Sunday, 31 December 2017

Disember | Selamat Hari Lahir baby Disember



Assalamualaikum. Apa khabar semuanya. Moga baik-baik saja. Disember. Ramai orang yang dekat dengan Cik Rose menyambut ulangtahun kelahiran, ulangtahun perkahwinan dan lain-lain. 

Buat kakak sulung Cik Rose yang lahir pada 20 Disember 1983, happy birthday Along! Hihi. Juga buat abang Cik Rose, pada 24 Disember 1984. Happy birthday Ayie! Moga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan menuju kebaikan. 

Buat mak ayah pulak, menyambut ulangtahun perkahwinan pada 26 Disember lalu. Moga berkekalan dan happy- happy selalu. Love all of you! 





Cik Rose tengok orang lain buat, rasa nak cuba jugak! 2017 Best Nine. Nak tengok gambar sepanjang tahun 2017 yang mendapat like paling banyak. Keputusannya, 5 gambar adalah gambar makanan. Haruskah Cik Rose menggelarkan diri sendiri sebagai food blogger? Hihi. Gambar pertama paling banyak like tu betul-betul mengusik hati. Gambar kuih Cara, air tangan suami. Sedap! Ya, Cik Rose harus akui yang  bab memasak ni suami mendahului Cik Rose. Hikhik. 

Terselit juga sekeping gambar Cik Rose di situ. Gambar yang memberikan kemanisan buat Cik Rose. Gambar masuk suratkhabar lah katakan. Terima kasih Kak Yam sudi memasukkan cerita Cik Rose menabung dalam Sinar Ahad. Thank you again. 
Gambar suami nak gerak ke tugas luar pun terselit. Sedih.. 30.11 tarikhnya. Cik Rose menanti dengan penuh sabar kehadiran Februari 2018. 

Kenapa gambar Fazura sampai dua ni. Hihi. Maklumlah pengantin baru. Berseri-seri dan lawa je Cik Rose tengok masa akad nikah dan majlis mereka. Moga berbahagia selalu. 

2017.
Banyak yang berlaku. Suka duka. Suka dijadikan memori segar dalam ingatan. Dan duka pula dijadikan pengajaran yang paling bererti dalam hidup. 

Selamat menempuh tahun 2018! 

Tuesday, 26 December 2017

10 RAMD - PERBARISAN ISTIADAT MEMPAMER PANJI-PANJI REJIMEN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS


10 RAMD - PERBARISAN ISTIADAT MEMPAMER PANJI-PANJI REJIMEN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS. Assalamualaikum. Perbarisan Istiadat Mempamer Panji-Panji Rejimen Sempena Sambutan Jubli Emas 10 RAMD telah diadakan pda 6 November 2017 di Kem Majidee Batu Pahat, Johor. Baru berkesempatan Cik Rose nak updated cerita ni dalam blog. Maklumlah kekangan masa katanya.


Perbarisan ni diadakan pada hari Selasa, 06 November 2017. Cik Rose siap ambil cuti untuk menghadiri perbarisan ni. Semangatlah sebab suami pun terlibat sama berkawad. Lagipun, Cik Rose memang suka tengok kawad-kawad ni, mulalah teringat memori kerja di MINDEF dulu. Aih memang Cik Rose rindu MINDEF. Nak-nak masa perhimpunan bulanan, memang excited sebab ada nyanyi lagu tentera! Hikhik.

Dalam entry ni banyak gambar perbarisan yang Cik Rose fokus pada Kompeni A, iaitu Kompeni suami Cik Rose. Maaf. hihi. Memang zoom dekat suami je masa tu. Cik Rose ni kan rabun jauh, masa hari tu siap berkaca mata Cik Rose. Baru clear nampak suami!


Masa hari tu, ramai juga para isteri yang turut hadir melihat perbarisan ni. Maklumlah Sambutan Jubli Emas kan. Semua tak nak lepaskan peluang melihat dengan mata sendiri. Seawal jam 7.30 kitorang penonton dah sampai. Masa tu hujan renyai. Korang nak tahu pukul berapa anggota tentera dah berbaris? Mestilah awal. Pukul 5 pagi suami Cik Rose dah keluar rumah rasanya.

Tapi, masa dah nak mula perbarisan, elok je cuaca. Redup. Hujan pun dah berhenti. Alhamdulillah. Apabila semua tetamu kehormat tiba, barulah majlis  bermula. 


Cik Rose datang dengan kawan. Tak habis-habis Cik Rose dok ambil gambar. Memang banyak. Tapi, tak adalah Cik Rose nak letak semua gambar di sini. Cik Rose selitkan beberapa keping sahaja. Buat kenangan sendiri. 


Cik Rose suka tengok perbarisan tentera ni sebab sok dengar bunyi muzik tu. Dum dum dum. Hihihi. Semangat tau!


Senjata ni pun Cik Rose ambil jugak gambar!


Sebelum perbarisan lagi, Cik Rose dah tanya kedudukan suami dalam barisan. Senang nak cari dari jauh. Kira je. 


Bila dah selesai perbarisan, semua anggota bergambar beramai-ramai. Kredit gambar dari Facebook Dr Puad Zarkashi.


Selesai je majlis, Cik Rose pun apalagi tak terlepas peluang utnuk bergambar dengan suami. Bukan senang nak bergambar dengan beliau dengan uniform ni. Kalau ada majlis-majlis tertentu je dapat bergambar bersama. Sebab suami Cik Rose bukan jenis yang suka bergambar formal gini. hihi. Nak selfie pun jenuh ajak sampai merajuk! Cik Rose pakai baju kurung warna hijau, mengikut tema warna uniform Tentera Darat gitu!


Di bawah ni Cik Rose kongsikan sedikit sedutan Perbarisan Istiadat Mempamer Panji-Panji Rejimen Sempena Sambutan Jubli Emas 10 RAMD. Cik Rose ada kongsikan di youtube. Korang boleh subscribe channel youtube Cik Rose ---> CIK ROSE di youtube
Sikit je. Video penuh untuk simpanan sendiri sahaja. 
Selamat menonton!



Korang pernah tak hadiri sebarang majlis perbarisan rasmi? Bolehlah kongsikan dengan Cik Rose ya.



Lirik Lagu Pahit Akan Manis Akhirnya – U’kays



Lirik Lagu Pahit Akan Manis Akhirnya – U’kays



Puas aku mencuba
Menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan
Peritnya aku lalui
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini
Ku tidak ketentuan

Wanita manakah
Sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku
Tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima
Suratan dariNya
Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya

(Korus)

Telah… haaa..
Kufikir sedalamnya.. haaa..
Untuk membuat keputusan
Harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan

Dan… haaa…
Jatuh airmataku… haaa…
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnya
Hatimu terluka…

(Ulang Korus)

Moga suatu hari sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia

*******

Cik Rose tertarik dengan lagu ni masa Lan menyanyikannya di Konsert Gegar Vaganza 4 pada minggu ke 6. Entah kenapa masa dengar Lan nyanyi tu, boleh tersuka dengan lagu ni. Maksud yang mendalam liriknya. Bila dengar tu, terasa kesedihannya. Aduhh over sensitifkah Cik Rose ni? hihi.


Hanya yang alami sahaja yang tahu bagaimana rasanya. Walau senyum diukir, dalam hati siapa menduga kan. 



Thursday, 21 December 2017

BELI BAJU KURUNG MURAH DAN BERKUALITI DI SWEETMUSLIMAH.COM

BELI BAJU KURUNG MURAH DAN BERKUALITI DI SWEETMUSLIMAH.COM| Assalamualaikum. Cik Rose nak berceloteh tentang baju kurung ni. Ada orang, masa raya je beli baju kurung. Atau masa raya je cari kain nak tempah baju raya. Eh. macam Cik Rose ni sentiasa mencari baju kurung. hihi. 

Apa maksudnya tu? Iyalah, Cik Rose ni kerja hari-hari pakai baju kurung. Selalu juga membeli. Nak beli kain tu memang ada yang murah cantik, tapi timbul masalah nak cari tukang jahit. Nak nak lagi sekarang ni dah bulan 12. Penghujung tahun ni, musim kenduri kan. Memang kebanyakkan tukang jahit dah tutup tempahan sebab terlalu banyak baju yang nak dijahit. 

Tapi, korang jangan risau. Cik Rose dah jumpa jalan penyelesaiannya. Wahhh.. 

Kat mana nak beli baju kurung yang cantik dan berkualiti setanding dengan harganya? Kat mana lagi kalau bukan di SWEET MUSLIMAH . Bukan baju kurung biasa tu. Ni baju ada pattern sikit. Kurung moden gitu! Cantik tau. KURUNG NAJWA MELLISA diberi nama. 



✔ Design terkini, yg mmberikan EFFECT KURUS bila memakainya
✔ IRONLESS, x perlu gosok. Jika nak gosok juga, gosok manja2 je sbb x kedut sgt
✔ Lembut & Sejuk di badan, material yg digunakan adalah Premium Grade Korean Lycra
✔ Wudhu Friendly, ada 1 butang kat hujung lengan
✔ Nursing Friendly, ada 3 butang di dada
✔ Bentuk Pungung terlindung sbb baju cutting kembang
✔ Jalan dan Duduk nampak gorjes jer dgn Skirt A Cut
✔ Skirt sgt selesa sbb getah sepenuhnya di pinggang, getah dijahit mantap dan kemas
✔ 7 hari Tempoh Utk penukaran Saiz(Jika tidak ngam)
✔ Sgt2 selesa dan sedap dipakai, sesuai utk ke office, wedding & event

✔ 100% Jaminan kepuasan


Ada banyak pilihan warna yang ada. Pink, purple, hijau, biru, dan banyak lagi. Kalau nak tengok pilihan yang ada, boleh terus ke website SWEET MUSLIMAH. Korang klik je gambar-gambar yang ada ni ya. Nanti korang akan terus di bawa ke sana. hihi.


Berbelanjalah secara bijaksana. Jimat apa yang patut. Dalam pada nak berjimat tu, kita mestilah nak kena pilih yang terbaik kan. Kalau kita pandai jahit sendiri baju ni, lainlah. Kalau tak pandai jahit, Cik Rose cadangkan korang beli je baju siap. Mudah dan juga cantik. Puas hati.

Alang-alang dah ada sale ni, jomlah beli. Boleh pakai pergi kerja kan. Tak adalah pakai baju sama hari-hari. Apa salahnya sesekali membeli. Tapi, jangan sampai membazir. Beli banyak-banyak, last-last tak pakai. Terletak je dalam almari. Tak mau macam tu tau. Kalau memang pakai, beli. Kalau tak berapa nak pakai, lebih baik simpan duit tu. Jangan ikut nafsu. 

Akhir kata, jomlah cuci mata di SWEET MUSLIMAH . Hihihi.

Wednesday, 20 December 2017

Balm bayi Tasneem Naturel | Bukan untuk si manja sahaja



Balm bayi Tasneem Naturel | Bukan untuk si manja sahaja
Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Moga baik-baik saja. Musim cuti sekolah, mesti rumah Cik Rose meriah. Meriah dengan anak-anak sedara. Hihi. Cuti sekolah, dorang akan datang rumah Cik Rose, taklah sunyi kan.

Anak sedara Cik Rose yang sulung, Nel. Dia ni pagi-pagi mesti selsema. Dok sok sek pagi-pagi. Cik Rose ni kesian kat dia. Dok memikir macam mana nak buat. Sambil-sambil online facebook, ada nampak post tentang balm Tasneem Naturel. Eh boleh ke ek bagi anak sedara guna? Tanpa membuang masa, Cik Rose baca sekali testimoni yang ada. Ada yang alami masalah yang sama, dan balm ni membantu!



Sedikit pengenalan tentang Balm bayi Tasneem Nature Cik Rose selitkan ya.
Balm bayi Tasneem Naturel merupakan kit bayi semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Balm ini dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. Tanpa sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna, balm bayi Tasneem Naturel ini diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM. Sehubungan dengan itu, balm ini menjadi pilihan ramai ibu bapa yang prihatin terhadap nilai kesihatan anak masing-masing.


Cik Rose ni jatuh hati dengan packaging Tasneem Naturel ni. Comel bekasnya, dan warna-warnanya. Hijau, merah jambu, ungu dan kuning.
Untuk pengetahuan korang, balm Tasneem Naturel ni ada empat jenis:

*COUGHFLU TIME
*SLEEP TIME
*CALM TIME
*TUMMY TIME
   




Balm jenis Coughflu Time yang Cik Rose berikan anak sedara Cik Rose. Sapu je di tulang hidung, dada dan belakang leher. Cik Rose sapu setiap pagi dan sebelum tidur. Eh, kadang-kadang Cik Rose nampak je dia dok sok sek, terus Cik Rose sapu lagi. Cik Rose tanya dia, apa yang dia rasa lepas pakai tu. Rasa lega di sekitar hidung tu, katanya. Alhamdulillah. Jangan risau, balm ni tak delah menyebabkan hidung dia pedih yang keterlaluan. Cik Rose pun cuba. Dok sapu juga kat dada, nak bagi lapang sikit dada ni.

COUGHFLU TIME

·        Bantu kurangkan selesema dan cairkan kahak
·        Bantu melegakan asthma
·        Mengurangkan suhu ketika demam

CARA GUNA:
Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada

RAMUAN:
Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree


Balm jenis Sleep Time ni yang pertama menarik minat Cik Rose tau. Maklumlah packagingnya warna purple. Cik Rose ni kan purple lover. Hihi. Cik Rose suka bau dia tau. Kalau anak korang ada masalah susah nak tidur ke, tidur tak lena(kejap-kejap bangun) tu, sapu sikit sebelum tidur. Sambil urut-urut sikit. Insyaallah membantu. Cik Rose ni belum ada anak kecil, jadi Cik Rose cuba dekat diri sendiri. Bau dia best. Cik Rose sapu nipis di belakang telinga dan bahagian nadi tangan tu.

SLEEP TIME
·        Bantu anak supaya mudah tidur lena
·        Bantu anak bangun dalam mood ceria
·        Membaiki kualiti tidur

CARA GUNA:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

RAMUAN:
Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang


Balm Calm Time pula, packaging dia warna hijau. Bau dia pada Cik Rose macam oren-oreng gitu. Tapi, anak sedara Cik Rose cakap bau dia macam air sirap. Eh! Hihi. Mungkin sebab kandungan dia campuran lavender tu kot, tu yang dia kata air sirap. Maklumlah budak-budak. Yang ni pulak, Cik Rose akan sapu kat belakang telinga anak-anak sedara tu. Semua pakat nak cium terus dari bekas dia. Bau sedap kan.

CALM TIME
·        Memberikan keselesaan kepada bayi
·        Mengurangkan keletihan dan tekanan
·        Bantu anak lebih tenang

CARA GUNA:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

RAMUAN:
Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile



Balm tummy time ni memang ibu-ibu perlu ada. Maklumlah baby ni perutnya sensitif, kadang-kadang kembung dan sebu kan. Sapu je Tummy Time, Insyaallah.

TUMMY TIME
·        Membuang angin dalam perut
·        Bantu melegakan perut sebu dan kembung

CARA GUNA:
Sapu pada perut dan tapak kaki

RAMUAN:
Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper

   




Kenapa balm Tasneem Naturel menjadi pilihan ibu bapa?

Antara sebabnya ia adalah balm ni selamat, berkualiti, dihasilkan dengan campuran essential oil terpilih dan harga yang mampu milik. Eh bukan untuk anak-anak je tau, orang dewasa pun boleh guna. Tu yang best dan dah jadi teman baik Cik Rose dah Sleep Time tu. Hihi.



Untuk maklumat lanjut dan pembelian, korang boleh ke website dan laman sosial Tasneem Naturel seperti di bawah :

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)




Monday, 18 December 2017

REVIEW | Next To Nothing Face Colour And Powder dari Mac



REVIEW | Next To Nothing Face Colour And Powder dari Mac . Assalamualaikum. Dah agak lama entry ni duduk dalam draft. Jadi, kali ni kita publish. hihi. Foundation dan Compact Powder dari Mac. Hadiah dari kakak Cik Rose, Kakyang. Thank you. Nanti bagi lagi. hihi. Hadiah birthday masa 09 Mei 2017. Mula-mula dok cuba-cuba compact powder, sekali memang Kakyang bagi as a gift. Gembiranya rasa hati. 

Cik Rose ni bukannya pandai sangat bab-bab make up tau. Jarang 'berfoundation'. Sekali dapat foundation gini, mahu tak seronok. Sebelum ni pakai foundation dari Charms je. Sesuai dengan kulit Cik Rose. 

Inilah dia Next To Nothing Face Colour :



Sedikit ringkasan produk yang Cik Rose ambil dari website MAC Cosmetic:

Satu balsam cecair nyaman diperkaya dengan bahan-bahan berkhasiat dan mikrosfera berwarna-warni untuk keserian muda yang menyala dari dalaman. Krim bertinta jelas ini boleh digunakan atas atau bawah produk asas, atau untuk memberi kilauan lutsinar pada kulit. Tekstur yang berkusyen licin meluncur ke atas kulit, mengurangkan cela dan garisan halus, sambil melembapkan dan melindungi kulit. Kulit kelihatan seperti diperbaiki.

Harga : RM 160.00. Korang boleh beli terus ke Mac Cosmetic berhampiran atau terus dari website.


Yang Cik Rose punya ni kod Light Plus. Sesuai je dengan kulit Cik Rose. Yang bestnya, bila pakai foundation ni rasa macam tak pakai apa-apa. Natural look gitu. Ala-ala Nora Danish. Eh perasan kejap. Hihi.



Next To Nothing Powder / Press
Dah ada foundation, set pula dengan bedaknya. 
Harga : RM130.00
Kod warna : Light Plus


Sedikit ringkasan produk yang Cik Rose ambil dari website MAC Cosmetic:


Formula berkrim ringan yang memberi aplikasi kekal lama, keselesaan tinggi. Tekstur bak sutera lembut menampilkan penggalak cahaya mikro yang menjamin wajah seri sihat - tiada penapis diperlukan! Menhasilkan cahaya berfokus lembut. Memberi liputan yang boleh dibina dari jelas sehingga sederhana dengan kemasan berseri semula jadi.


Teksturnya halus. Nak tahu tak, kod warna ni ialah Light Plus tapi ia tak menjadikan muka kita putih melepak. Warnanya bagi Cik Rose tak merubah warna asal kulit wajah Cik Rose. 


Kalau nak beli sendiri, mungkin Cik Rose berkira-kira juga kot. Alhamdulillah rezeki dapat hadiah. 

Sekarang tengah dok memikir nak beli lipstick Mac pula. Aishhh cantik-cantik warna yang ada. Terutama jenis matte tu. 

Serius, Cik Rose suka tengok orang yang pandai make up natural tau. Nampak je macam tak make up, tapi sebenarnya make up. Cantik! Macam Nora Danish, Juliana Evans dan ramai lagi. Nak belajar make up juga, tapi belum berkesempatan. 



Saturday, 16 December 2017

Pertama kali singgah Kluang Rail Coffee



Pertama kali singgah Kluang Rail Coffee | Assalamualaikum. Cik Rose duduk Johor dari tahun 2012. Johor Bahru dan Batu Pahat. Tapi, ni pertama kali Cik Rose berkesempatan untuk makan di Kluang Rail Coffee. Eh, Railway atau Rail saja ya? 

Cik Rose baru pergi minggu lepas bersama abang dan anak-anak sedara Cik Rose yang datang dari Kedah. Kami pergi dalam waktu petang, lingkungan pukul 3.30-4.00 petang. Betul-
betul di stesen keretapi Kluang. Masa sampai tu, memang ramai orang. Penuh dalam cafe. Maka, kami duduk di meja sebelah luar. 

Di bawah ni adalah antara menu yang terdapat di Kluang Rail Coffee. 


Pelbagai jenis makanan dan minuman yang ada. Harga juga amat berpatutan. Nak tahu tak, servis di sini memang terbaik bagi Cik Rose. Pekerjanya buat kerja laju tau. Kami duduk je, terus angkat pinggan dan cawan yang ada serta lap meja. Sebab kitorang nampak je orang bangun, terus pergi duduk. Hihi. Ambil order dan kami tak tunggu lama tau. Air sampai lepas tu makanan sampai. 

Cik Rose order Kopi panas. Dok dengar orang cerita sedap, tu yang teringin. Memang sedap bagi tekak Cik Rose. Pekat kopinya! I like. 


Antara makanan yang kitorang order ialah roti bakar(kaya dan butter), cucur bilis dan nasi lemak. Rugi order roti bakar tu sikit, tak cukup! Hihi. 


Makan panas-panas tu yang sedap. Sekejap ke dah habis. Nyum nyum. 


Lepas makan, terus kitorang meneruskan perjalanan ronda-ronda Bandar Kluang. 




Tuesday, 5 December 2017

Ost Saka Sisters Lirik lagu Kamu Fikir Kamu Siapa - Reshma Martin.

Assalamualaikum. Korang tengok tak drama Saka Sisters? Cik Rose dah terjebak tengok gara-gara anak sedara. Dia dok buka saluran tu, jadi Cik Rose pun tertengok sekali. Kalau sorang, tak ada maknanya nak tengok. Walau bergenre komedi, seram tetap seram. Hihi. 


Lakonan Abam. Dialah yang jadi saka kepada Cik Manggis dan Sara Ali. Cik Rose tertarik dengan lagu temanya. Dok main teka-teka sapa nyanyi dengan anak sedara. Cik Rose kata Stacy, dia kata Kaka. Last-last salah. Hihi. Rupanya Reshma AF yang nyanyi. Ciptaan siapa lagi kalau bukan KRU. 


Macam biasalah Cik Rose kongsikan liriknya ya. 

Lirik lagu Kamu Fikir Kamu Siapa - Reshma Martin. 
Ost Saka Sisters 

Kamu fikir kamu siapa..
Eyy... eyy.. eyy..

Aduh hati ini terasa tenggelam
Aduh dalam mimpi kamu adalah raksasa
Aduh oh kenapa perlu menyakiti saya
Aduh fikir dulu sebelum berkata
Sekarang ku bangun kembali...

Kamu fikir kamu siapa
Permainkan hati saya
Jangan cakap tanpa makna
Kamu fikir kamu siapa...siapa..siapa...


Rap : 
You wanna hate me
You wanna break me
You wanna deliver badly taste me
You wanna  im think about you
Too many rules , and even know i did
I still manage so lose

Who do you think you are
To going knock me down
All be scores black and blue
And made me strong
To stop to be you

You let me weak
But now Im a champion
We've got love, my own world
You must up to my standard

Hey you...
You real fool
If you think that i've got stress you

Haha padan muka kamu tiada teman
Haha kini kamu bersendirian
Haha sudah nyata kita berbeza
Ku terima saja walauterluka
Sekarang ku bangun kembali





Sunday, 3 December 2017

Review Blur Cream dari Pure Beauty



Assalamualaikum. Korang pernah tak dengar jenama Pure Beauty? Cik Rose sebelum ni memang guna CC Cream dari Pure Beauty. Cik Rose ada tulis dalam blog. Best guna cc cream tu. Kalau pakai tu, elok je muka(tahan lama). Sesuai dengan kulit Cik Rose. Cik Rose guna yang kod natural. Harga dalam RM40++.

Baru-baru ni, Cik Rose beli pulak Blur Cream. Apa blur cream ni? 


Blur cream ni kita pakai lepas dah pakai toner, krim pelembab( kalau korang pakai la). Lepas tu pakai blur cream, baru pakai foundation ke, compact powder ke, bb cushion ke. Macam Cik Rose, dah pakai blur cream ni, terus pakai compact powder je. Tak pakai foundation. Ni kira nak cepatlah. Kegunaan harian untuk ke tempat kerja. Kalau nak cepat pakai, pakai ni je. Nak berfoundation bagai tu tak sempat. Fungsi blur cream ni macam menutup cela juga, di samping merawat. 


Dah nama pun blur cream, jadi dia memang jenis cream. Pakai sikit sudah memadai. Jangan takut, ianya tak akan merubah tona kulit. Nampak je warna dia macam tu, bila dah apply kat muka, jadi natural je. Tu yang Cik Rose suka. Ia juga tak menyebabkan muka Cik Rose bercapuk atau berpeluh. Setakat ni memang ok. 


Packaging dia lawa kan. Hitam pink. Nampak menarik di mata Cik Rose. Eh produk Pure Beauty ni memang sesuai dengan Cik Rose. Bila pakai, tak ada tumbuh jerawat kecil-kecil ke apa. Bukan apa, sesetengah produk krim ni, bila pakai, akan tumbuh jerawat kecil-kecil di wajah Cik Rose. Maknanya Cik Rose kena stop pakailah kalau jadi macam tu. Ruginya RM.. huhu. Tapi, dengan blur cream ni ok. Tak jadi apa-apa yang negatiflah. Setakat ni Cik Rose dah ada dua jenis produk dari Pure Beauty. Cc cream dan blur cream ni. Hari tu hampir-hampir nak beli skincare dia. Tapi, Cik Rose tahan nafsu. Hahaha. Sebab sekarang tengah displin pakai Safi Rania Gold. 


Harga Blur cream ni dalam lingkungan RM40++. Kalau beli di Watsons, kadang-kadang ada offer untuk pemegang kad Watsons. Masa tu lah kena beli. Nak membeli ni kena tengok juga harganya kan. Hihi. 


Ni review peribadi Cik Rose. Cik Rose beli, Cik Rose guna dan Cik Rose kongsikan di sini. Memang Cik Rose puas hati. Yeayyy!


Sesekali meluah, tak salahkan.



3 hari berlalu. Entah kenapa kali ni, jiwa seakan tidak kuat. Tak sekental seperti selalu. Sedang hati tahu, ianya kitaran biasa. Mungkin peningkatan usia telah membuatkan jiwa kembali sensitif. Hati meraung semahu-mahunya. Air mata turun tiada sekatan. Cik Rose tak kuat. Cuba berlagak kuat seperti selalu,. 

Pagi ni bangun pun rasa lemah je.. sibukkan diri dengan berkebun. Siram bunga, cantas sana sini, bubuh baja. Senyum terukir melihat ada bunga yang berkembang. Ada juga daun-daun yang baru tumbuh. 


Doa.
Moga semuanya baik-baik di sana. Doa yang baik-baik, jadi yang baik-baik.

Sesekali meluah di sini, terasa lega sebentar. 



Tak bersemangat. 
Terasa benar lemah emosi sekarang. 

Counting days.
Seperti biasa, akan terus membilang hari. Moga waktu pantas berlalu. 

#cikrosewithmrarmy

Sunyi sepi malam tanpa sinar bulan
Sesepi diriku sendiri dalam penantian
Tak tahan rasanya gelora di jiwa 

Ingin segera bertemu
Duhai kekasihku, duhai pujaanku
Aku rindu kepadamu


Lagu tu lagu.. hihi. Lagu Wulan Merindu tu bermain di bibir Cik Rose sekarang. Tukar kepada Cik Rose Merindu. Hihi..