Friday, April 14, 2017

Lirik Lagu Jampi Nyanyian Hael Husaini

Lirik Lagu Jampi Nyanyian Hael Husaini | Assalamualaikum. Apa khabar? Cik Rose doakan semuanya sihat sejahtera. Cik Rose pula yang tak berapa sihat. Selsema, sakit kepala dan rasa letih je. Aduhai.. Moga diberikan kesembuhan. 

Ok nak cerita tentang lagu. Lagu baru dari Hael Husaini. Bertajuk Jampi. Dulu Hael ni duo bersama Azhar yang dikenali sebagai Azhael. Sekarang Hael bergerak solo. Cik Rose suka je suara dorang ni. Sedap. Hael ni banyak jugak cover lagu artis lain. Antaranya lagu pencuri hati nyanyian Ayda Jebat. Best tau. Korang boleh tengok kat youtube.

Macam biasalah, Cik Rose kongsikan lirik lagu Jampi buat semua. Jom sama-sama nyanyi. La la la la. Yang tak tahu macamana lagu ni, boleh cari lat youtube. Hihi. Cik Rose suka part chorus 'dan bila kau hadir bagai satu misteri'.. Dah kenapa mula-mula dengar Cik Rose ingat dia sebut 'Jamilah kau hadir bagai satu misteri'. Hihi. Ampunnnnn....



Lirik lagu Jampi Nyanyian Hael Husaini.


Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu.

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha Ha ha aku ketawa
Terasa Aku tak tentu arah

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri Kamu

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Malam, Berganti malam
Masih Terbayang
Apa Yang berlaku
Pada Diriku
Ternyata Kamu
Ternyata Kau mahu diriku
Selamanya Kau milik ku

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Dan bila
Ternyata
Aku cintai



No comments:

Post a Comment