REVIEW | Jatuh Cinta Dengan Product Catrice Cosmetics

August 12, 2017

REVIEW | Jatuh Cinta Dengan Product Catrice Cosmetics. Assalamualaikum. Hari ni nak bercerita tentang make up. Biasalah perempuan kan. Mesti suka barang-barang make up ni. Nak nampak cantik. Tapi, Cik Rose ni bukan pandai nak make up dan bukanlah orang yang selalu pakai make up. 

Cik Rose suka tengok orang yang pakai make up. Cantik. Ada pelbagai jenis 'make up look' sesuai untuk majlis-majlis tertentu. Kalau pandai make up ni, macam-macam boleh jadi. Nak natural, nak grand, nak lip lap. Hihi 

Tapi, ada juga yang jenis mengaku tak make up. Konon itulah natural wajahnya. Hellooooo ingat kita tak tahu awak letak foundation. Hihi. 

Tak salah pun nak mengaku awak pakai make up. Cik Rose ni kalau pandai make up macam tu, nak jugak. Hihihi. Sekarang belajar sikit-sikit dari kengkawan office dan tengok youtube. Gigih tengok youtube, tapi tak menjadi. Kena masuk kelas juga ni. Kikiki.

Baru-baru ni Cik Rose ternampak adik praktikal tu pakai satu bedak ni. Jenama Catrice. Eh, kenapa Cik Rose tak tahu kewujudan barang make up Catrice. Cantik wajah dia. Nampak natural. Apalagi, terus cari di Guardian. Ya, Guardian yer. Watsons tak ada tau. 

Sampai je Guardian di Jalan Rahmat, Batu Pahat, terus menuju ke rak Catrice. Ya Allah. Banyaknya barang make up! Rambang mata ni. Nak itu, nak ini. 

Tapi, mujur Cik Rose tersedar dan kembali ke dunia realiti. Terus pilih yang mana perlu sahaja dulu. 

Pertama, Cik Rose ambil primer. Prime and fine. Untuk menutup pori-pori dan dijadikan basic sebelum memakai foundation atau bedak. Ada dua jenis. Satu jenis krim dalam tiub dan satu lagi macam kat bawah ni. Dek kerana tergoda dengan kecantikkan bekasnya, terus ambil yang ini. Cik Rose dah pakai nak masuk sebulan dah. Cik Rose memang puas hati. Apa yang Cik Rose rasakan, kalau Cik Rose pakai ni sebelum pakai foundation/ bedak, rata je. Make up pun tahan lama. Yeayyy... 


Yang kedua pula, Cik Rose beli 12h Matt Mousse Make Up . Cik Rose suka teksturnya, lembut. Bila pakai, terasa ringan. Tak tebal pun. Aih sukanya. Pakai hari-hari pergi kerja. Jimat masa! Cik Rose beli warna kod 030, natural beige. 


Yang terakhir Cik Rose beli adalah Volumizing Lip Booster. Ada menthol. Bila pakai, berangin je rasa. Segar. Best. Ala, ni macam lip gloss. Bezanya dia berangin. Masa tu, ada satu je pilihan warna. Cik Rose tengok di instagram, rupanya ada pilihan warna lain lagi. Mungkin dah habis kot. Bila pakai, Cik Rose terasa munggil pulak bibit ni. Hahaha. Mungkin perasaan je kot. 


Inilah dia yang Cik Rose beli . Dah jatuh cinta dengan Catrice Cosmetics. 


Masa tu, Cik Rose ada pilih concealer dan conturing. Dah pegang nak bawa ke kaunter dah. Tiba-tiba Cik Rose tersedar dan letak semula. Hihi. Takpe, lain kali boleh beli kalau singgah Guardian. 

Tak kisahlah jenama apa yang kita pakai, kalau kita tahu caranya tetap cantik juga hasilnya. 



You Might Also Like

16 comments

  1. macam best jek rose..kaler lip booster tu pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak Hernee.. Nanti cuba tau..

      Delete
  2. Catrice mmg best dan murah..liez pun br bertukar ke catrice

    ReplyDelete
  3. Total semua berapa rose?akak pun tgh mencari primer dgn contouring...concealer pun dah abis nih...memg tgh duk survey mekap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Macam Rose beli ni, primer dan mousse matte tu dua puluh lebih , satu.. Tapi tak sampai 25. Lip booster, belas-belas kak.. Ada offer di Guardian..

      Delete
  4. Berapa tu cik rose,akak pun xpandai nak makeup sgt,tp pelembab,foundation mmg pakaipi kerja..tu puk kalau rajin..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga produk catrice ok kak.. Ada belas-belas, ada dua puluh lebih...

      Delete
  5. Lips Booster tu harga nya berapa??rasa nak try la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose tak ingat harganya secara tepat. Seingat Rose dalam 15.++.

      Delete
  6. macam menarik je ni... mahal tak harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga ok kak Mia... Berpatutan.. Lebih murah dari produk yang lain. Contohnya Maybelline.

      Delete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS