Saturday, September 09, 2017

Cara Masak Laksa Yang Sedap

Cara Masak Laksa Yang Sedap. Laksa Utara, Laksa Penang, Laksa Kedah. Ada beza bagi laksa-laksa tersebut. Tapi, Cik Rose tak berapa arif tentang sangat perbezaan laksa tu. yang pasti Cik Rose suka laksa yang kuahnya pekat dan dibuat dari ikan kembung. Yes, ikan kembung.

Sebenarnya penyediaan laksa ni mudah je, cuma part nak asingkan isi ikan dan tulang tu je yang ambik masa sikit. Antara juada yang Cik Rose yakin nak masak adalah laksa. Hihi. Cik Rose bukanlah pandai masak sangat kan. 


Alkisahnya raya haji baru ni, cadang nak buat laksa. Namun, dek kerana kelewatan ke pasar,  ikan pun tak ada. Pergi kedai runcit pun ikan kembung dah tak ada. Sebab tu tunda ke hari lain. 

Tapi, Cik Rose buat laksa kali ni tak sepekat yang biasa Cik Rose buat. Saja cuba versi lain pula kan. 


Bahan wajib yang selalu Cik Rose sediakan sebagai hiasan di atas laksa adalah timun, bawang besar, telur rebus, limau dan cili api. Ada yang suka tambah nenas, daun salad dan pelbagai ulaman yang lain. Cik Rose tak letak sebab kekangan masa nak mencari. Guna apa yang ada sahaja. 


Resepi laksa ni dah beberapa kali Cik Rose kongsikan dalam blog ni. Untuk rujukan sendiri juga dan kenang-kenangan. Yelah, masa ke depan nanti bila imbas balik memori, tahulah yang Cik Rose pernah masak laksa. Hihihi.


Ok, lagi sekali Cik Rose sertakan resepinya ya. 

Resepi Laksa Yang Sedap dan Mudah

Laksa - direndam seketika dan direbus. Letak beberapa keping asam keping semasa merebus. Ada yang suka guna laksa yang siap tu kan. Yang tu siram air panas je sikit. Ikut selera masing-masing nak guna laksa yang macam mana ya.

Bahan Kuah

Kisar
Bawang besar 
Cili kering
Cili api- kalau nak pedas
Belacan - sikit je yer. 

Ikan kembung- direbus bersama beberapa keping asam keping. Biarkan sejuk. Kemudian asingkan isi dan tulang. Air rebusan jangan dibuang. Kisar sekali. Nak mudah, kisar isi dulu. Kemudian baru tulang bersama air rebusan tu. Tapis dan campur dengan isi ikan yang telah dikisar tadi tu. Asam keping tu jangan mesin tau. 

Daun kesom - ambil daun je, jangan diletak batang sekali. Hihihi.
Bunga kantan - dipotong dua atau empat 
Beberapa keping asam keping
Sedikit garam. 

Cara penyediaan kuah laksa
Campurkan semua bahan kisar ke dalam periuk. - ikan dan cili bawang segala tu yer.
Api perlahan je, jangan buka api besar nanti membuak-buak kuah laksa tu. 
Masuk juga asam keping, daun kesom dan bunga kantan. Biar je dia mendidih.
Bila dah nak masak baru letak garam. Sesuaikan rasanya yer. 
Dah siap pun. Bolehlah makan. Hihi.


Kalau nak kuah pekat, guna ikan lebih sikit. Sesuaikan ikut citarasa masing-masing yer. Selamat mencuba. Mudah kan! 

Laksa ni makin lama, makin sedap kuah dia. Sebab tu sesetengah orang suka masak malam. Esoknya panaskan kembali masa nak makan. Bukan apa, bahan-bahan dia dah mesra kan, tu yang sedap. 


3 comments:

  1. lamanya xmasak laksa ni...rindu da tekak ne aaa

    ReplyDelete
  2. Tgh masak laksa ni .. double check resepi takut tertinggal bhn.. mmg terlupa nak letak kesum dan kantan sbb ikut resepi org..ditambah lg sbb tak pernah buat sendiri..selalu tlg sediakan condiment je.. thanks che rose for the recipe.. ini mmg resepi original sama spt arwah ibu saya dahulu

    ReplyDelete