Cik Rose dalam surat khabar Sinar Harian Edisi Ahad - INILAH REALITI

Wednesday, 12 April 2017

Cik Rose dalam surat khabar Sinar Harian Edisi Ahad

Cik Rose dalam suratkhabar Sinar Harian Edisi Ahad | Assalamualaikum. Apa khabar? Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Cik Rose masuk paper! Hikhik. Surat khbar Sinar Harian pada 15 Januari 2017 ( Ahad). Aduhai cerita Januari di bulan April. Bolehlah... bolehlah.


Pertama sekali, Cik Rose nak berterima kasih pada Kak Yam yang sudi menemuramah Cik Rose ni. Thank you. Amat Cik Rose hargai. 

Temuramah dalam tajuk tabungan-kewangan. Cik Rose berkongsi cara Cik Rose menabung. Cik Rose akui susah nak menabung. Susah nak mendisplinkan diri. Sehinggalah Cik Rose jumpa satu kaedah dengan mengasingkan duit mengikut warna. Pada awalnya Cik Rose asingkan duit hijau iaitu RM5. Bila dah nampak kemajuan dan displin, barulah Cik Rose beralih ke duit warna oren, RM20. Tapi, duit oren ni memang mencabar. Bayangkan nak asingkan RM20 tu. Banyak yang kita boleh dapat dari RM20 tu. Menangis tau nak asingkan duit RM20. Hahaha.

Jemput baca sedikit cerita Cik Rose seperti di bawah :


Cik Rose pun masih bertatih. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Haa gitu! Bila kita dah simpan lama sikit, dan tengok jumlahnya, masa tu baru fikir kenapalah aku tak simpan awal-awal. hihi. Cik Rose la tu.

Apapun, kita perlu bijak uruskan kewangan. Kita je tahu bagaimana dan ke mana setiap wang kita pergi, kan. Nak menyimpan atau menabung pun kena ikut kemampuan kita. Janganlah menyiksa diri pula. Asyik menyimpan, hingga tanggungjawa kita abaikan. Kena tahu yang mana satu keperluan dan yang mana satu pula kehendak.

Selamat menabung!

Cik Rose happy masuk paper tak habis lagi ni. Hahaha. Mengada betul!


5 comments:

  1. Tips mcm ni SB lama dah buat dan guna duit kaler hijau saja. yg warna merah dan oren tu mmg agak di akui agak susah nak menyimpan

    ReplyDelete
  2. waaaahhhhh kalau akak pun hepi, tak kisahla bln januari ke februari kn

    akak pun menabung ikut color, mule2 biru.,... pastu trs try menabung warna oen, tp yg amat mencabar betul lah oren nih hehehhe

    ReplyDelete
  3. wah tahniah cik rose....nak cuba juga cara menabung cik rose

    ReplyDelete