SYUKURI NIKMAT KESIHATAN YANG KITA MILIKI

March 07, 2017

Assalamualaikum.


Selamat malam. Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan baik . Sebut tentang kesihatan, Cik Rose diuji dengan kesihatan yang kurang baik. Sebenarnya, Cik Rose balik ke kampung sebab ada kenduri akikah anak sedara. Masa di kampung, berbual dengan mak dan ayah tentang kesihatan. Bukan main Cik Rose nasihatkan mak jangan makan lagi tapai. Sebab Mak Cik Rose tiba-tiba semput lepas makan tapai. Cik Rose cakap yang Alhamdulillah Cik Rose sihat. Walau bermandikan hujan pergi dan balik kerja naik motor. Alhamdulillah, Allah beri kesihatan. 

Tup-tup, esoknya Cik Rose rasa menggigil seram sejuk! Nak demam. Bangun makan panadol sebiji. Tekak rasa sakit! Hari kenduri, Cik Rose menggigil. Walau badan panas, tapi dalaman menggigil kesejukan. Tekat sakit, nak telan air liur pun tak boleh. Tapi, tak pergi klinik pun sebab malamnya terus naik bas balik Batu Pahat. Dalam bas dok menahan sakit.



Sampai Batu Pahat, barulah ke klinik. Doktor cakap. Tekak dah kena jangkitan, dah bengkak. Dapatlah ubat sakit tekak yang hisap tu. Lepas tu, Cik Rose cakap yang Cik Rose rasa macam demam urat. Boleh doctor tu gelak. Hihi. Tak ada istilah demam urat katanya. Demam lah tu. Ok, doctor. Tapi, badan Cik Rose rasa bisa-bisa. Lepas tu dari bahagian belakang, ke bahu dan ke atas sakit sangat. Doktor bagi ubat demam, sakit tekak dan antiobiotik. Antiobiotik tu busuk pula bau dia. Tak tahan nak telan. Bila tekak sakit, nak telan ubat yang besar-besar tu memang cabaran yang hebatlah kan. Hikhik. 

Dok rumah sengsorang, mulalah sensitif je. Air mata laju je mengalir. Teringat suami, teringat mak, ayah. Adoi... Ingat pula petua yang orang bagi, makan aiskrim vanilla kalau sakit tekak. Memang Cik Rose makan asikrim vanilla semalam. Legalah sikit. Tapi, takdelah baik terus. Tak pernah Cik Rose sakit tekak macam ni. Kalau perit-perit tu pernahlah. Minum air asam jawa dah ok. Kali ni lain macam sikit. Sudahnya 2 hari tak kerja. Hargailah nikmat kesihatan yang ada. Syukurilah nikmat kesihatan yang ada. 


You Might Also Like

5 comments

  1. gws ye cik rose, banyakkan minum air kosong, kalau blh jgn makan pedas2 n berminyak lg bt masa nih

    ReplyDelete
  2. akak pun tak sihat hari tu cik rose...asyiklah hb low sejak suami dok batu pahat...sensitif gak dok sakit sendiri..mulalah menahan emosi air mata...

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh cik rose..lepas ni kena jaga kesihatan ya

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh cik rose.. sedih pulak akak baca..

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS