Friday, March 31, 2017

Kenduri Adik Ipar 1April

Assalamualaikum. Selamat pagi. Hari ni 31 Mac 2017. Hari terakhir bulan Mac. Esok dah 1 April. Birthday kakak Cik Rose esok. 

Esok juga ada kenduri kahwin adik ipar Cik Rose. Ni kenduri sebelah kitoranglah, pihak lelaki. Dah selamat nikah dan kenduri dah di pihak perempuan. 

Esok nak kenduri, Cik Rose dan suami masih di Johor. Tak tahulah dapat cuti ke tidak tu. Kehendak perkhidmatan, kena terima. 


Kad kahwin kat atas ni, Cik Rose yang buatkan. Hihi. Itu motif sebenar entry ni. Hahaha... Sajalah asah skill buat kad kahwin adik ipar ni. Kalau nak tempah, roger Cik Rose yer. 

2 hb 4 ni pulak Cik Rose ada kursus di Sungai Petani. 2 hingga 6 April di INTURA, Kedah. Moga dipermudahkan semuanya.

Di kesempatan ini, Cik Rose jemput semua pembaca blog Cik Rose ke kenduri adik ipar Cik Rose di Kampung Datuk Keramat, Jitra. Esok 1 April 2017.


Moga majlis berjalan lancar dan diberkati. Aminn.

9 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum rose...semoga dipermudahkan majlisnya...;)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. Cantikkk..imple..and sweet gituuuu~
    Tahniahhhhh da ado adik ipaqqq

    ReplyDelete
  4. Ala. Kalau ajak mesti sampai kemarin. Hiks
    Kemarin sampai kuala dh petang lalalalala
    Berapa hari ros balk kedah?
    Wah curlasss cik ros dh design kad kawin plak. Menarik nih.

    Design cantik tu. Kad bisnes buat tak?

    ReplyDelete
  5. kreatifnya cik Rose ni... wa dulu masa kawen dulu pun buat kad sendiri je..jimat pun jimat kan

    ReplyDelete
  6. mugo dipermudahkn majlis., aminn ;p

    ReplyDelete
  7. cantik kad nye....selamat pengantin baru buat dorg....

    ReplyDelete
  8. Tahniah rose.. terima ahli baru la dalam family

    ReplyDelete