Hilang selera makan tapi tak kurus-kurus jugak!

Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya? Cik Rose doakan korang semua sihat-sihat sahaja. Alhamdulillah, Cik Rose dah baik dari demam dan sakit tekak. Tapi sekarang ni kan, Cik Rose macam sengal-sengal di pinggang dan perut pula tak selesa. Sakit macam angin tu. Dah 3 hari dah... Dok sapu minyak panas je ni. Doakan Cik Rose cepat baik yer. Terima kasih korang.

Nak cerita masa cuti Jumaat dan Sabtu lepas. Tak lalu nak makan. Bangun awal, bancuh air nak makan dengan roti. Tapi tak berusik pun. Tak ada selera nak jamah. Dok kalut basuh kain, kemas rumah bagai, dah tengahari. Lepas tu, Cik Rose dok fikir nak masak ke nak pi beli ja. Lama fikir, Cik Rose ambil keputusan masakla. Sebab nak keluar pi beli naik motor tak larat pula. 

Beria nak masak, tapi tak larat dan tak ada selera. Sudahnya Cik Rose buat kicap bawang cili api je. Hahaha. Potong bawang dan cili api, bubuh kicap. Siap! Makan dengan nasi panas. Goreng nugget buat lauk. Hihi. Tu je. 
Makan sorang bolehlah buat gini. Tak perlu fikir selera orang lain. Hikhik.


Bila mula kerja, time sarapan tu bukan main pilih yang heavy je dua tiga hari ni. Nasi lemak, soto... Tapi makan tak habis. Selera dah ada tapi tak sepenuhnya pula. Nak tahu tak , walau tak lalu makan, berat tak turun juga! Tolonglah! Hahaha. Sekarang juga, duduk rumah pakai stokin! Hihi.



Pssst... Cik Rose ada jual Perfume Dexandra. Kalau korang berminat, boleh whatsapp terus Cik Rose yer. 

Cik Rose : 0194964553
Cik Rose : 0194964553


Nak tengok pilihan wangian yang ada, boleh tengok di instagram Cik Rose yer : www.instagram.com/roshazareeza_ruslan

Jom kekal mewangi bersama Cik Rose.
Dexandra jadi pilihan hati!


Previous
Next Post »

18 comments

Click here for comments
15 March 2017 at 10:41 ×

akak biasa jgk mkn ulam kan bwg ngn kicap bila takde selera, mmg lps tu berbau mulut tp mcm terapi gitu kan

Balas
avatar
admin
15 March 2017 at 11:13 ×

tu je .... nugget buat lauk ... mmg betui2 simple tp klu buka selera tak kisah la jnji mkn

Balas
avatar
admin
15 March 2017 at 13:50 ×

klu makan ngn ikan goreng sedap sambal kicap tu....yummy...moga cpat sembuh yea...

Balas
avatar
admin
15 March 2017 at 13:55 ×

hmm..hm.. ada apa2 tak??

Balas
avatar
admin
15 March 2017 at 14:15 ×

dexandra mmg wangi harumannya

Balas
avatar
admin
15 March 2017 at 22:55 ×

ooo ada resepi buka selera rupanya...

Balas
avatar
admin
16 March 2017 at 22:25 ×

assalamualaikum rose....x lalu mkn x pe...janji x ada sakit...:)

** Mama Maszull

Balas
avatar
admin
17 March 2017 at 14:31 ×

Huiii sedap Cik Rose. Uyul pun selalu makan gitu nak nak ada nasi panas.

********************************************************************************
Jemput join Uyul Rosli 1st Giveaway!! 100pcs Name Card untuk dimenangi. >>
Uyul Rosli 1st Giveaway | Blonolog Blogger Picisan
********************************************************************************

Balas
avatar
admin
18 March 2017 at 17:56 ×

Tak leh nak diet..banyak food review...

Balas
avatar
admin
19 March 2017 at 22:45 ×

Ye kak.. Bila tak ada selera. Ini yang dicari. Bolehlah makan nasi jugak...

Balas
avatar
admin
19 March 2017 at 22:45 ×

Iya.. Demam kali ni agak teruk. Sampai selera pun takde..

Balas
avatar
admin
19 March 2017 at 22:46 ×

Yup.. Ikan kembung panas-panas. Sedapnya.

Balas
avatar
admin
19 March 2017 at 22:47 ×

Tak ada. Huhu..kecewa lagi..
Doakan saya ya Kak Aishah.

Balas
avatar
admin
19 March 2017 at 22:47 ×

Ye..wangi. Cik Rose batu je jatuh cinta ni.

Balas
avatar
admin
19 March 2017 at 22:48 ×

Hihi.. Pembuka selera yang magic bagi Cik Rose.

Balas
avatar
admin
19 March 2017 at 22:48 ×

Waalaikumussalam mama... Demam dah baik. Alhamdulillah.

Balas
avatar
admin
19 March 2017 at 22:49 ×

Ye Uyul makan ngan nasi boleh bertambah dibuatnya Cik Rose ni. Hihi

Balas
avatar
admin
19 March 2017 at 22:49 ×

Wahhh bestnya.. Jangan diet sangat. :)

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment