Antara minat dan tanggungjawab | Mana satu jadi pilihan! - INILAH REALITI

Tuesday, 23 May 2017

Antara minat dan tanggungjawab | Mana satu jadi pilihan!

Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya? Moga baik-baik saja. Cik Rose baik-baik saja. Alhamdulillah. Cuma terkadang sukar tidur malam -mungkin kesan minum kopi. Usia meningkat, dah tak macam dulu. Cik Rose akui, Cik Rose adalah seorang 'peminum' kopi tegar dahulu. 

Pencinta kopi beralih arah.

Namun, sejak dua menjak ni, tekak menolak kopi. Tak pasti mengapa. Kalau dulu, balik dari kerja kopilah menjadi minuman Cik Rose. Kini, tidak lagi. Kalau bancuh kopi, pasti tak habis. Cuma, waktu sarapan memang Cik Rose dah ambil nescafe atau neslo.



Bekalan kopi di rumah pun dah lama tak dibeli. Apa yang ada sahaja. Entahkan bila nak habis. 

Pantang tengok menu Mocha atau Cappucino.

Ya, Cik Rose kalau ke kedai makan/restoran, pantang tengok mocha atau cappucino. Mesti nak! 

Bagus juga bila tekak dah mula menolak kopi. Bolehlah Cik Rose beransur-ansur tinggalkan. Demi suatu impian dan harapan! 


Antara minat dan tanggungjawab!

Serba salah dibuatnya andai diminta membuat pilihan antata minat dan tanggungjawab. Tak mungkin Cik Rose dapat pilih dengan sekelip mata. Sudah pasti hati ni berbelah bahagi. 

Awal April haritu, Cik Rose dah fikir dan ingin membuat satu keputusan drastik terhadap kerjaya hakiki Cik Rose. Kerana keadaan ketika itu mendesak. Harus memilih dua persimpangan. Lalu, Cik Rose tekad ingin melakukannya. Namun, setelah beberapa ketika. Cik Rose mulai rasional. Fikir pro dan kontra jika Cik Rose tekad. 

Fikir baik-baik | Jangan pentingkan diri.

Ya, lama berfikir. Nak tak nak, harus laluinya. Jadi, Cik Rose masih di sini. Masih di Johor. Tak mungkin Cik Rose berdaya untuk gagahkan diri mengikut kata hati ketika itu.

Ya Allah, terima kasih.

Ada hikmah dengan apa yang berlaku. Cik Rose bersyukur. Alhamdulillah.

Dengar boleh, percaya jangan.

Entah kenapa, masih ada sebegitu. Tolong jangan libatkan individu lain dalam drama anda. Cik Rose juga berharap dijauhkan dengan individu sebegitu. Nak positif jer. Nak happy-happy aja. Nak tenang-tenang saja. Yeaaahhhh.


Permulaan yang baru.

Mei. Suatu permulaan baru. Macam-macam yang berlaku. Cik Rose ambil dari sudut positif dan akan belajar mengharunginya.


Mei yang agak sibuk. Maaf kurang berjalan di blog rakan-rakan blogger. Akan diusahakan. Terima kasih keran sudi hadir di sini membaca coretan Cik Rose.




3 comments:

  1. Begitulah kehidupan, sering diuji dengan pilihan.
    Dulu saya tak suka nes, sekarang,,nak,,nak,,nak,,

    ReplyDelete
  2. takpe cik rose. apa yg hati kita tunjuk tu, tu lah yg terbaik untuk kita. jgn menyesal. semua perkara ada himahnya

    ReplyDelete
  3. satu keputusan yg sukar tu, rose.
    minat... tanggungjawab... payah utk decide.
    pe pon, harap semua ok ok aje tau.
    istikhoroh kalau perlu,rose. in shaa Allah...

    ReplyDelete