Mencari Catering di Sungai Petani, Merbok dan kawasan sekitarnya | SAPIT CATERING

September 07, 2017

Mencari Catering di Sungai Petani, Merbok dan kawasan sekitarnya | SAPIT CATERING. Assalamualaikum. Sana sini bercerita tentang kenduri. Meriahnya! Cik Rose cukup suka makan nasi kenduri. Aura rasa dia tu lain. Sedap! Sekarang ni ramai yang memilih catering sahaja. Dah tak ramai yang pilih untuk masak sendiri kan. Cuma ada juga sesetengah tempat masih mengekalkan bufaya gotong royong, masak bersama jiran tetangga dan geng pakatan. Namun, kebanyakkannya telah beralih ke catering. Lebih mudah, semua telah tersedia. 

Namun, korang kenalah pandai pilih catering. Jangan tersalah pilih. Banyak kes Cik Rose baca ditipu pihak -pihak yang tidak bertanggungjawab. Sedihnya rasa. Majlis bermula, namun tiada makanan yang tersedia. Moga kita terhindar dari keadaan sedemikian. 

Ok bercerita tentamg catering ni, memang banyak. Bagai cendawan yamg tumbuh selepas hujan! 

Kebanyakkan catering ni, ada limit minimum order kan. Kena 200 pax ke atas. Kalau catering yang besar perlu 500 pax ke atas. Alamak! Macam mana kalau nak buat 100 orang makan je ni? Nak cari kat mana? Siapa nak tolong masakkan? Sebab kita nak buat kenduri tunang ja. Atau majlis hari jadi. Atau majlis perpisahan dan lain- lain majlis. Nak bagi contoh, banyak ni. Hihi. Mesyuarat, pembukaan kedai, kenduri tahlil. 
Pening nak cari catering, jemputan tak ramai. 

Eh eh korang jangan pening atau stress. Cik Rose ada jalan penyelesaiannya. Tapi khas untuk kawasan Sungai Petani, Merbok, Semeling, Bedong dan kawasan sekitarnya. Tentulah di negeri Kedah. Korang boleh order di SAPIT Catering! Sedia menerima tempahan makanan untuk pebagai majlis. Whatsapp atau terus call Syafiq di talian 0125203766 . Boleh bincang nak menu apa.

Pelbagai jenis masakan nasi seperti Nasi Beriani, Nasi Tomato, Nasi Ayam, Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas. Lauk pula ayam masak merah, daging masak hitam, ayam goreng berempah, acar, dalca dan lain-lain. Mee kari, lontong. Eh banyaklah jenis menu kalau Cik Rose nak senaraikan. 

Hot menu adalah set nasi beriani! Ramai yang cari ni. Terutamanya daging masak hitam. Jom tengok sikit gambar yang sempat diambil, order dari pelanggan di Taman Lembah Merbok. Pelanggan ni order set nasi minyak.

Ayam masak merah. Boleh dipadankan dengan variasi nasi. Nasi beriani, nasi tomato, nasi minyak dan nasi hujan panas. 



Daging masak hitam. Ni memang hot menu. Hot item orang kata! Ramai yang pilih daging masak hitam sebagai menu tambahan. Untuk pengetahuan, kalau set biasa seperti nasi berperisa tu, lauknya ayam masak merah, kuah dalca dan acar timun/nenas. Tapi, korang boleh pilih untuk tambah daging masak hitam ini. Ni lah menu kesukaan Cik Rose!


Acar timun/nenas. Terdapat dalam set nasi.


Ha, pencuci mulut! Air koktel. Boleh juga order. Ni request tuan rumah masa majlis hari jadi tu.


Buah pilihan, tembikai. nyum nyum nyum.


Apalagi, jomlah order dari Sapit Catering. Insyaallah, puas hati. Cik Rose sertakan sekali lagi nombor telefonnya ya. 

Syafiq : 0125203766 


P/s : Dua hari lepas Cik Rose ada terima satu panggilan. Nak order kurma. Katanya dapat dari blog Cik Rose. Maaf sangat. Cik Rose tak jual kurma. Lepas habis berbual tu, Cik Rose buka blog sendiri, cari entry kurma. Memang tak ada entry berkenaan jual kurma. Dari mana agaknya ya. 


You Might Also Like

2 comments

  1. pagi2 tgk gambo menu sedap2 trs lapo tau

    ReplyDelete
  2. sedap plk nampak daging masak hitam ek.
    kita panggil gulai kicap, sama ek?

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS