Saturday, March 11, 2017

Dapat susu masa demam buatkan Cik Rose happy!

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas, Cik Rose masuk kerja iaitu hari Selasa. Setelah cuti sakit pada hari Ahad dan Isnin. MC pertama untuk tahun 2017. Lama tak demam, sekali kena tu yang teruk. Bisa-bisa badan, sejuk di dalam tapi badan panas. Tekak bengkak. Masa tu tak larat sangat. Nak makan pun tak dapat sebab tekak amat sakit. Sempat Cik Rose hantar whatsapp pada suami bergurau. Yang Cik Rose dah kurus sebab dua hari tak dapat makan. Hanya dapat minum je. Dan jamah sikit-sikit. Hihi. Hakikatnya tak kurus pun. 

Esoknya iaitu hari Selasa, Cik Rose masuk kerja. Tekak masih sakit. Tapi selera makan membuak-buak. Nak tahu masa di kedai nak sarapan, boleh order nasi tomato. Kebetulan kedai tu ada menu special hari Selasa. Kedai berhadapan Perodua Batu Pahat. Cik Rose rasa juga, tapi tak dapat nak habiskan. 

Masuk kerja, Cik Rose terima dua parcel. Yeayyy... Bila buka, kedua-duanya produk susu. Dari Anlene dan dari S26. Free sample. Cik Rose ada isi di website dorang. Kalau korang pun nak, silalah ke website Anlene dan S26 untuk request free sample. 


Bersyukurlah. Ya, bersyukur jika diberi kesihatan yang baik. Jangan merungut. 

Banyak tugasan harus diselesaikan. Minggu ni Cik Rose bakal busy di office. Ada bengkel penyediaan Fail Meja dan MPK seminggu. 

Cik Rose juga menantikan tanggal 24 Mac 2017. Kepulangan suami tercinta dari kursus selama 3 bulan. 

Cik Rose juga dapat tawaran kursus dari INTAN. Bakal berkursus Di INTURA selama 4 hari bermula 3 April 2017 hingga 6 April 2017. Kursus pengurusan mesyuarat dan minit berkualiti. Alhamdulillah, setelah setahun dapat lagi tawaran berkursus di sana. 

1 April 2017 ini ada kenduri di rumah mertua. Kenduri kahwin adik ipar. Kenduri sambut menantu. 

Moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik. Aminn.


8 comments:

  1. Semoga diberi kesihatan yang baik Cik Rose. Uyul belum berkesempatan untuk jumpa Cik Rose.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh ya cik rose..dapat susu free..MV pun gembira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MV... Alhamdulillah dah beransur baik.

      Delete
  3. moga cik rose kekal sihat hendaknya... banyak betul akan dtg nya plan tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. Terima kasih kak Dana.. Banyak plan. Hikhik

      Delete
  4. aamiin.. moga cepat sembuh ya

    ReplyDelete