Friday, July 28, 2017

DIANZ Vitamin C & E : Betul ke Hisap-hisap Terus Cantik


DIANZ Vitamin C & E : Betul ke Hisap-hisap Terus Cantik | Assalamualaikum. Selamat malam. Apa khabar semuanya? Malam ni agak panas pula rasa. Pagi tadi hujan lebat, sejuk. Syok kalau tidur hujan-hujan. Hi hi.

Dianz Vitamin C dan E. 

Ada yang pernah cuba tak? Cantik botol dia. Maklumlah warna kegemaran Cik Rose, purple. Cantiklah! 


Macam mana boleh kenal dan terjebak beli ni?  Alkisahnya, Cik Rose tahu produk ni bila orang viralkan taglinenya tu iaitu hisap-hisap terus cantik. Ada juga nampak di papan iklan tepi highway. Tak terlintas pula nak membeli sebab masih belum terpengaruh. 

Nak dijadikan cerita, officemate Cik Rose lah yang cuba dulu. Wah wah... Nak juga! Cepat benar terpengaruh. Kawan Cik Rose ada bagi rasa 2 biji. Rasanya berry, sedap.


Apalagi, dek kerana tak sabar nak cantik juga, terus ajak kawan teman pergi beli. Satu botol ni RM50, ada 35 biji. Dapat tisu sebagai 'free gift' . Hihi. Tak dapat diskaun. Harga tetap katanya.

Apa kebaikan Dianz Vitamin C dan E ni?
Cik Rose google je, dan letak kat sini hasilnya ya.

KEBAIKAN DIANZ VITAMIN C + E & EXTRA PEARL

*Mencerahkan kulit muka dan seluruh badan

*Kulit lebih glowy dan berseri
*Mencantikkan kulit
*Melembapkan kulit
*Merawat jeragat, jerawat dan menghilangkan sel kulit mati
*Menghilangkan parut muka/badan
*Mengurangkan minyak pada kulit muka
*Mengurangkan ekzema
*Mengurangkan resdung
*Membantu menegangkan kulit

*Merawat kulit kusam

*Merawat tona kulit tidak sekata
*Mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru

Ha, mana tak tergoda kan. Tapi, kalau nak kesan yang optimum, kena elakkan caffien dan minuman bergas. Oh macam mana dengan nescafe Cik Rose ni. Ha ha ha.


Tapi, harus diingatkan. Janganlah makan sebiji dua, terus nak nampak kesan. Kenalah amalkan hari-hari kan. 

Jangan tanya Cik Rose, berkesan ke? Ok ke? Sebabnya Cik Rose baru je makan dua hari. Melampaulah kalau nak cerita kesannya kat sini. Hi hi.


Sajalah nak cuba. Sebab senang, tak perlu bancuh ke apa kan. Hisap je macam gula-gula tu. Senang. 

Moga Cik Rose dapat amalkan hari-hari makan. Semoga berdisplin. Sebab sebelum ni selalu sekerat jalan ja. Aduhai.... 

Ada tak kat sini yang sedang makan atau pernah makan? Bolehlah kongsi dengan Cik Rose kesan-kesannya. 

Sharing is caring.



8 comments:

  1. InsyaAllah kalau makan berterusan akan nampak kesannya...selamat mencuba ya...

    ReplyDelete
  2. Saya makan, dan saya jual! Hehe meh beli dgn KakNa. Whatsapp pun boleh. 016-7253014. Nak carik duit poket? Sangat dialukan! 😍

    ReplyDelete
  3. selalu dengar orang lain amalkan ini .. tp lisa tk pernah try lagi hehe

    ReplyDelete
  4. selalu tengok billboard Dianz ni kat tepi highway hehe..

    ReplyDelete
  5. Akak pernah mkn...yg best susu byk...akak stop sbb de komitmen yg lbih pntg kne dlukan

    ReplyDelete
  6. Pernah makan 5 botol, niat nak dapatkan kulit lebih cerah tapi dalam masa 5 botol tu tak ada efek, saya terus berhenti makan dianz.

    ReplyDelete
  7. Hai, nak tnya ,so apa result makan dianz eh? Heheh.sebab baru nak try makan 😂

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, kulit makin cerah & bekas jerawat semakin pudar selepas pengambilan 2 botol🤭

    ReplyDelete