Breaking

Saturday, 10 June 2017

REVIEW | PEMBERSIH WAJAH BARU DARI EVERSOFT



REVIEW | PEMBERSIH WAJAH BARU DARI EVERSOFT. Assalamualaikum. Korang mesti familiar kan dengan brand Eversoft. Cik Rose pernah je gunakan pembersih wajah Eversoft sebelum ni. Ada banyak jenis yang boleh kita pilih ikut kesesuaian kulit sendiri. Jangan sembarangan pakai je tau. Sayangi kulit sendiri. 


Terbaru, Eversoft ada mengeluarkan pembersih wajah 100% organik. Micellar Cleansing Water dan Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner .


EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water 

EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water merupakan pembersih wajah yang lembut dan berkesan untuk menanggal solekan dan membuang kotoran. Diperkaya dengan ekstrak organik Tomato yang tekenal dengan ciri-ciri antioksida bagi melawan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan pencemaran, pada masa yang sama menyegarkan kulit serta mengecilkan pori. Produk ini turut mengandungi Bio-Hyaluronic Acid bagi mengekalkan lembapan dan mencegah nyahidrat. Ia menjadikan kulit wajah terasa bersih dan lembab sentiasa. Dengan pembersih solekan yang tidak memerlukan bilasan air ini, pengguna boleh melangkau langkah membersih wajah dengan buih pembersih serta penggunaan toner. Anda hanya perlu memakai pelembab setelah menanggalkan solekan dan siap!



EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner 


EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner terhasil daripada formula gabungan 2 langkah pembersih kepada 1. Manik-manik merah jambu diperkaya dengan Tea Tree Oil dan Vitamin E yang membersih jauh kedalam kulit untuk menarik kotoran, manakala ekstrak organik buah Yuzu membantu meredakan kemerahan kulit, mengurangkan pembentukan jerawat, dan membuang cela pada wajah. Pembersih ini membersih dan mencerah dalam satu langkah tanpa meninggalkan sebarang kotoran. 


Sejujurnya, Cik Rose memang suka sangat EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water tau. Kalau nak buang solekan di tempat kerja tu, picit sikit pada kapas atau tisu dan terus sapu pada muka, memang hilang make up. Sesuai dengan muka Cik Rose. Sesetengah make up remover ada yang buat wajah Cik Rose tumbuh jerawat atau gatal-gatal. Tapi yang ini sangat bagus. Lepas tu, botol dia besar dan tahan lama. 

Korang boleh dapatkan di pasaraya-pasaraya atau kedai-kedai berhampiran. Harganya juga berpatutan setanding dengan kualitinya. 

Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment