengadakan sale yang penuh dengan suprise. Jeng jeng jeng. Ada banyak diskaun. Ha untuk pencinta shopping online, inilah masanya nak shopping. Kita kena bijak memilih kan. Eh, eh, penjawat awam dah gaji pada tarikh sale ni kan? Ehem...ehem.. Apalagi, jom shopping sama-sama.

Macam mana caranya nak shopping di Lazada dan menikmati suprise? 


Kali ni berbeza sikit. Korang pilih dulu barang-barang yang diingini. Kemudian kena check out. Masa check out tu, baru korang tahu nilai diskaunnya. Suprise for you! Suka tak, suka tak?  Hikhik. Memang berbaloi-baloi. 

Tips untuk shopping sempena 5th Birthday Suprise.


Ok, Cik Rose bagi tips sikit kat korang. Mulai dari sekarang, korang dah boleh ke website Lazada. Pilih barangan yang korang berminat. Klik je add to wishlist. Kenapa buat macam tu? Supaya senang. Nanti 22 March ni, korang terus boleh add to chart. Dan terus check out. 


Ingat temujanji kita bersama Lazada, dari 22 hingga 24 Mac 2017. Lagi berapa hari je lagi ni. 2 days to go! Lets counting the day!




Klik banner di atas untuk menikmati suprise dari Lazada sempena 5th Birthday Sale. Suprise yang tidak dijangka sama sekali.


Happy Birthday Lazada!


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion