Sunday, March 19, 2017

Print Gambar Menggunakan Aplikasi Droprint | Sangat Mudah dan Cantik!

Print Gambar Menggunakan Aplikasi Droprint yang Sangat Mudah dan Cantik | Assalamualaikum. Siapa yang tak suka bergambar kan. Sekarang ni ramai yang suka ambil gambar guna handphone. Sebab kualiti gambarnya ada yang setanding kamera. Tapi, asyiklah ambil gambar. Simpan ke banyak-banyak sampai penuh memori. Bila memori penuh, alih pulak simpan dalam komputer, pendrive dan lain-lain. Bila masanya nak cuci? Sayang kalau tak cuci memori indah tu kan. Bukan apa, takut terbuang je gambar-gambar tu. Tak pun pendrive rosak. Ishhhhh janganlah macam tu. 

Awat yang Cik Rose dok mukadimah panjang ni. Haaa Cik Rose ada jalan penyelesaiannya untuk korang! Abadikan detik indah korang dengan print kesemua gambar tu. 


Nak print di kedai ni susah sikit. Bukan apa, nak cari masa nak keluar. Lepas tu nak pilih-pilih gambar dekat kedai tu. Kos print pun agak mahal untuk sekeping gambar. 

Habis tu macam mana ni? Emm semuanya dihujung jari! Thank you Droprint. Tengoklah gambar-gambar yang Cik Rose print ni. Kualiti gambarnya terbaik. Ada pelbagai jenis saiz yang korang boleh pilih. Yang ni Cik Rose pilih jenis polaroid. Tetiba teringat pula lagu Sakura Band. 

~~sungguh indah, lupakan segala resah, bersama sahabat gembira, jadikan satu polaroid. ~~


Cara untuk print gambar menggunakan aplikasi Droprint.

Mesti ada yang tertanya macam mana nak print gambar? Mudah sahaja. Duduk rumah pun boleh. As long as korang ada telefon pintar. Handphone la. Hihi. 

1) First, download aplikasi Droprint dulu. 
2) Lepas tu log in guna facebook atau sign up macam biasa.
3) Kemudian, piih style yang korang nak. Print gambar macam biasa( ada 3 saiz) , photobook dan giftbox.
4) Isi nombor telefon dan alamat penghantaran.
5) Pilih gambar-gambar yang nak di print.
6) Last sekali buat bayaran.

Senang kan? Lepas tu boleh relax-relax tunggu gambar korang sampai. Hikhik.


Cik Rose memang puas hati menggunakan khidmat Droprint ni. Tak sampai seminggu gambar dah selamat tiba. Yeaayyy. Bila buka sampul, tengok pula gambar-gambar yang ada.. Aduhh duhh cantik. Officemate Cik Rose pun terus download dan print jugak. 

Korang boleh download kat sini yer :



Untuk makluman lanjut bolehlah ke facebook dan instagram Droprint. Juga website Droprint seperti tertera di bawah ni yer.


Jom print gambar dengan aplikasi Droprint. 

3 comments:

  1. droprint mmg terbaikk. hehe. sy pun dapat mcm ni. boleh la simpan buat kenangan kan. :)

    ReplyDelete
  2. Gambar tidak menipu. Dia menyimpan se ribu rahsia.

    ReplyDelete