Friday, September 22, 2017

Salam Maal Hijrah Buat Semua

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. 


Di kesempatan ini, Cik Rose nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog Cik Rose ni. Yelah, yang tak baca, macam mana Cik Rose nak sampaikan. Ye tak. Hihi. 

Dapat dari group whatsapp, maka Cik Rose kongsikan di sini.


Tahun baru. Buku baru. Semoga tahun ini lebih baik dari yang lepas-lepas. Moga kita semua berusaha ke arah yang lebih baik dan positif. Sama-sama kita menuju ke arah itu. Usah bersendirian. Nak buat baik ni, kita buat sama-sama. 

Jumaat, 22 September 2017. 
Ramai yang ambil peluang cuti bersambung 3 hari ni dengan pelbagai program. Balik kampung, jalan-jalan, kursus dan lain-lain. Walau apapun jua, moga dipermudahkan Cik Rose doakan. 

Perasan tak header Cik Rose. Rasanya dah lebih 2 minggu Cik Rose tukar. Buat sendiri, simple-simple jer. Saja nak ubah, nak selit nama sendiri. Hahaha. Boleh kan sesekali nak menonjolkan nama sendiri. Cik Rose gunakan warna kegemaran iaitu purple/ungu.  Alhamdulillah, menepati citarasa sendiri. 


Kalau di banner sebelum ini, Cik Rose jadikan Inilah Realiti Bukan Fantasi sebagai tonggak utama. Kali ini sengaja letak ia di bawah nama sendiri. Tak salah guna nama sebenar. Bukan ambil nama orang kan. Hihi. 



Sepanjang beberapa minggu ini, pelbagai perkara telah berlaku. Ada suka, ada duka. Ada manis, ada pahit, ada kelat. Biasalah asam garam kehidupan. Normal. Kalau manis memanjang, itu yang pelik kan. 

Di sini, Cik Rose berharap agar semuanya baik-baik belaka. Menjadi seperti biasa. Apakah ia? Biarlah Cik Rose sahaja yang tahu. Bimbang jika diluah akan menimbulkam salah faham. Menulis dan bertutur ni tak sama. Kalau kita berkomunikasi, lebih tepat penyampaiannya kerana kita dengan intonasi suaranya dan gerak gayanya. Manakala menulis ini pula, berbeza. Setiap dari kita mempunyai rasa berbeza-beza. Ada yang membaca dengan intonasi relax, ada yang baca dengan nada marah, sinis dan lain-lain. 

Maka, kita sendiri harus peka dengan penulisan kita. Kita harus ambil kira dari pelbagai sudut sebelum menyiarkan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Ya Allah, moga dijauhkan. Cukuplah sekali. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Perit hati menanggung rasa. Hancur segala memori manis bersama. Benar kan? 

Cik Rose menulis secara umum. Tidak ada kena mengena dengan situasi diri atau orang lain. Cuba sama -sama mengingatkan sahaja. 

Sekian, nukilan dari Cik Rose.


1 comment:

  1. Semoga tahun baru ni akan beri seribu kebaikan buat Cik Rose . Aaminn.

    ReplyDelete