Breaking

Sunday, April 30, 2017

Sunday, April 30, 2017

Hadiahkan Ibu dengan Mug Special | Mother's Day Mug


Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Cepat benar masa berlalu. Esok,1 Mei 2017. Bila muncul Mei, mesti korang akan teringat Hari Ibu, Hari Guru, Hari Lahir Cik Rose.. Eh ha ha ha.

Ok entry kali ni Cik Rose nak fokuskan tentang Hari Ibu. Memang ada yang menganggap hari-hari adalah hari ibu. Kenapa nak disambut pada bulan Mei sahaja? Ok Cik Rose tak nak ulas bab itu. Pada Cik Rose, tak salah pun kita nak berbelanja belikan sesuatu untuk ibu kita. 

Cik Rose ada cadangan untuk korang yang masih terfikir-fikir nak belikan hadiah buat ibu tersayang, tapi tak ada idea nak bagi apa. Apa kata, korang hadiah mug special! Kenapa Cik Rose panggil mug special? Sebab kita boleh letak gambar kita! Ha boleh abadikan memori bersama ibu dengan kata-kata yang indah! 


Cik Rose pun ada order tau. Cepat je servisnya. Dalam beberapa hari dah siap. Nak tengok tak? 


Cik Rose letak gambar di hari persandingan Cik Rose bersama mak. Lawa di mata Cik Rose kombinasi warnanya. Purple pink sweet gitu. 



Cuba tengok di bahagian dalam mug ni pula :


Itu yang paling menarik bagi Cik Rose. Penuh ucapan hari  ibu dengan padanan warna yang menarik. Cik Rose suka!


MOTTO MUG sempenan Hari Ibu, Hari Lahir dan Hari Kekasih! 

Jangan risau fikir susahnya nak tempah. Tak perlu bersusah payah mencari. Semuanya di hujung jari. Order online je senang! Bukan sahaja untuk hari ibu. Malah boleh juga tempah untuk hari lahir dan hari kekasih. Wahhh best kan. 





Design dia memang cantik. Tu yang membuatkan Cik Rose jatuh hati! Perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan sejajar dengan slogannya iaitu "Best Sublimation Expert".

Hadiah mug ni korang boleh dapatkan dari BestSub Malaysia. BestSub Malaysia  adalah specializes dalam pengkilangan dan pengiklanan heat press machines, cutting plotters, sublimation supplies, photo crystals, badges, textiles, advertising materials and related printing services widely welcomed as corporate gifts, souvenirs, premiums, personal gifts, and etc.

Untuk makluman lanjut boleh baca di http://blog.libertyprinting.com.my/personalized-mothers-day-gift/

Harga Motto Mug

Mesti korang tertanya-tanya berapa harganya? Takut juga mahal dan tak berbaloi kan. Kita mestilah nak perkhidmatan yang terbaik setanding dengan kualitinya. Jangan gundah gulana. Harga Motto Mug ni hanya RM30! Ya, tiga puluh ringgit sahaja. Jom tempahan hadiahkan buat ibu tersayang. 

Kat mana nak tempah Motto Mug ni?

Kalau korang berminat untuk menempah motto mug ni, korang boleh email atau hubungi : 

No telefon : 019-9858151 (Ms Elaine) atau019-3231515 (Mr Steven) 

Email : order@libertyprinting.com.my 


BestSub Malaysia , Liberty Printing Sdn. Bhd.(1080784-T) 
Alamat: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang , Selangor. 


Waktu bekerja : Isnin-Sabtu (9am-6pm) 


Website : http://www.libertyprinting.com.my/ 

Facebook :http://www.facebook.com/bestsubMalaysia/

Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCcm9uNUtcVa9TF1dmArOyrw


Jangan lupa dapatkan dan hadiahkan buat yang tersayang!


Friday, April 28, 2017

Friday, April 28, 2017

Resepi Donut Yang Mudah, Gebu dan Lembut

Resepi Donut Yang Mudah, Gebu dan Lembut | Assalamualaikum. Kuih donut yang lembut dan gebu menjadi pilihan ramai. Kuih donut dikira sebagai sedap jika teksturnya lembut walaupun dah sejuk. Betul tak? 

Ada pelbagai jenis resepi membuat kuih donut. Pelbagai bahan yang digunakan. Bahan-bahan yang mudah didapati membuatkan ramai yang mencubanya sendiri. Tapi, ada yang jadi dan ada yang tidak menjadi. Justeru, langkah mudah di ambil dengan cara membeli sahaja. Kalau sikit-sikit bolehlah beli. Tapi, untuk keluarga yang besar atau untuk majlis tertentu lebih baik buat sendiri. Lebih berbaloi dan puas hati. Maklumlah air tangan sendiri kan.


Sebelum ni Cik Rose ada kongsikan resepi kuih donut yang lembut dan gebu. Boleh tengok di sini 

Alhamdulillah, minggu lepas Cik Rose buat lagi. Inilah kejadiannya :


Donut terlajak gebu gebas nama diberi. Hihi. Sebabnya bentuknya yang montel-montel. Makan sebiji dah kenyang!

Alhamdulillah menjadi. Masih menggunakan resepi yang dulu. Terima kasih buat empunya resepi. Tapi, memang Cik Rose tak pasti siapa empunya resepi ini. 

Bahannya yang mudah membuatkan Cik Rose mencuba resepi ini. Syukur sebab menjadi.


Di sini Cik Rose kongsikan sekali lagi Resepi Kuih Donut yang mudah, gebu dan lembut ini. 


Resepi Kuih Donut Yang Mudah, Gebu dan Lembut

BAHAN-BAHAN:

A:
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula
1 paket yis ( serbuk)
1 cawan air suam
*campurkan bahan ini dan biarkan kembang

 B:
4 cawan tepung gandum
2 sdm marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

CARA-CARANYA:

1. Ramaskan bahan B hingga jadi macam serbuk roti. 
2. Kemudian, campurkan bahan A yang telah kembang tadi dengan bahan B.  Gaul rata. 
3. Biarkan selama satu jam. Bekas tadi tutup dengan kain lembab. 
4. Lepas satu jam, tumbuk sikit doh tadi untuk keluarkan angin. 
5. Terus canai dan terap. 
6. Kemudian boleh goreng dengan minyak yang banyak. 
7. Dah siap, gaul dengan gula. 

Sedia untuk dimakan.

*doh memang lembik. Tapi kalau terlalu lembik tambah tepung sikit waktu nak mencanai tu. 

Mudah,kan? Jom sesama kita buat. Tak cuba, tak tahu kan. Kalau dah cuba baru tahu. Hikhik.

Friday, April 28, 2017

Aiskrim Terbaru Dari KFC | Salted Caramelicious Vanilla


Aiskrim Terbaru Dari KFC - Salted Caramelicious Vanilla |Assalamualaikum. Aiskrim terbaru dari KFC! Korang dah rasa ke belum? Salted Caramelicious Vanilla. Cik Rose dah rasa. 

Minggu lepas, order KFC online. Alang-alang dah order ayam, order juga aiskrim. Emmmm sedap! 


Cik Rose dah biasa order KFC delivery. Setakat ni memang puas hati. Sampai dalam waktu yang dijanjikan. Keadaan makanan yang dipesan dalam keadaan yang baik. Thank you Encik Delivery KFC!


Cerita tentang aiskrim ni, pendapat peribadi Cik Rose memang sedap. Kena dengan selera Cik Rose. Kalau pergi KFC, mungkin akan order lagi! Hihi. 

Comel je bekas dia sebenarnya. Mungkin teknik ambil gambar tu yang nampak besar pulak. Hihi. 


Apapun, Cik Rose suka rekabentuk dia. Warna tu yang main peranan. Nampak ekslusif. Tu di mata Cik Rose lah kan. 

Tapi kan, bagi Cik Rose harganya agak mahal untuk saiz aiskrim ni. Tak pasti harga sebenar berapa. Mungkin delivery, tu yang berbeza harganya. 


Thursday, April 27, 2017

Thursday, April 27, 2017

Ulangtahun Kelahiran Ayah dan Tentera Benteng Pertahanan Negara

Ulangtahun Kelahiran Ayah dan Tentera Benteng Pertahanan Negara |Assalamualaikum. 
Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, Cik Rose baik-baik sahaja. Cuma keadaan emosi ni macam lain sikit. Sensitif berlebihan rasanya. Rasa sedih bercampur marah. Tapi, jangan risau. Cik Rose ok je. Masih mampu mengawal emosi sebaiknya. Hikhik. 

Petang ni nak cerita santai je. Bila Cik Rose buka blog sendiri, baru perasan yang ada beberapa entry lirik Cik Rose kongsikan dalam seminggu ni. Memang layan lagu betul. Hikhik. 

Hari Lahir Ayah

Di kesempatan ini, Cik Rose ingin menulis sedikit tentang hari lahir ayah Cik Rose. Supaya dapat menjadi kenangan di kemudian hari. Walau Cik Rose tahu yang ayah Cik Rose tak baca pun blog ni. Hihi. Tapi, ayah Cik Rose ada facebook! 












Ayah, Ieja ucapkan Selamat Ulangtahun kelahiran buat ayah. 25 April yang lalu ulangtahunnya. Banyak yang ingin dikatakan tak mampu nak diluah satu persatu. Tapi, Ieja mahu ayah tahu yang Ieja terlalu sayangkan ayah. Segala pengorbanan, jasa, kasih ayah amat Ieja hargai. Tak mungkin dapat dibalas walau satu pun. Ieja bertuah punya seorang ayah yang bernama Ruslan Bin Biden. Love you ayah!

Dah...dah.. Tak boleh tulis lebih-lebih. Air mata ni pun sibuk je nak jatuh!

Tanggungjawab Pada Negara

Kan dah cakap yang emosi asyik berombak seminggu dua ni. Mungkin ini juga satu penyebabnya. Ha ha ha. 

Cik Rose tak pernah menyesal. Tak pernah persoal. Tak pernah marah-marah membentak. Atau merungut membebel setiap masa. Soal tanggungjawab jangan dibuat main. 

Kerjaya sebagai tentera amat Cik Rose sanjungi. Ya, suami Cik Rose lain sikit saluran dia. Bukan kerja di pejabat. Bukan kerja di Kem sahaja. Terlibat dengan latihan, kursus, operasi. Itu hal biasa. Dalam tempoh 5 menginjak ke 6 tahun ini, Cik Rose dah masak. Bayangkan dalam tempoh 2 tahun ni, dah pergi operasi sebanyak 3 kali selama 3 bulan. Jumlahnya dah 9 bulan.  Kursus 2 bulan ke 3 bulan sekali pergi. Latihan paling sikit pun 2 minggu. Belum kira kawad, menembak, lawatan dan lain-lain. 

Psstt Cik Rose kongsikan sahaja sebab ada teman-teman yang bertanya dan ingin tahu ya. Bukan merungut! Cik Rose sayangkan suami dan kerjayanya. Cik Rose menyokong penuh apa yang dilakukannya. Cik Rose sendiri punya pengalaman berkhidmat di MINDEF, 2009 hingga 2012. 



Kita sebagai isteri janganlah marah-marah. Merajuk tak tentu pasal. Hihihi. Kenalah bagi sokongan buat suami. Kena tahu, perasaan dorang juga. Tanggungjawab dorang besar. Pada negara, pada perkhidmatan, pada kita sebagai isteri, anak-anak, mak ayah dan keluarga dorang. Lagi banyak benda dorang nak fikir. Hal kesihatan lagi. Cik Rose sendiri kagum dengan suami dan semua yang seangkatan dengannya yang punyai tahap ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. (jangan muntah Cik Rose puji suami sendiri. Hahaha).

Buat suamiku, moga baik-baik saja di sana. Jaga diri, jaga hati. 

Air mata jatuh tu biasa. Memang lumrah wanita punyai jiwa yang sensitif. Walau kuat macam mana pun, kita akan menangis juga kan. Menangis bukan bererti lemah. Bukan bererti mengada. Tapi, Cik Rose kagum dengan diri sendiri. Bila suami kena pergi operasi, kursus atau latihan, Cik Rose takkan menangis depan dia. Dan dia pun tahu yang Cik Rose kuat. Kuat menahan emosi tak menangis depan dia. Ha ha ha. Hakikatnya diri sendiri yang tahu. 

Rela Berjuang - yang bertugas sebagai tentera atau ada ahli keluarga tentera mesti tahu unit apa suami Cik Rose bertugas. Itu keyword Cik Rose bagi. Cuba teka! Hihihi.

Biarlah orang pertikai apa tugas mereka. Apa jasa mereka. Biarlah. Hanya yang alami saja yang tahu perit jerihnya. Tahniah Angkatan Tentera Malaysia. Darat, Laut, Udara. 

Eh eh terpanjang pulak cerita ni. 

Cuti Tanpa Gaji

Pernah Cik Rose fikirkan hal ini. Tapi, hingga saat ini masih menelitinya. Pro dan kontranya. Tak boleh terburu-buru. Kena perhalusi setiap penjuru. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak perbuatan, badan binasa. 


Korang, Cik Rose nak cerita macam-macam lagi ni. Tapi, nanti panjang berjela pula. Ada yang baca sampai habis ke nanti? Hihi. Lagi satu ni dah 6.30 petang. Kalau taip lagi boleh membawa ke Maghrib ni. Baik Cik Rose berhenti di sini dahulu. Dan cuba cari masa yang sesuai untuk cerita lagi. 

Rumusan entry ni hal ulangtahun kelahiran ayah dan hal emosi Cik Rose yang berombak.


Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Jaga diri, jaga hati. Luruskan niat. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan main hati. Jangan curang. Eh eh panjang pula pesanan penutup. Ha ha ha.




Thursday, April 27, 2017

Lirik Lagu Terus Mencintai - Siti Nordiana

Cik Rose suka betul dengan lagu baru nyanyian Siti Nordiana ni. Terus mencintaiku. Mungkin jiwa sensitif sekarang ni. Ha ha ha. Tengok video klip dia pun boleh rasa sedih tu. Ada Aliff Satar, pasangannya dalam drama Dia Semanis Honey. 

Macam biasa, Cik Rose kongsikan liriknya. Lagu ni ciptaan Siti Nordiana sendiri.

Lirik Lagu Terus Mencintai - Siti Nordiana


Oh Kasihku takkan hilang
Bila Kau ingat kepadaku
Oh Cintaku tak akan pudar
Bila Kau selalu disampingku

Rasa Rinduku melayang layang
Mengingatkan Engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak Sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak Bisa seluas lautan




Rasa Rinduku melayang layang
Mengingatkan Engkau seorang
Menyemai Kasih di dahan cinta
Haruskah Aku terus menangis

Mengapa Rindumu padaku
Tak Sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa Cintamu padaku
Tak Bisa seluas lautan

Sungguh Sungguh ku tak bisa
Menahan Besarnya rinduku padamu
Sungguh Sungguh ku tak bisa
Memaksa Dirimu mencintaiku

Mengapa Rindumu padaku
Tak Sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa Cintamu padaku
Tak Bisa seluas lautan
Tak Bisa seluas lautan


Wednesday, April 19, 2017

Wednesday, April 19, 2017

Warna kulit wajah dan tangan tak sama? Ini Cara Cerahkan tangan dengan cepat dan berkesan

Warna kulit wajah dan tangan tak sama? Ini Cara Cerahkan tangan dengan cepat dan berkesan |Assalamualaikum. Semua wanita nak kulit wajah yang bersih, bebas jerawat, dan cerah. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi tujuan tersebut. Ada yang sanggup berhabis wang ringgit demi mendapatkan kulit wajah cerah! Cuba produk itu. Cuba produk ini. Hasilnya? Ada yang berjaya, ada yang tidak berjaya.

Bila wajah dah cerah, cuba perhatikan tangan. Ye..korang tengok cepat tangan korang. Letak sebelah pipi. Tengok cermin. Sama tak tona warnanya? Apa? Tak sama? Oh no! Macam mana ni... Berbelang pulak nampak. 

Jangan risau. Jangan gusar. Cik Rose ada jalan penyelesaian. Hikhik.

Putihkan tangan dengan losyen Vaseline dan Krim Kecantikan Safi.

Yes. Betul. 

Cik Rose jumpa kaedah ni dari facebook. Maaf Cik Rose tak dapat nak kreditkan pada empunya idea. Kerana ianya telah di share di facebook sampai Cik Rose tak tahu pemilik asalnya. Apapun, terima kasih pada empunya idea ini.

Cara cerahkan tangan dengan cepat dan berkesan.

Mula-mula korang kena dapatkan krim kecantikan Safi dahulu. Jangan salah pilih. Sebab banyak jenis krim kecantikan. Pilih yang lidah buaya, botolnya warna hijau. Comel je. Jangan risau. Murah je. Tak sampai RM10. 

Kemudian, beli juga losyen Vaseline. Eh eh. Losyen Vaseline ni ada macam-macam pilihan. Yang mana satu ni. Korang ambil yang Healthy White. 

Gambar seperti dibawah. Ni gambar Cik Rose sendiri.


Dah tahu bahan. Caranya macam mana pula? Ok, Cik Rose terangkan yer.

Mula-mula sapu krim kecantikan dahulu di permukaan tangan. Terserah korang nak sapu hingga paras mana. Mula-mula agak kesat. Jangan risau sapu je perlahan-lahan. 

Kemudian, baru lapiskan pula dengan losyen Vaseline tadi. Usap-usap hingga warnanya sekata. Biarkan.

Cik Rose sarankan korang sapu sebelum tidur. Nanti bangun pagi masa mandi tu boleh gosok untuk hilangkannya. Tapi, nak pakai waktu pagi atau lebih tepatnya waktu siang pun boleh. Ikut kesesuaian masa korang. 

Nak sapu pada kaki pun boleh. Buku lali ke, lutut ke. Siku ke. Semua boleh. Tapi, ingat. Jangan mandi koboi. Hahaha. Masa mandi kena bersihkan betul-betul. Kalau tak, tak hilang kesannya. 

Ok, Cik Rose zoom sikit gambarnya. 


Korang sapu setiap hari. Secara konsisten. Nanti korang akan nampak perubahannya.

Cik Rose ni kejap buat. Kejap lupa, tak buat. Hikhik. 

Senang kan? Modal pun sikit. Cubalah. Nanti share dengan Cik Rose hasilnya. 


Sekali lagi, terima kasih buat empunya idea. 

Tuesday, April 18, 2017

Tuesday, April 18, 2017

Jangan cepat menilai dan menghukum orang lain

Siapa kita
Siapa kita untuk menilai
Sedang langkah kita masih bengkok
Sedang lihat kita masih serong
Sedang dengar kita samar-samar

Siapa kita
Siapa kita untuk hukum
Sedang tingkah kita masih bertatih
Sedang tutur kita masih tak jelas
Sedang fikiran masih tak rasional



Hati-hati
Hati-hati menilai dan menghukum
Takut tersalah hingga memakan diri

Berpesan-pesan
Sebarkan kebaikan
Agar dapat mengeratkan
Yang jauh agar sentiasa dekat
Kerana ini sementara sahaja
Di sana yang kekal abadi

Monday, April 17, 2017

Monday, April 17, 2017

Lirik Lagu Dunia Sementara Akhirat Selamanya - Medina

Assalamualaikum. Selamat pagi. Cik Rose doakan semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik. 

Cik Rose nak berkongsi lirik lagu Dunia Sementara Akhirat Selamanya. Pernah dengar tak? Cik Rose pertama kali dengar petang semalam di youtube. Liriknya memang terkesan di hati Cik Rose. Sedang kita alpa dengan perjalanan di dunia, terkadang kita terlupa tentang akhirat. Apakah kita sudah bersiap sedia untuk menghadapinya? Atau kita masih terbuai dengan arus dunia.



Lirik Lagu Dunia Sementara Akhirat Selamanya Nyanyian Medina

wahai manusia jangan engkau tertipu daya
oleh dunia yang fana sebagai tempat pujian bagi kita
dunia sementara akhirat selama-lamanya
orang kaya mati, orang miskin mati
raja-raja mati, rakyat biasa mati
semua pergi menghadap Ilahi
dunia yang dicari tak ada yang berarti
“Perkara yang paling terpenting itu ialah perkara iman
iman ini lebih penting daripada duit,
lebih penting daripada rumah, kendaraan dan sebagainya
seseorang mati gak punya duit Allah gak marah.
mati gak punya rumah Allah gak marah.
tapi kalau mati gak punya iman gimana? masalah
harga iman itu sebesar dzarrah
itu Allah hargai dengan surga 10 kali dunia besarnya
sahabat bertanya kepada Rasulullah
bagaimanakah cara memperbaharui iman ya Rasulullah?
sahabat itu bertanya seperti itu
maka Rasulullah katakan, dengan perbanyakkan mengucap Laa ilaaha illallaah”

wahai manusia jangan engkau tertipu daya
oleh dunia yang fana sebagai tempat pujian bagi kita
dunia sementara akhirat selama-lamanya
orang kaya mati, orang miskin mati
raja-raja mati, rakyat biasa mati
orang kaya mati, orang miskin mati
raja-raja mati, rakyat biasa mati
orang kaya mati, orang miskin mati
raja-raja mati, rakyat biasa mati
orang kaya mati, orang miskin mati
raja-raja mati, rakyat biasa mati
orang kaya mati, orang miskin mati
raja-raja mati, rakyat biasa mati
semua pergi menghadap Ilahi
dunia yang dicari tak ada yang berarti
dunia yang dicari takkan dibawa mati

Korang bolehlah menghayati lagu ini di youtube. Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Friday, April 14, 2017

Friday, April 14, 2017

Beli Perfume yang murah dan tahan lama setanding perfume original!

Beli Perfume yang murah dan tahan lama setanding perfume original! | Assalamualaikum. Hai korang! Lumrah manusia yang sukakan wangi-wangian. Mana ada yang sukakan bau yang busuk kan. Hihi. Hidung kita ni tertarik dengan bau yang wangi.

Nak cari perfume yang sesuai dengan kita bukan perkara yang mudah. Takutbdalah pilih kang membazir je.

Ha ni Cik Rose nak kenalkan satu perfume yang terbaik dari ladang katanya! Hihi. Perfume Dexandra. Rasanya ramai yang dah tahu kan tentang Dexandra.

Tahan lama.
Boleh dibawa solat.
Bau setanding perfume original.
Mudah dibawa!

Ha...meh Cik Rose tunjukkan sikit botol perfume Dexandra ni.


Cantikkan packaging Dexandra. Setanding dengan kualiti harumannya. Antara wangian yang ramai pelanggan Cik Rose beli ialah Bombshell dari Victoria Secret. Cik Rose pun gunakannya. Bau yang fresh dan tidak menusuk hidung.

Setiap dari kita berbeza kan. Ada yang suka haruman flora, ada yang suka fresh, ada yang suka fruity, ada pula yang minat sweet dan berbagai-bagai lagi.

Antara haruman yang ada untuk wanita :


Di bawah ini pula antara perfume yang ramai pelanggan Dexandra suka. Gucci flora tu best bau dia. Cik Rose pun jatuh cinta.

Kat mana nak beli perfume Dexandra?

Boleh beli dari Cik Rose. Cik Rose jual.
Whatsapp je Cik Rose :

Cik Rose : 0194964553
Cik Rose : 0194964553
Cik Rose : 0194964553

Harga perfume Dexandra  ni berapa? Hanya RM65 sebotol. Kalau beli dua dan ke atas, Cik Rose bagi special price :)


Jom mewangi bersama Cik Rose.


Friday, April 14, 2017

Lirik Lagu Jampi Nyanyian Hael Husaini

Lirik Lagu Jampi Nyanyian Hael Husaini | Assalamualaikum. Apa khabar? Cik Rose doakan semuanya sihat sejahtera. Cik Rose pula yang tak berapa sihat. Selsema, sakit kepala dan rasa letih je. Aduhai.. Moga diberikan kesembuhan. 

Ok nak cerita tentang lagu. Lagu baru dari Hael Husaini. Bertajuk Jampi. Dulu Hael ni duo bersama Azhar yang dikenali sebagai Azhael. Sekarang Hael bergerak solo. Cik Rose suka je suara dorang ni. Sedap. Hael ni banyak jugak cover lagu artis lain. Antaranya lagu pencuri hati nyanyian Ayda Jebat. Best tau. Korang boleh tengok kat youtube.

Macam biasalah, Cik Rose kongsikan lirik lagu Jampi buat semua. Jom sama-sama nyanyi. La la la la. Yang tak tahu macamana lagu ni, boleh cari lat youtube. Hihi. Cik Rose suka part chorus 'dan bila kau hadir bagai satu misteri'.. Dah kenapa mula-mula dengar Cik Rose ingat dia sebut 'Jamilah kau hadir bagai satu misteri'. Hihi. Ampunnnnn....



Lirik lagu Jampi Nyanyian Hael Husaini.


Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu.

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha Ha ha aku ketawa
Terasa Aku tak tentu arah

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri Kamu

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Malam, Berganti malam
Masih Terbayang
Apa Yang berlaku
Pada Diriku
Ternyata Kamu
Ternyata Kau mahu diriku
Selamanya Kau milik ku

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Dan bila
Ternyata
Aku cintai



Friday, April 14, 2017

JOM MAIN BOWLING !

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak main bowling. Last Cik Rose main tahun lepas. Sebenarnya baru je cuba main bowling dalam dua tahun kebelakangan ni. Sebelum-sebelum ni tak pernah main pun! hihi. Cuba mian masa Jabatan Cik Rose buat pertandingan persahabatan menentang Puspanita. Sejak tu, main dengan kawan-kawan jer.


Tahun ni, tak pernah  main lagi. Tu yang bila tengok gambar lama, rasa rindu pula nak main! Dulu main dekat Summit je. Dekat sikit dengan office. Sekarang kalau main, nak kena pergi BP Mall. Alahai..jauh pula. Tu yang dah jarang main. Nak pergi time lunch memang tak sempat. 

Cik Rose memang tak ada asas main bowling. Main redah je baling. Tapi, Alhamdulillah oklah untuk yang atk pernah main kan. Hahaha. 

Ingat lagi masa pertama kali main, teknik tak tahu. Cara baling tak tahu. Yang tahu, baling je bola tu. Hihi. Sekarang ni dah tahulah sikit-sikit. Nak aim kat mana masa baling tu kan. Takdelah ke longkang sangat. Hahaha. 

Main bowling ni sekadar suka-suka bagi Cik Rose. Boleh hilangkan stress! Main gelak-gelak dengan kawan-kawan. Best! Rindu nak main bowling!


Thursday, April 13, 2017

Thursday, April 13, 2017

Terima Kasih Sahabat | Apa Erti Sahabat?

Assalamualaikum. 

Sahabat.

Apa maksud sahabat? 

Sukar nak dijelaskan kerana ianya subjektif bagi Cik Rose. Masing-masing punya jawapan yang berbeza, kan?


Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu , 
Sahabat (kata nama) 
Bersinonim dengan teman kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco


Cik Rose rasa korang pun ada sahabat kan. Tak kisahlah seorang, dua orang atau ramai. Kawan memang ramai. Namun yang bergelar sahabat itu tidaklah seramai kawan. 

Apa yang penting, andainya korang dah temui sahabat, janganlah sia-siakan. Hargainya sebelum terlambat. Menyesal tak sudah nanti. 

Gambar sekadar hiasan.


Entah kenapa malam tadi Cik Rose bermimpikan sahabat lama. Waktu di Sekolah Menengah. Jujur, Cik Rose rindukan semua yang pernah hadir dalam hidup Cik Rose. Yang pernah menjadi kawan, sahabat, teman. Sahabat di Sekolah rendah, sekolah menengah, pejabat lama, dan juga kawasan kejiranan masa kecil. 

Memang Cik Rose tak mampu nak undur masa. Namun, kenangan itu sudah cukup membuatkan Cik Rose tersenyum dan bahagia. Terima kasih buat sahabat-sahabat. 

Masa berlalu pantas. Dulunya rapat, sekarang seperti terasing. Normal. Cik Rose sedapkan hati dengan mengingati memori indah bersama mereka. Cik Rose tak mampu untuk memiliki mereka lagi. Apa yang pasti, apa yang ada di hadapan mata sekarang, Cik Rose perlu hargai. 

Terima kasih sahabat. Cik Rose bersyukur ditemukan dengan insan yang baik-baik. Moga Cik Rose juga berubah menjadi baik-baik :)