Wednesday, October 25, 2017

Tips Kekal Sihat di Musim Panas


Tips Kekal Sihat di Musim Panas | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semuanya. Moga baik-baik sahaja. Musim panas sekarang kan. Rasa berbahang je. Siang tadi Cik Rose check suhu, di Batu Pahat 30 darjah celcius. Aduhai, patutlah rasa panas je. Mandi berkali-kali kalau duduk rumah. Kalau di tempat kerja, ada air cond pun masih rasa bahangnya. 

Ramai yang keadaan kesihatannya telah terganggu. Ada yang sakit kepala, demam dan lain-lain. 

Di sini, Cik Rose kongsikan beberapa tips untuk mengekallan kesihatan dalam keadaan cuaca yang panas ni. Cik Rose pun ambil dari facebook. Cik Rose panjangkan di sini, buat ingatan sendiri dan buat makluman rakan-rakan. 


Pakai payung/topi
Pakailah payung atau topi bila di luar. Ini bagi melindungi diri korang daripada pancaran haba terus ke badan. 

Minum air kosong
Banyakkanlah minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang korang lakukan. Pentingnya air dalam badan ni tau. Air kosong ya, bukan air yang manis-manis.

Pemilihan pakaian 
Sarunglah pakaian yang ringan, berwarna terang dan yang longgar. Kalau boleh, elakkanlah warna hitam.. Makin panaslah badan korang nanti tau. 

Kipas/ Pendingin hawa
Gunakanlah kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan. Cuaca panas begini, memang itulah yang kita cari, kan. Janganlah dek kerana nak jimat elektril, korang sanggup berpanas dan berpeluh. Hihi. Cerita tentang pendingin hawa, di rumah Cik Rose ni tak ada. Ada kipas syiling dan kipas meja je. Korang tahu, tadi sekitar pukul 10 malam, Cik Rose ke Aeon Big. Niat hati nak beli ‘air cooler’ tu. Oleh kerana dah lewat, Aeon Big pun nak tutup dah jam 10.30 malam, makanya Cik Rose batalkan niat nak beli tu. Tadi sekadar survey bersama suami. Panas tau, sebab tu Cik Rose ambil keputusan nak beli ‘air cooler’ tu. Korang ada tak yang guna di rumah? Berbaloi tak? Jangan suruh Cik Rose pasang air cond ya. Sebab Cik Rose ni duduk kuarters, kalau boleh tak naklah pasang air cond. Harga ‘air cooler’ jenama Pensonic tadi RM369. Kalau Faber, RM300. Guna beg ais. Adik tu kata tahan setengah hari. Beg ais tu berbentuk gel, kalau dah cair kita bekukan semula.  Cik Rose masih berfikir sama ada nak teruskan niat atau batalkan plan tu. 

Kenderaan bertutup
Kalau boleh, elakkan duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa. Berkuap nanti, panas!

Aktiviti luar
Dalam keadaan cuaca sekarang ni, kalau boleh rehatkan diri di rumah. Kurangkan aktiviti di luar yang tidak penting tu.

Caffein
Kurangkan minum minuman yang bercaffein. Opsss macam susah buat diri Cik Rose. Will try my best!



No comments:

Post a Comment