Sunday, December 03, 2017

Review Blur Cream dari Pure Beauty



Assalamualaikum. Korang pernah tak dengar jenama Pure Beauty? Cik Rose sebelum ni memang guna CC Cream dari Pure Beauty. Cik Rose ada tulis dalam blog. Best guna cc cream tu. Kalau pakai tu, elok je muka(tahan lama). Sesuai dengan kulit Cik Rose. Cik Rose guna yang kod natural. Harga dalam RM40++.

Baru-baru ni, Cik Rose beli pulak Blur Cream. Apa blur cream ni? 


Blur cream ni kita pakai lepas dah pakai toner, krim pelembab( kalau korang pakai la). Lepas tu pakai blur cream, baru pakai foundation ke, compact powder ke, bb cushion ke. Macam Cik Rose, dah pakai blur cream ni, terus pakai compact powder je. Tak pakai foundation. Ni kira nak cepatlah. Kegunaan harian untuk ke tempat kerja. Kalau nak cepat pakai, pakai ni je. Nak berfoundation bagai tu tak sempat. Fungsi blur cream ni macam menutup cela juga, di samping merawat. 


Dah nama pun blur cream, jadi dia memang jenis cream. Pakai sikit sudah memadai. Jangan takut, ianya tak akan merubah tona kulit. Nampak je warna dia macam tu, bila dah apply kat muka, jadi natural je. Tu yang Cik Rose suka. Ia juga tak menyebabkan muka Cik Rose bercapuk atau berpeluh. Setakat ni memang ok. 


Packaging dia lawa kan. Hitam pink. Nampak menarik di mata Cik Rose. Eh produk Pure Beauty ni memang sesuai dengan Cik Rose. Bila pakai, tak ada tumbuh jerawat kecil-kecil ke apa. Bukan apa, sesetengah produk krim ni, bila pakai, akan tumbuh jerawat kecil-kecil di wajah Cik Rose. Maknanya Cik Rose kena stop pakailah kalau jadi macam tu. Ruginya RM.. huhu. Tapi, dengan blur cream ni ok. Tak jadi apa-apa yang negatiflah. Setakat ni Cik Rose dah ada dua jenis produk dari Pure Beauty. Cc cream dan blur cream ni. Hari tu hampir-hampir nak beli skincare dia. Tapi, Cik Rose tahan nafsu. Hahaha. Sebab sekarang tengah displin pakai Safi Rania Gold. 


Harga Blur cream ni dalam lingkungan RM40++. Kalau beli di Watsons, kadang-kadang ada offer untuk pemegang kad Watsons. Masa tu lah kena beli. Nak membeli ni kena tengok juga harganya kan. Hihi. 


Ni review peribadi Cik Rose. Cik Rose beli, Cik Rose guna dan Cik Rose kongsikan di sini. Memang Cik Rose puas hati. Yeayyy!


35 comments:

  1. Lin pun pakai CC cream pure beauty. Rata dan long-lasting, pastu tak ada jerawat kecik-kecik. Yang paling best buat muka glowing je, kalau selfie nampak macam edit pun ada. Pernah pakai waktu malam, ambil gambar guna flash baru perasan memang ada particle bersinar kat muka. Sebab tu bila pakai waktu siang muka nampak glowing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cc cream pure beauty tu pun best.. Ros pakai jugak tau.. ni saja tukar pakai blur cream.. rasa macam nak cuba skin care pure beaty pulak :)

      Delete
  2. BLUR CREAM pun ade gak ek..tau bb cream je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade.. best... Rose pakai sebagai basic make up sekarang... lepas pakai blur cream ni, pakai loose powder, terus gi kerja.. hihi

      Delete
  3. First time dnga pasal blur cream

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Bagi akak, ok.. sebab ia tak melekit atau buat wajah kita berminyak..

      Delete
  5. Ramai dah guna Pure Beauty ni...sbb katanya mmg setaraf dgn produk daripada Korea yg lain..bagus laa tuu...Sally macam nak cuba pudding tuu..tak tau la kak Rose pernah guna ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun berkenan. Dah cuba masa masuk watsons jer. Hihi. Rasa sejuk je pudding tu.

      Delete
  6. Nanti boleh cuba..harga pun boleh tahan

    ReplyDelete
  7. Pernah dgr jenama pure beauty ni..rm40 lebih ok jgk la harga dia.. Boleh beli nanti 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best produk pure beauty. Nanti nak tray pudding cream pula . Hihi

      Delete
  8. Blur cream ni kalo pakai kulit nampak moist ke rose? Ke blur cream jnis matte. Mcm akak kne pakai jnis matte

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ringan je.. pakai akhir sekali, iaitu lepas selesai rutin penjagaan wajah. Baru pakai blur cream. Lepas tu terpulang nak terus pakai bedak atau nak pakai lagi foundation...

      Delete
  9. Boleh ganti foundation la kan. ringan tak material dia? suka jugak dengan packaging dia. simple tapi nice. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya boleh. Kalau pergi kerja memang rutin Rose adalah : pencuci muka - toner - day cream/serum - blur cream -compact powder/loose powder

      Delete
  10. First time dengar. Blur cream ni mengeringkan kulit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak keringkan tau. Memang akan pakai selepas pakai serum... dan sebelum pakai bedak...

      Delete
  11. Replies
    1. Rose masih menggunakan blur cream ni. Memang pakai sebelum pergi kerja :)

      Delete
  12. Dia menutup parut jerawat dan merawat sekali ke. Merawat tu maknanya memudarkan parut tak maksud sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang Rose guna, ok dengan kulit. tak ada msalah apa-apa.. merawat tu tak pasti, sebab ros ada guna serum yang lain.

      Delete
    2. blh tau x, cik rose pakai serum apa..?

      Delete
    3. pakai oil serum dari Pretti dan elikser Safi Rania Gold :)

      Delete
  13. Blur cream nie mcm pelembab ke?? Pakai selepas serum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pelembab.. kalau pelembab boleh pakai pudding cream.. blur cream ni boleh pakai selepas pakai pelembab.. boleh dijadikan sebagai based make up. Kalau make up biasa, boleh terus pakai compact powder atau loose powder lepas pakai blur cream. Tak perlu foundation pun dah ok sangat..

      Delete
  14. pkai blur cream ke cc cream dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cc cream dulu.. lepas tu baru pakai blur cream.tapi, saya dah tak pakai cc cream kalau pakai blur cream..

      Delete
  15. Assalamualaikum, nak tanya blur cream ni fungsi dia sama ke macam primer?

    ReplyDelete
  16. sesuai untuk kulit berminyak tak

    ReplyDelete