Tiada istilah entry tertangguh bagi Cik Rose

March 30, 2017

Assalamualaikum.
Selamat petang. Moga baik-baik sahaja. Redup je cuaca hari ni, Khamis - 30 Mac 2017. Sambil taip entry ni, wajah Cik Rose dihembus angin sepoi-sepoi bahasa. Hikhik.

Rasa jiwa sedikit terganggu hari ni. Membuatkan Cik Rose tegar memuatnaik status berunsur negatif pagi tadi. Entah kenapa, gejolak jiwa tak dapat dibendung. Nak diluah, tak tahu pada siapa. Jadi, Cik Rose ambil satu keputusan menulis di mukabuku. Tak apalah, sesekali perlu juga luahan keras namun berlapik seperti itu. 

Status berunsur negatif - takut pula ada yang salah faham. Tiadalah Cik Rose mengeluarkan kata cacian. Cuma sindiran manja sahaja. Hikhik. 

Sebagai peringatan bagi yang punya kuasa nan sedikit supaya tidak alpa dengan dunianya. Sesekali cuba selami rasa yang dibawah. Betapa kami juga punya tanggungjawab yang perlu digalas sebaik mungkin. 

Rasa hati dan status di mukabuku tiada kena mengena dengan soal kerja peribadi. Cuma mewakilkan seseorang yang Cik Rose sayang. Sekali gus Cik Rose juga terpalit.

Eh eh panjang pula mukadimah. 

Tiada istilah entry tertangguh bagi Cik Rose.
Ya, hal ini yang hendak Cik Rose bicarakan sebenarnya. 

Ada banyak hal dan peristiwa yang berlaku. Yang Cik Rose hendak potretkan di blog sendiri. Cuma ambil waktu sedikit hendak menulis. Tidak mahu hanya meletakkan gambar sekeping dua dan ayat sebaris dua. Kalau boleh Cik Rose nak kongsikan dengan lebih terperinci. Sebab itu tiada istilah entry tertangguh bagi Cik Rose. Biar lambat 'up entry' asalkan ianya penuh bermakna dan dapat dijadikan sebagai rujukan sendiri di waktu akan datang.

Gambar di bawah ini, sedikit 'doorgift' pada kenduri Akikah anak sedara Cik Rose awal Mac baru-baru ini. Bertemakan pink. Yang muda yang tua semuanya menggayakan busana rona pink. Jadilah kami 'pinky' pada hari tersebut. Hikhik.


Insyaallah di masa akan datang, Cik Rose kongsikan penulisan tentang :
  1. Melawat Muzium Tentera di Port Dickson.
  2. Kenduri Akikah anak sedara Cik Rose pada awal Mac 2017.
  3. Karnival Sukan Jabatan 2016.
  4. Jalan-jalan di Cameron Highland.

Terima kasih buat semua yang sudi singgah blog Cik Rose.

Tengahari tadi saja cuba template baru blogger tu. Sekejap je. Terus ubah pada yang asal kembali. Nak ubah template ni bukan boleh main ubah dalam masa singkat. Perlu cari waktu yang sesuai nak ubah tu. Dan kena tunggu mood rajin datang juga. Hikhik.

Moga bertemu lagi di entry seterusnya!

You Might Also Like

3 comments

  1. Bagusnya kak rose ni. Keep up the good spirit!

    ReplyDelete
  2. Jalan jalan sini jenguk cik rose.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  3. Rajin rose update entry hikhik moga berterusan ya

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion