Cara Menjadikan Wangian Perfume Tahan Lebih Lama - INILAH REALITI

Tuesday, 1 August 2017

Cara Menjadikan Wangian Perfume Tahan Lebih Lama

Cara Menjadikan Wangian Perfume Tahan Lebih Lama | Assalamualaikum. Beli perfume mahak-mahal, tapi kejap je wanginya. Cepat sangat hilang bau! Rugi, rugi kalau macam tu. Asyik nak sembur je la nampaknya. Tapi, macam mana orang sebelah boleh kekal wangi dari pagi sampai petang ni? Tak boleh jadi macam ni. Hi hi. 

Ada tak yang mengalami masalah sedemikian? Perfume tak tahan lama. Jangan risau. Jom Cik Rose beritahu rahsia perfume yang di sembur tahan lama pada diri kita. 

Sumber  dari group Dexandra Cik Rose ya. Untuk pengetahuan, Cik Rose merupakan dropship Dexandra. Jom beli perfume dengan Cik Rose. Jangan segan, jangan malu tau.


7 trick wangian yang membuatkan anda awesome sepanjang hari. Wahhh mewangi uols. Macam mana tu?

Pertama, simpan perfume di tempat yang sejuk, kering dan jauh daripada tingkap. Terdedah kepada panas, cahaya dan kelembapan akan mengurangkan kualiti perfume tersebut. Ya, ini memang betul. Kalau korang biar perfume tu di kawasan yang panas atau ada haba, akan mengubah bau perfume tu. Terjejas baunya. 

Alkisahnya, dulu Cik Rose pernah beli satu jenis perfume ni. Bila dapat, baunya lain sikit. Kurang sedap. Officemate Cik Rose pesan, balik nanti cuba masukkan perfume tu sekejap dalam peti ais. Nanti cuba bau semula. Balik dari tempat kerja, Cik Rose pun masukkan dalam peti ais. Lepas dah sejuk tu keluarkan semula. Cik Rose sembur perfume tu, aduh wanginya. Segar je rasa baunya. Tapi, awas! Jangan korang letak di tempat sejuk beku pula. Ha ha. Nanti beku perfume tu, jangan salahkan Cik Rose. Hihi. 


Spray perfume selepas mandi dan sebelum pakai baju. Kelembapan di kulit akan memerangkap wangian tersebut dan menjadikannya tahan lebih lama. Cubalah cara ni. Lepas mandi, sembur perfume di badan. Wangian tu tahan lebih lama. Jangan korang spray di baju tau. No, no, no. 


Apabila spray perfume ke pergelangan tangan, jangan gosok kedua-dua pergelangan tangan tu. Kalau korang gosok, akan menjadikan wangian tu tak tahan lama! Dulu, inilah yang selalu Cik Rose buat. Sembur di pergelangan tangan(nadi), dan terus gosok. Ingatkan wangian tu jadi kekal konon. Rupanya cara tu akan memyebabkan perfume tu hilang keharumannya. So, jangan buat dah yer. 


Seterusnya, spray perfume di nadi-nadi utama. Contohnya, pergelangan tangan, leher, belakang telinga dan pelipat suku. Ianya membantu wangian tersebut tahan lebih lama dan meresap baik ke tubuh badan. Ya, Cik Rose suka sembur di pelipat siku. Sebab kalau di pergelangan tangan tu cepat hilang baunya. Maklumlah, bila basuh tangan, memang kenalah air di kawasan pergelangan tangan tu kan. Hihi. Rugi, rugi. Nanti kena spray lagi! 


Bukan semua orang sukakan bau perfume yang "strong". Macam Cik Rose ni suka yang lembut jer. Yang sweet. Meh nak bagi satu tips macam nak dapatkan bau yang lembut. Korang spray perfume di udara dan berjalan melaluinya. " walk through" katanya. Cara ni akan membantu wangian tersebut "spread" secara sama  rata ke seluruh badan. Cara yang ni Cik Rose ta cuba lagi. Esok nak cubalah! 


Nak lagi tahan lama, sapu lotion dulu sebelum korang spray perfume. Memang tahan lama cara ni. Tapi, pastikan korang tiada alahan tau. Sesetengah orang nanti jadi gatal-gatal atau pedih pula. 


Vaseline ni memang pelbagai kegunaannya. Selain melembapkam bibir, ianya juga membantu untuk menjadikan wangian tahan lebih lama dari biasa. Senang kan, beli vaseline satu dan macam-macam korang boleh buat. Hihi. Caranya, sapu vaseline di pergelangan tangan, dan kemudian sembur pula perfume. Mudah kan. Ni contoh ya. Nak sapu di mana tu terpulang pada korang. 


Last sekali, nak lagi best, gunalah Dexandra perfume. Selesai masalah korang. Tahan lama, haruman diinspirasikan dari perfume terkemuka. Wah..wah bestnya. 


Kat mana nak beli perfume Dexandra? Beli je dengan Cik Rose. 
Whatsapp Cik Rose di 0194964553 . Pengeposan di seluruh Malaysia. Pilih saja haruman kegemaran korang. 

Harga perfume Dexandra. Mahal ke? Eh taklah. Harganya setanding dengan kualitinya. Berbaloi-baloi, tahan lama. Sebotol hanya RM 65. Kalau beli 2 botol pula hanya RM 120. 


Perfume kegemaran Cik Rose, adalah Bombshell dan Forbiden Rose. Sekarang dah jatuh hati dengan Moon Sparkle. 

Korang pula suka bau yang macam mana? Flora, fruity yang sweet, wood, vanilla atau fresh? Jom kongsi dengan Cik Rose di kotak komen. 

Setakat hari ini, ramai pelanggan Cik Rose yang memilih Essential Rose, Bombshell, Gucci Flora dan Viva La Juicy. 


3 comments:

  1. Haritu beli Britney Spears punya tu. Midnight Fantasy. Masa mula-mula beli sedap bau dia, lama-lama bau ubat selsema pulak. Haha.. tak tahulah, maybe sebab bau dia kuat sangat kot..

    ReplyDelete
  2. tang msk dlm peti ais tu tak penah cuba nnti nk try la

    akak ni dh terbiasa sembur kt baju perfum nya... bila sembur kt bdn rasa lain lak hehehhe...ngegada sgt kan

    ReplyDelete
  3. Wow bestnya tips nnti nak cubalah esp yg masukkan dlm peti ais tu

    ReplyDelete