Wednesday, July 19, 2017

PERCUTIAN SINGKAT KE CAMERON HIGHLAND

PERCUTIAN SINGKAT KE CAMERON HIGHLAND | Assalamualaikum. 

Agak basi cerita ini, sebab lama sangat peram. Nak menulis, tak ada idea masa tu. Tapi, takdelah basi sangat kot. Sebab masih dalam tahun yang sama. Mac 2017.

Alkisahnya ini dinamakan percutian mengejut. Suprise gitu. Mana taknya, tak ada persiapan yang di buat. Dan kami main terjah je. Tak tidur pun atas Cameron Highland. Pergi balik hari. Ha ha ha.

Cik Rose dan suami memang tak boleh nak rancang bercuti. Cuti  mengejut, sebab tu ke mana pun main redah. Itupun Cik Rose dah bersyukur dan gembiar. Sekurang-kurangnya masih ada masa bersama. Alhamdulillah. Janganlah nak plan dan booking bagai. Membazir ja. Bayangkan nak ke JB pun boleh sekerat jalan sebab dipanggil bertugas, inikan pula nak jalan jauh-jauh. So, lebih baik pergi je kalau berkesempatan. 

Ok, cerita ke Cameron Highland. 

Cik Rose sebelum ni, memang tak pernah ke sana. Tak tahu macam mana keadaan di sana. Dok tengok kawan-kawan je post di FB dan blog. Baca pengalaman mereka, memang seronok. Cerita Strawberry. Emmm memang terliur. Sebab Cik Rose memang penggemar Strawberry Coklat macam Datok Siti Nurhaliza. Eh tetiba. hi hi. Dulu, masa Cik Rose duduk JB, sanggup naik motor dengan suami ke Aeon Tebrau semata-mata nak makan Strawberry Coklat di ground floor tu. Gigih cari kat sana. 

Gerak ke Cameron Highland

Alkisah suami dapat cuti sehari, maka terus buat keputusan dan terus gerak. Cik Rose memang kena sentiasa bersedia. Ambil baju letak dalam beg, dan terus bersiap seadanya. 
Bertolak dalam pukul 10 malam dari Batu Pahat, menuju ke Tapah. Ikut lebuhraya, sampai Tapah dalam pukul 2 pagi. Mula-mula suami terus nak naik ke cameron Highland terus. Tapi, Cik Rose ni penakut. Ha ha ha. Tak bagi naik. Maka kami sewa hotel di Tapah. Tidur kejap. Dalam pukul 7 pagi tu baru gerak naik atas. Melihat keadaan jalannya, Cik Rose rasa lega sebab berjaya pujuk suami supaya tak naik terus malam tadi. hi hi hi.

Cik Rose rasa teruja, almaklum pertama kali naik. 

LADANG TEH BHARAT

Mula-mula singgah di Ladang Teh Bharat. Turun sekejap, bergambar ala kadar sebab suami kata nanti nak balik boleh singgah sebab nak guna laluan yang sama. Cik Rose pun akur je tanpa memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Tapi, taklah sejuk sangat masa tu. Cik Rose rasa biasa je, cuma ada angin sepoi-sepoi bahasalah. 

Jom tengok sikit beberapa keping gambar yang sempat kami ambil di Ladang Teh Bharat masa mula-mula sampai.


Cantik sungguh pemandangan. Tenang ja hati melihat hijau!




BIG FARM STRAWBERRY

Seterusnya, menuju ke ladang Strawberry. Nasib baik ada Encik Google, dok baca pengalaman orang kan. Maka, kami singgah ke Big Farm Strawberry. Kami parking di depan apartment, dan terus jalan kaki ke sana. Agak jauh. Sebab jalan sesak, maklumlah hari Sabtu. Menghadap jalan yang sesak tu pun dah buat Cik Rose resah walaupun bukan Cik Rose yang memandu. Apa pula perasaan orang yang memandu, kan?

Mula-mula ke tempat pokok-pokok bunga tu. Geramnya tengok. Semua cantik-cantik dan segar. Rasa nak beli semua. ha ha. Sempatlah Cik Rose beli pokok bunga Rose Jepun. Cantik tau.

Tengoklah ni, macam-macam jenis dan warna yang ada. Rose, rose, rose!


Emm macam tahu-tahu yang Cik Rose suka purple. Aihhh nak ni !



Kasi zoom sikit, guna Oppo R9s. Eh...terpromosi tanpa sengaja!



Segar-segar ni.. Kalaulah boleh bawa balik semuanya. Hi hi hi.



Rose Jepun katanya!



Cik Rose terpikat dengan pokok kaktus mini yang berwarna-warni ni. Tapi, suami cakap tak payahlah beli. Cik Rose pun akur je la. Hi hi.


Kemudian, meneruskan pendakian ke ladang Strawberry. Bergambar je kerjanya. Nasib baik suami melayan. Sampaikan dekat kebun salad pun nak bergambar! Segar bugar!





Sampai-sampai kat atas tu, terus order makanan. Order strawberry coklat, strawberry dengan krim, chicken puff dan air kopi. Tapi, air kopi tak minum habis. Sebab kopi perisa strawberry, tak kena dengan tekak melayu kami. Sayangnya!



Niat nak petik buah Strawberry tak berkesempatan sebab tinggal yang muda-muda je. Yang hijau tu,. Patah hati Cik Rose.

Ini je yang dapat. Syukur juga, Alhamdulillah.



KAMPUNG TAMAN SEDIA

Kemudian, singgah ke Kampung Taman Sedia. Makan tengahari di situ. Lauk banyak habis. Maka, Cik Rose makan mee kari. Suami je yang makan nasi. Lepas tu, beli lagi strawberry coklat dan aiskrim strawberry. Hujan renyai-renyai masa ni. Sedapnya makan masa hujan, sejuk. hihi.


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke deretan-deretan kedai. sempatlah Cik Rose beli bantal kecil strawberry, tshirt dan beg kecil strawberry.


LADANG TEH BHARAT LAGI

Kemudian, terus ke Ladang Teh Bharat lagi. Tak sanggup nak pergi ke ladang Teh Boh. Jalan sesak!

Sesampainya di Ladang Teh Bharat, hujan mulai reda. Apalagi, kitorang turun ke ladang teh. Mak ai, nak turun memang seronok, laju je langkah. Nak naik atas, penat la.. Bergambar sakanlah kat bawah. 







Oleh kerana kami datang berdua, memang dok selfie je. Lepas tu, Cik Rose tangkap gambar suami dan begitulah sebaliknya. Tiba-tiba, ada pelancong menegur,'Hye, take picture together?' Wahhh apalagi terus suami Cik Rose dok yes, yes. Hi hi. Dapatlah kenagan gambar berdua.





Naik atas, memang penat ditambah tangga yang kecik-kecik tu. memang mencabar keupayaan lutut Cik Rose. 



Sampai atas, ingat nak minum-minum kat cafe tu. Tapi, orang ramai, tambah pula hujan makin lebat. Apalagi, cancel je la. Pergi kedai teh sebelah, nak beli teh perisa-perisa tu. Sekali tak beli pun. Beli teh tarik segera je sebungkus. Hujan lebat pula, terus masuk kereta nak balik.

BELI SAYURAN SEGAR

Masa menyusuri jalan nak balik tu, singgah deretan kedai jual sayur-sayuran. Niat di hati nak beli jagung je. Suami berhenti tepi jalan, Cik Rose turun sorang sebab takde parking kan. So, dia tunggu dalam kereta. Cik Rose pun masuk kedai. Terus jadi lupa niat asal nak beli jagung jer.

Sekali, dengan jagung, keledek manis, sayur-sayuran , dan strawberry! Sampaikan memerlukan khidmat pekerja kedai tu hantar arang-barang ke kereta. Terkejut suami tengok. Ni beli ke apa ni. Ha ha ha. Banyak bukan main!

Gambar kat bawah ni, ambik masa dah balik rumah. Menikmati buah Strawberry bersalutkan coklat. Nyum..nyum.





Sepanjang perjalan turun tu, hujan lebat. Memang agak takut Cik Rose bila tiba di selekoh dan berselisih dengan lori-lori besar dan bas. 

Sampai bawah tu lebih kurang pukul 4 petang, terus balik Batu Pahat.Sampai dalam pukul 8 malam. Esoknya suami kerja macam biasa. 

Percutian singkat yang best!

Insyaallah, kalau ada kesempatan nak ulang lagi pi sana. Nak tidur kat atas pula, nak merasai kesejukan di sana dan pergi pasar malam Cameron Highland!



By Cameron Highland. Moga ada jodoh ke sana lagi. 

Ehem..ehem, mood mengarang entry percutian tiba-tiba muncul. Seakan memahami yang Mr Army akan pulang ke semenanjung tak lama lagi. 

Counting days!


14 comments:

  1. Bestnya Cameron Highlands. Udara Sana Segar Kan bilalah mama.nk ke Sana lg

    ReplyDelete
  2. Memang cantik pemandangan kat atas tu ye.

    ReplyDelete
  3. Strawberi chocolate awesome sgt dapat makan. Dh 2x pergi cameron mendi xmiss kan..

    www.cikgulia.com

    ReplyDelete
  4. Byk juga ya cik rose bergambar. Ladang teh hijau rasa mcm kita bukan bercuti kat msia ja. Hihi. Udara sejuk2 rasa mcm kat negara omputih. Hihi

    ReplyDelete
  5. Dh lama btl x kesana, tgk la hjg mggu ni atau dlm mggu gj nti

    ReplyDelete
  6. seronoknya.. kalau ke CH tak pekena strawberi memang tak sah la..kan??Lain kali kena pi masa musim dia la.. boleh sakan petik strawberi banyak2 bawak balik.

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaa..nk bercuti ke cameron tak ada family zaza yang nak ke sana.. Kalau ada boleh ikut sekaki haha

    ReplyDelete
  8. Memang best! I pun nak pergi Cameron Highlands for a short getaway, selalu kat bandar boring jer.

    ReplyDelete
  9. Akak bercuti bulan 10 tak berupdate entry. bercinta betul bak update . hahaha

    ReplyDelete
  10. Kita pnh g cameron tdo smlm kat sana. Ya Allah. X boleh tido. Jnis spesis tak tahan sejuk. Haha
    Klau tdo kt hotel pun, klau psng aircond pun x blh tdo. Suka hangat2. Haha..
    Kita terliur la tengok strawberi coklat tu. Rasa nak cari jeeeee. 😄😄

    ReplyDelete
  11. Mac 2017 ke 2018 hehe. Btw, Cameron Highland memang terkenal dengan view yang cun-cun. Never been there yet tapi mungkin dia lebih kurang Kundasang juga kan..heheh

    ReplyDelete
  12. Ramainya pergi Cameron cuti sekolah Ni. Kalau pergi Cameron saya suka borong strawberry

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat pi Cameron Highland.. dah lama tb tak pi sana.. teringin nak bawak harraz pi sana

    ReplyDelete