Thursday, April 27, 2017

Ulangtahun Kelahiran Ayah dan Tentera Benteng Pertahanan Negara

Ulangtahun Kelahiran Ayah dan Tentera Benteng Pertahanan Negara |Assalamualaikum. 
Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, Cik Rose baik-baik sahaja. Cuma keadaan emosi ni macam lain sikit. Sensitif berlebihan rasanya. Rasa sedih bercampur marah. Tapi, jangan risau. Cik Rose ok je. Masih mampu mengawal emosi sebaiknya. Hikhik. 

Petang ni nak cerita santai je. Bila Cik Rose buka blog sendiri, baru perasan yang ada beberapa entry lirik Cik Rose kongsikan dalam seminggu ni. Memang layan lagu betul. Hikhik. 

Hari Lahir Ayah

Di kesempatan ini, Cik Rose ingin menulis sedikit tentang hari lahir ayah Cik Rose. Supaya dapat menjadi kenangan di kemudian hari. Walau Cik Rose tahu yang ayah Cik Rose tak baca pun blog ni. Hihi. Tapi, ayah Cik Rose ada facebook! 












Ayah, Ieja ucapkan Selamat Ulangtahun kelahiran buat ayah. 25 April yang lalu ulangtahunnya. Banyak yang ingin dikatakan tak mampu nak diluah satu persatu. Tapi, Ieja mahu ayah tahu yang Ieja terlalu sayangkan ayah. Segala pengorbanan, jasa, kasih ayah amat Ieja hargai. Tak mungkin dapat dibalas walau satu pun. Ieja bertuah punya seorang ayah yang bernama Ruslan Bin Biden. Love you ayah!

Dah...dah.. Tak boleh tulis lebih-lebih. Air mata ni pun sibuk je nak jatuh!

Tanggungjawab Pada Negara

Kan dah cakap yang emosi asyik berombak seminggu dua ni. Mungkin ini juga satu penyebabnya. Ha ha ha. 

Cik Rose tak pernah menyesal. Tak pernah persoal. Tak pernah marah-marah membentak. Atau merungut membebel setiap masa. Soal tanggungjawab jangan dibuat main. 

Kerjaya sebagai tentera amat Cik Rose sanjungi. Ya, suami Cik Rose lain sikit saluran dia. Bukan kerja di pejabat. Bukan kerja di Kem sahaja. Terlibat dengan latihan, kursus, operasi. Itu hal biasa. Dalam tempoh 5 menginjak ke 6 tahun ini, Cik Rose dah masak. Bayangkan dalam tempoh 2 tahun ni, dah pergi operasi sebanyak 3 kali selama 3 bulan. Jumlahnya dah 9 bulan.  Kursus 2 bulan ke 3 bulan sekali pergi. Latihan paling sikit pun 2 minggu. Belum kira kawad, menembak, lawatan dan lain-lain. 

Psstt Cik Rose kongsikan sahaja sebab ada teman-teman yang bertanya dan ingin tahu ya. Bukan merungut! Cik Rose sayangkan suami dan kerjayanya. Cik Rose menyokong penuh apa yang dilakukannya. Cik Rose sendiri punya pengalaman berkhidmat di MINDEF, 2009 hingga 2012. 



Kita sebagai isteri janganlah marah-marah. Merajuk tak tentu pasal. Hihihi. Kenalah bagi sokongan buat suami. Kena tahu, perasaan dorang juga. Tanggungjawab dorang besar. Pada negara, pada perkhidmatan, pada kita sebagai isteri, anak-anak, mak ayah dan keluarga dorang. Lagi banyak benda dorang nak fikir. Hal kesihatan lagi. Cik Rose sendiri kagum dengan suami dan semua yang seangkatan dengannya yang punyai tahap ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. (jangan muntah Cik Rose puji suami sendiri. Hahaha).

Buat suamiku, moga baik-baik saja di sana. Jaga diri, jaga hati. 

Air mata jatuh tu biasa. Memang lumrah wanita punyai jiwa yang sensitif. Walau kuat macam mana pun, kita akan menangis juga kan. Menangis bukan bererti lemah. Bukan bererti mengada. Tapi, Cik Rose kagum dengan diri sendiri. Bila suami kena pergi operasi, kursus atau latihan, Cik Rose takkan menangis depan dia. Dan dia pun tahu yang Cik Rose kuat. Kuat menahan emosi tak menangis depan dia. Ha ha ha. Hakikatnya diri sendiri yang tahu. 

Rela Berjuang - yang bertugas sebagai tentera atau ada ahli keluarga tentera mesti tahu unit apa suami Cik Rose bertugas. Itu keyword Cik Rose bagi. Cuba teka! Hihihi.

Biarlah orang pertikai apa tugas mereka. Apa jasa mereka. Biarlah. Hanya yang alami saja yang tahu perit jerihnya. Tahniah Angkatan Tentera Malaysia. Darat, Laut, Udara. 

Eh eh terpanjang pulak cerita ni. 

Cuti Tanpa Gaji

Pernah Cik Rose fikirkan hal ini. Tapi, hingga saat ini masih menelitinya. Pro dan kontranya. Tak boleh terburu-buru. Kena perhalusi setiap penjuru. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak perbuatan, badan binasa. 


Korang, Cik Rose nak cerita macam-macam lagi ni. Tapi, nanti panjang berjela pula. Ada yang baca sampai habis ke nanti? Hihi. Lagi satu ni dah 6.30 petang. Kalau taip lagi boleh membawa ke Maghrib ni. Baik Cik Rose berhenti di sini dahulu. Dan cuba cari masa yang sesuai untuk cerita lagi. 

Rumusan entry ni hal ulangtahun kelahiran ayah dan hal emosi Cik Rose yang berombak.


Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Jaga diri, jaga hati. Luruskan niat. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan main hati. Jangan curang. Eh eh panjang pula pesanan penutup. Ha ha ha.




2 comments: