PUASA

Ramadhan 1438H | Selamat Menjalani Ibadah Puasa

May 30, 2017

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini 4 Ramadhan 1438H. Apa khabar semuanya? Moga baik -baik sahaja. Di awal Ramadhan, Cik Rose diuji dengan selsema, demam dan sakit-sakit badan. Manja benar badan sekarang ni. Kalau ada perjalanan jauh je, mesti demam selsema. Dulu, Cik Rose relax je naik bas ulang alik setiap minggu antara Kl ke Kedah, Kl ke Jb, dan Jb ke Kedah. Sekarang ni lain sikit. Sebulan sekali kalau naik bas dari Batu Pahat ke Sungai Petani, mesti demam urat. Nampak sangat kesan pertambahan usia di situ. Hikhik. 

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni Cik Rose dapat bersahur dan berbuka bersama mak ayah dan adik beradik. Walau diuji dengan pemergian suami ke Operasi nun di Sabah, sedikit sebanyak terubat kesedihan hati Cik Rose dengan kemeriahan suasana di kampung. 


Ubat selsema. Mengantok cek oi. 

Di kesempatan ni, Cik Rose ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Marilah kita eratkan tali silaturrahim dan bermaaf-maafan. 

Korang... Bulan Ramadhan ni Cik Rose balik kerja awal setengah jam. Hikhik. Dapatlah balik sediakan apa yang patut, kan. 



JADUAL

Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2017 bagi Negeri Johor

May 24, 2017

Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2017 bagi Negeri Johor | Assalamualaikum. Lagi beberapa hari Syaaban akan berakhir. Dan Ramadhan akan muncul. Moga kita semua diberikan peluang untuk bertemu Ramadhan. 

Di sini, Cik Rose sertakan jadual berbuka puasa dan waktu Imsak bagi seluruh Negeri Johor untuk tahun 2017 ini. 

Jadual berbuka puasa dan imsak bagi Zon 1, Zon 2, Zon 3 dan Zon 4. Moga bermanfaat buat semua.









Korang berpuasa di mana tahun ni? Maksud Cik Rose, di rumah sendiri atau balik kampung? 

Insyaallah, tahun ni Cik Rose bakal berpuasa di kampung untuk 1 Ramadhan. Bukan selalu ada kesempatan ni. Esok, Cik Rose akan naik bas balik kampung. Doakan semuanya selamat. 

Sekarang Cik Rose kena peka dengan pembelian tiket bas. Maklumlah, kenderaan rasmi Cik Rose kalau balik seorang ke kampung. Sebab Cik Rose tak nak sejarah berulang. Hihi. Sejarah tiket bas habis. Jangan terlalu relax bab -bab ni. Perlu persediaan awal. Jangan menyesal tak sudah kalau tiket habis. 

Sekarang dah boleh beli tiket bas online, lagi senang. Sampai tiket baik kampung untuk raya pun Cik Rose dah beli. Hikhik. Korang yang nak balik kampung naik bas, baik beli sekarang. Time Cik Rose beli online semalam, dah banyak seat habis. Siapa cepat, dia dapat. 



luahan

Antara minat dan tanggungjawab | Mana satu jadi pilihan!

May 23, 2017

Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya? Moga baik-baik saja. Cik Rose baik-baik saja. Alhamdulillah. Cuma terkadang sukar tidur malam -mungkin kesan minum kopi. Usia meningkat, dah tak macam dulu. Cik Rose akui, Cik Rose adalah seorang 'peminum' kopi tegar dahulu. 

Pencinta kopi beralih arah.

Namun, sejak dua menjak ni, tekak menolak kopi. Tak pasti mengapa. Kalau dulu, balik dari kerja kopilah menjadi minuman Cik Rose. Kini, tidak lagi. Kalau bancuh kopi, pasti tak habis. Cuma, waktu sarapan memang Cik Rose dah ambil nescafe atau neslo.



Bekalan kopi di rumah pun dah lama tak dibeli. Apa yang ada sahaja. Entahkan bila nak habis. 

Pantang tengok menu Mocha atau Cappucino.

Ya, Cik Rose kalau ke kedai makan/restoran, pantang tengok mocha atau cappucino. Mesti nak! 

Bagus juga bila tekak dah mula menolak kopi. Bolehlah Cik Rose beransur-ansur tinggalkan. Demi suatu impian dan harapan! 


Antara minat dan tanggungjawab!

Serba salah dibuatnya andai diminta membuat pilihan antata minat dan tanggungjawab. Tak mungkin Cik Rose dapat pilih dengan sekelip mata. Sudah pasti hati ni berbelah bahagi. 

Awal April haritu, Cik Rose dah fikir dan ingin membuat satu keputusan drastik terhadap kerjaya hakiki Cik Rose. Kerana keadaan ketika itu mendesak. Harus memilih dua persimpangan. Lalu, Cik Rose tekad ingin melakukannya. Namun, setelah beberapa ketika. Cik Rose mulai rasional. Fikir pro dan kontra jika Cik Rose tekad. 

Fikir baik-baik | Jangan pentingkan diri.

Ya, lama berfikir. Nak tak nak, harus laluinya. Jadi, Cik Rose masih di sini. Masih di Johor. Tak mungkin Cik Rose berdaya untuk gagahkan diri mengikut kata hati ketika itu.

Ya Allah, terima kasih.

Ada hikmah dengan apa yang berlaku. Cik Rose bersyukur. Alhamdulillah.

Dengar boleh, percaya jangan.

Entah kenapa, masih ada sebegitu. Tolong jangan libatkan individu lain dalam drama anda. Cik Rose juga berharap dijauhkan dengan individu sebegitu. Nak positif jer. Nak happy-happy aja. Nak tenang-tenang saja. Yeaaahhhh.


Permulaan yang baru.

Mei. Suatu permulaan baru. Macam-macam yang berlaku. Cik Rose ambil dari sudut positif dan akan belajar mengharunginya.


Mei yang agak sibuk. Maaf kurang berjalan di blog rakan-rakan blogger. Akan diusahakan. Terima kasih keran sudi hadir di sini membaca coretan Cik Rose.




MAKAN

Makan di The Manhattan Fish Market | Quensbay Mall Pulau Pinang

May 21, 2017

Makan di The Manhattan Fish Market | Quensbay Mall Pulau Pinang|Assalamualaikum. The Manhattan Fish Market. Sebelum ini, tak pernah lagi Cik Rose makan. Ni pertama kali mencuba dan makan. 

Cik Rose bersama kakak, adik lelaki dan anak sedara. Asalnya kitorang ke Queensbay Mall, Pulau Pinang nak cari barang sikit. Jalan punya jalan dalam tu, perut pun berdendang. Dok fikir nak makan apa, nak makan apa. 

Last-last kitorang sepakat masuk The Manhattan Fish Market. Terus terang Cik Rose tak tahu nak order apa. Hikhik. Dok tanya adik ja. Ni sedap ka, yang ni sedap ka? 

Akhirnya, inilah menu yang kitorang pilih : 

1) Pilihan Cik Rose.

Small Flame

Enjoy the legendary Manhattan Flaming Prawns with grilled dory fillet on a bed of Garlic Herb rice, chips and veggies.

Ikan dory tu sedap. Segar. Dan udang pun sedap, makumlah Cik Rose kan penggemar udang. Ditambah dengan cheese, alahai..  Sedap! Jangan takut , tak muak. Sebab korang boleh perahkan lemon. Lagi satu, pemilihan air pun kena tepat. Nak meneutralkan balik tekak kita ni. Cik Rose cadangkan jangan pilih minuman bersusu ya. 


2) Pilihan kakak.

Manhattan Flaming Seafood Platter

The indisputable No.1 choice of our fans! This platter serves up generous portions of hand battered fish fillets, oysters and calamari. The highlight is our Manhattan Flaming Prawns, brought to full flavor when our Sea-cret Agents flame right before your eyes!

Yang ini saiz hidangan memang besar. Boleh 3-4 orang sebenarnya! Kenyang! Ikan dory digoreng, so memang menaikkan selera. Tengok pun dah tahu, ada macam-macam makanan laut. Puas hati ambil yang ini. 


3) Pilihan anak sedara.

Scallops Fish Chicken (SFC)

Can’t decide what to have? Have a bit of everything scrumptious! Sample our Cajun grilled chicken breast, crunchy fried scallops and all-time favorite fish fingers!

Ikan dory yang dibakar memang sesuai makan dengan nasi tu. Laju je masuk mulut. Hihi. Tak rugi pilih hidangan ni. Nyum nyum.


4) Pilihan adik.

Feeesh 'n Cheeese

Get the best of both world! Enjoy your Manhattan Fish 'n Chips with the marvelous cheeesy chips.

Kesukaan adik Cik Rose, memamg fish and chip. Sampai di sini pun tetap memilih fish and chip. Memang sedaplah. Cik Rose bagi 5 bintang!


Servis yang memang ok. Makanan pun sedap. Mahu tak sedap, dengan harganya yang sebegitu. Hihi. Sedikit teruja bila makanan sampai, dan pekerjanya dok 'bakar-bakar'. Hihi. Syok tengok api!

Secara keseluruhannya, Cik Rose berpuas hati dan mungkin akan pergi lagi. Cuma satu je nak pesan. Kalau nak pergi makan di The Manhattan Fish Market ni, kena betul-betul lapar. Sebab saiz hidandannya besar. Lebih baik share jer. Rugi wooo kalau tak habis. 

Alhamdulillah. Menu hari tu clear!. Hihi.



Selamat menjamu selera!

bola sepak

Keputusan Final Piala FA | Kedah Menang menentang Pahang Dengan Jaringan 3-2

May 20, 2017

Keputusan Final Piala FA | Kedah Menang menentang Pahang Dengan Jaringan 3-2. |Assalamualaikum. Cerita pasal bola lah malam ni. Agak lama Cik Rose tak ulas tentang bola. Hihi. Korang boleh tengok di sini : http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.my/search/label/bola%20sepak?m=1

Sebentar tadi, telah berlangsung perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Pahang. Korang tanya Cik Rose, dah tentu jawapannya Kedah! Pulun Kedah Pulun!


Kesebelasan utama pasukan Kedah : 


Hati berdebar, dup dap dup dap je tengok tadi. Penuh dramatik. Hihi. Dengan kad merah juga dilayangkan buat pemain Pahang. Dengan insiden gol di akhir minit separuh masa pertama. Memang Cik Rose geram masa tu. Yelah dah mendahului dengan dua jaringan. Dah nak habis masa separuh masa pertama, tut tup gol! Membawa kepada keputusan 2-1 di separuh masa pertama. 

Psssst. Gigih Cik Rose edit gambar dan jadikan profil sementara di facebook. Untuk nyatakan sokongan buat Hijau Kuning Negeriku. Nak tengok, boleh ke facebook Cik Rose : http://www.facebook.com/roshazareeza

Pulun Kedah Pulun! Walau Cik Rose jauh dari Kedah, Kedah tetap di hati. Ecewahhh... Hijau kuning sentiasa di hati ini. 


Alhamdulillah. Kedah menang Piala Fa. Kedah menang dengan jaringan 3-2. Berdebar-debar di saat akhir, banyak cubaan dari kedua-dua pasukan.

Tahniah Kedah. Suka duka sepanjang perjalanan dari awal peringkat kumpulan hingga ke final akhirnya berbaloi. Kemenangan yang penuh makna.

Tahniah juga buat pasukan Pahang. Pahang juga telah buat yang terbaik. 

Psss.. Esok Cik Rose kerja. Boleh tak kalau nak cuti peristiwa juga sempena kemenangan Kedah ni? Hikhik.



Bezday

Alhamdulillah, menginjak ke usia 29 tahun.

May 20, 2017

Assalamualaikum. Apa khabar semuanya. Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Hal kesihatan mak ayah adalah menjadi kerisauan utama buat Cik Rose kerana berjauhan nun di Kedah. Begitu juga keadaan kesihatan Mr Army. Moga baik-baik sahaja di Sabah sana.

Hari ini, 20 Mei 2017. Baru berkesempatan mencoretkan tentang hari ulangtahun kelahiran sendiri.

Alhamdulillah, Allah panjangkan usia dan berikan nikmat kesihatan. Alhamdulillah, Alhamdulillah,Alhamdulillah.

Tanggal 9 Mei 1988. Ianya bermula. Terima kasih tak terhingga buat mak sayang dan juga ayah sayang. Segala ucapan, telah Cik Rose luahkan dengan kata-kata, jadi tak perlu lagi Cik Rose coretkan di sini.

Seminggu sebelum hari lahir Cik Rose hari tu, Cik Rose ada balik kampung. Dan sewaktu itu juga keluarga memberikan kejutan buat Cik Rose. Sungguh hati ini terharu. Iyalah, sudah berusia 29 tahun, dan berkahwin. Tetapi, masih juga diberikan kejutan sedemikian rupa. Terima kasih! Cik Rose suka dan bersyukur.


Inilah mak ayah Cik Rose. Love you mak, ayah ❤

Cik Rose copy paste muka mak, orang cakap. Hihi.



Pada 9 Mei 2017, Cik Rose ada order kek dan nutella cheese tart. Buat teman-teman office. Majlis tak di rancang. Secara tiba-tiba. Terima kasih buat semua teman-teman yang sudi meraikan dan juga buat 'Ustaz' yang mengetuai bacaan doa. Alhamdulillah. Terima kasih. 

Inilah dia Cheese Choc Brownies :


Nutella cheese tart yang gebu dan lazat : 


Dan pada hari yang sama, Cik Rose terima kejutan dari teman-teman baik. Iaitu sekotak blueberry cheese tart. Cik Rose terharu! Cantik. Warna purple, warna kesukaan Cik Rose. Ala-ala Sofea The First. Terima kasih semua, you know who you are. 



Usia menginjak dan bertambah lagi satu. Apa yang ada hari ini, Cik Rose bersyukur.

Terima kasih buat semua yang mengenali diri ini, dan sudi mengirimkan doa buat Cik Rose. Cik Rose hargainya.

Ada yang mendoakan agar Cik Rose dikurniakan cahaya mata. Allahuakbar. Terima kasih. Memang itulah impian dan doa Cik Rose. Semoga Cik Rose dipermudahkan jalan untuk mengandung dan memiliki zuriat. Begitu juga pada seluruh wanita yang menginginkan . Sama-sama kita berdoa dan berusaha. 


kasih sayang

Jagakan Dia Untukku | Bukan sekadar lagu

May 14, 2017

Assalamualaikum. Apa khabar semuanya. Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Ya Allah, take care of the ones I love. 
Ya Allah, jagakan dia untuk Cik Rose.

Ada lagu berjudul ' Tuhan, jagakan dia'. Nyanyian dari Motif Band. Antara bait liriknya adalah : 

"Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku".



Bukan berkisarkan lagu ni tujuan entry ini Cik Rose karang. Tapi, lebih kepada isi hati, doa dan harapan.

Cik Rose percaya setiap dari kita sentiasa berdoa kepada Allah akan kesihatan dan kesejahteraan orang yang kita sayang. Mak, ayah, suami, isteri, anak-anak, adik beradik, teman-teman dan lain-lain.

Tak kisah jika duduk sekali atau berjauhan. Jangan sesekali kita lupa untuk berdoa. 

Taip entry ni, hati jadi sebak. Teringat orang-orang yang Cik Rose sayang. Walau jarak beratus-ratus kilometer, kasih cinta moga sentiasa ada di hati. 

Jaga diri, jaga hati. 


parenting

Cara Mudah Potong Kuku Bayi | DELUXE NAIL CLIPPER WITH MAGNIFIER DARI LUNAVIE

May 13, 2017

Cara Mudah Potong Kuku Bayi | DELUXE NAIL CLIPPER WITH MAGNIFIER DARI LUNAVIE . Assalamualaikum. Hai semua! Bab-bab potong kuku bayi atau anak ni kan, bukan mak ayah je yang kena ambil tahu. Cik Rose rasa semua kena ambil berat. Macam Cik Rose, ada anak-anak sedara yang manja dan rapat kan. Jadi, kadang-kadang Cik Rose lah kena ambil peranan potong kuku ni. 

Nak potong kuku anak ni bukan main bedal je. No no no. Korang kena alert benda ni. Ada yang trauma nak potong kuku anak tau. Berdarah, luka, termakan isi dan lain-lain. 

Jangan risau. Cik Rose ada caranya. Hikhik. 

Tips nak potong kuku bayi, mestilah masa dorang tidur. Kan, kan? Sebab masa dorang tidur adalah lebih mudah kita nak potong. Kalau dalam keadaan berjaga ni, takut dorang meronta dan sebagainya. Lagi satu tips, jangan guna pemotong yang besar atau yang biasa tu. Belilah pemotong kuku khas untuk anak-anak kita. Eh, ada jual ke? Mestilah ada!

Tadaaaa, Deluxe Nail Clipper With Magnifier dari Lunavie. 


Direka khas untuk memotong kuku bayi! Apa yang best tentang pemotong kuku ni? Bukan ke sama je dengan yang dijual di luar tu? Pakai je pemotong kuku yang biasa tu. Ha, mesti ramai yang cakap macam tu kan? 

Eh, jangan macam tu. Ini lain dari yang lain.

Pemotong kuku dari Lunavie ni special tau. Cuba tengok reka bentuknya. Memang mesra pengguna. Tak licin macam pemotong kuku biasa tu. Besi je, bila pegang licin. Nak potong kuku anak, memang akan tersasar kan. 


Lagi satu, dan yang terpaling penting, ianya didatangkan dengan kanta pembesar! Wahhh.... So, kita boleh tengok dengan jelas kuku anak kita tu. Tak perlu dah kecilkan mata atau dok buat renungan tajam kat kuku tu. Hikhik. 


Bila Cik Rose guna ni, anak sedara Cik Rose excited sangat! Suka benar nak potong kuku. Potong kuku bukan lagi mimpi ngeri tau. Hahaha. 

Harganya juga murah dan berbaloi. Yang penting kualitinya memang terbaik. Cik Rose memang akan war-warkan benda yang baik macam ni. Satu rumah memang kena ada satu. Amat berguna. Lepas ni, mak ayah dah tak payah risau da. Boleh potong kuku anak dengan tenang. 



Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website 

Facebook

Instagram



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion