Wednesday, 24 October 2018

THE WORLD’S MOST INTEGRATED APP (CANNIS) IS POISED TO BE LISTED ON NASDAQ IN 2021


Hello everyone. 
Cannis mobile APP accumulated hundred thousand of users in less than two months time, forming a new APP trend, and is bound to become the upcoming greatest star in Nasdaq, United States.

Cannis continuously invests in the most popular industries since early 2018, namely the technologies, films, beauty, preventive medicines, latest technology farming etc.. With the corporation with their strategic partners, Cannis have well extended their markets in many South East Asia countries rapidly, and expected to soon be listing on Nasdaq.



Chief Executive Officer Dato’ Ching Eu Boon also stated during Cannis’s 3000 pax conference “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq” that Cannis’s partnership are not limited to latest technologies, such as the digital technology, huge database, artificial intelligence, but also with filming, preventive medicines and beauty industries.

“We are very much looking forward to the strategic corporation with said industries in winning users’ entrustment and enhancing the users’ end seamless O2O experience.”

App Download and Users’ Spending Set a New History-breaking Record, Cannis is born in  the best era



The third quarter of year 2018 has been the most profitable season for the App Stores. The comprehensive app download amount in said season on App Store and Google Play has exceeded more than 29 billions, 10% increment as compared to the past. While the globally consumer spending has reached nearly 20 billion US dollars, an increment of 20% in comparison to the same season in the past, both set a new historical record.

Analysing the App categories under increments of downloads,  games, entertainment and video broadcasting App have been the most downloads and are found as the factors. The strong performances of the two latter types of Apps show a general demand of market for creative contents.



Overall, the third quarter of year 2018, App Store and Google Play both had historical higher downloads and consumer spendings. This fully demonstrated the market trend of an App, which continues to rise depending on the popularity of smartphone usage, providing a non-stoppable spendings and considerable development potential.

Cannis focuses on the fastest-growing industries, providing an integration platform, creates a powerful 7-in-1 function.



A perfect Virtual-Reality combined O2O Mode

Cannis App not only incorporates innovative functions every month but also selectively invest huge funds on offline trending industries, hoping to connect offline customers’ overall spending flow with online databases, so as to start building the O2O model, letting the front-end marketing promotions, on- and offline member streaming efficiently, and back-end goods delivery services become smoother.


In terms of member diversion, Cannis members are applicable for both online and offline discounts, including any purchases at Cannis’s strategic partners’ retail stores. Online points can be used to make discounts, helping consumers to save money. Participating in a series of Cannis-designed competitions also allow members to win grand prizes through sharing.

The Chief Operating Officer of Cannis, Mr. Mohammad Mustaqim Bin Abdullah stressed that the platform will actively carry out comprehensive layout for online and offline services, so that the physical store is no longer restricted by the size or regional restrictions of the space. Through the mode of Cannis e-commerce and preferential shopping, the merchants information can be passed through at the lowest cost to a precise targeted market, therefore maximising the advertising effectiveness.

Cannis Strategic Partners



Strategic partners present on the day include EMPRO’s Dr. Coco Alex; Producer of Da Motion Production House, Encik Along; Creative Director of (凯优影视控股有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Bhd.’s Mr Chis Yen; Weber PDT Cancer Treatment Health Centre’s Prof. Madaya Dr. Martin E. Roberts; CEO of (名资股份有限公司), Mr. (蔡逸群) and Dr. DNA Mr Jannings Lee.

The Honorary Consul of the Slovak Republic, Tan Sri Datuk Sri One Tee Keat said that Cannis has a keen sense on trend development. Through big databases analysis, they accurately learn the real needs of consumers. The rich ethnic culture in Malaysia also helps enlarging the business to the world, attracting future strategic partners. Whether in the media marketing or development strategies, their performances have been remarkable.


Cannis is the world’s first integrated app that provides consumers with this wide range of App services, live broadcasting, e-commerce, discount shoppings, social networking, short videos, games and payments, can all be found on Cannis App. Cannis is convinced that having Malaysia’s diverse ethnic groups and culture as the starting point, it is easier to expand Cannis from South East Asia to the rest of the world.
For more information, please visit http://cannis.app.

Tuesday, 23 October 2018

Lirik Lagu Rampas - Akim & The Majistret

Lirik Lagu Rampas - Akim & The Majistret



Air mata separuh mati yang ditahan,
Diberhentikan lekuk kelopak,
Dingin tubuh terkulai diam tak bernadi,
Tangan bersaksi kita bergenggam,

Rampas semua,
Badanku belahlah dua,
Ambil semuaku ada,
Ikutkan sahaja hati,
Atau apa yang kau rasa,

Langkah pun lemah dalam susur pancaroba,
Lekat di persimpangan dilema,
Cuba keluar di jalan yang tak berarah,
Tunggu serpihan bongkah cahaya,

Putus segala,
Hijab kau dan aku,
Sampai nanti,
Kita bertemu,

Rampas semua,
Badanku belahlah dua,
Ambil semuaku ada,
Ikutkan sahaja hati,
Atau apa yang kau rasa,


LAGU : Hang Nadim , Laq
LIRIK : Bunga Cantik

Saturday, 13 October 2018

SUSU FERNLEAF SUSU DARI NEW ZEALAND YANG BERKHASIAT DAN BERKUALITI

SUSU FERNLEAF SUSU DARI NEW ZEALAND YANG BERKHASIAT DAN BERKUALITI. Lembu hitam putih.. moo moo. Nak tahu tak, Cik Rose suka sangat tengok lembu hitam putih ni tau. Cik Rose tahu lembu ni banyak di New Zealand. Nak pergi sana, entah bila nak sampai ni. Sebab tu, baru-baru ni bila suami Cik Rose ke Kundasang, Cik Rose jealous! Hahhah. Dia bergambar dengan lembu hitam putih tu. Siap pegang! Syoknya kalau Cik Rose dapat tengok sendiri dengan mata ni. 


Eh eh, jelaous tu kejap jer. Sebab hati dah terubat dengan lembu kat bawah ni :


Elok je duduk dalam kandang tu yer hihii..

Susu Fernleaf diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand!

Ok, siapa yang suka minum susu? Seeloknya kita amalkan minum susu setiap hari. Tapi, Cik Rose tahu ramai yang tak minum hari-hari kan. Baik mengaku. 

Banyak sangat susu yang dijual di luar sana. Berbagai jenis dan dari jenama yang berbeza. 

Kenapa mesti nak minum Fernleaf? Apa yang menariknya susu Fernleaf ni? Apa yang membezakan susu Fernleaf dengan susu yang lain?

Untuk pengetahuan korang, lembu tenusu ni adalah jiwa dalam industri tenusu peladang di New Zealand. Para peladang di sana menjaga lembu-lembu tenusu dengan penuh dedikasi. Penuh komited! 


Lembu di New Zealand bebas meragut rumput yang subur!

Selain itu,  di New Zealand mereka juga mengusahakan ladang mereka secara semulajadi. Mereka memberikan kebebasan kepada lembu mereka untuk meragut di padang rumput yang subur. Hasilnya susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium.  Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi,  Vitamin A dan juga Vitamin D.

Ia adalah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas tanpa terkurung dalam kandang. Yeayy bebas! Rumput mereka adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam. Jadi, mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi secara semula jadi. Susu apa korang? Susu Fernleaf lah.. 


Macam ni lah gambarannya. Cuma, di New Zealand, kawasannya luas! 


New Zealand merupakan tempat terbaik di dunia dalam penghasilan susu!

Korang nak tahu tak, bahawa bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput. Yes, betul. Tapi, di New Zealand, lembu-lembunya makan rumput. New Zealand ni memiliki tanah yang subur dan kadar hujannya baik. Ditambah pula dengan cahaya matahari yang banyak menjadikannya sebagai salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.


One more thing,  lembu-lembu di New Zealand ini menghabiskan sebanyak 90% masa untuk meragut rumput yang segar secara bebas pada hari yang cerah. Ini secara tidak langsung membuatkan lembu tenusu mereka mendapat kandungan Vitamin D yang sihat.

Bila dah dapat nutrien tu, lembu tenusu mereka menghasilkan susu dengan tahap Vitamin D yang lebih tinggi berbanding dengan lembu tenusu yang lain yang mana sering terkurung di dalam kandang. Terbaik kan?

Lembu Tenusu mereka menghasilkan susu secara  semulajadi,  dengan adanya faktor-faktor lengkap seperti rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa,  dan udara serta air yang bersih. 

Lagi satu, lembu tenusu mereka dapat menghasilkan susu secara semula jadi tau, tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Wow sangat kan! 


Warisan dan kepakaran mereka inilah yang menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu hari ini.


Favourite Cik Rose semestinya susu coklat. Minum sejuk-sejuk, lega sangat rasa tekak ni. Sedap! Sekotak pun rasa tak cukup. Nak lagi, dan lagi! Hihi.


Selain perisa coklat, ada juga susu full cream. Yang ini kalau makan dengan oat sedap aih. Ehh kalau minum gitu saja pun dah sedap. 

Sesetengah orang suka menjadikan susu sebagai minuman untuk sarapan kan. Makan dengan roti atau biskut. Atau pun dengan oat dan nestum. 

Kalau Cik Rose, suka minum sebelum tidur. Nyenyak je tidur. Kekenyangan. Hikhik.. 


Kat mana nak dapatkan Susu Fernleaf?

Korang boleh beli di pasaraya dan kedai-kedai berhampiran. Ada dah dijual. Cik Rose pun sekarang beli buat stok letak dalam peti ais. Sebelum tidur, minum sekotak.


Thursday, 11 October 2018

Perkembangan Bunga-Bunga di Mini Garden Cik Rose

Assalamualaikum dan selamat petang. 
Rasa lama tak bercerita dan berkongsi tentang bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose.

Masih mempunyai minat yang utuh terhadap bunga-bunga. Cumanya kekangan masa untuk menulis tentang perkembangan bunga-bunga ni. Apa yang disibukkan tu Cik Rose? 


Biasalah dalam apa jua yang kita lakukan, ada pasang surutnya juga. Tak selalu kita di atas, kadang -kadang perlu menoleh di bawah. 

Eh eh kenapa ni?

Alhamdulillah, bunga-bunga masih mekar berkembang. Bulan lepas, Cik Rose kerap kali balik kampung dan meninggalkan Mini Garden Cik Rose.

Hati mana yang tak gusar bila bunga-bunga ditinggalkan. Baru tumbuh pucuk, belum sempat berkembang, dah ditinggalkan beberapa hari pula. 


Di entry akan datang, Cik Rose akan kongsikan cara yang Cik Rose lakukan untuk mengembalikan kesegaran bunga-bunga ini. 

Cik Rose dah bereksperimen sendiri dan tengok hasilnya. Ok ke tidak. 


Masih mengekalkan jenis bunga yang sama di Mini Garden Cik Rose ini.. ada bunga ros, bunga orkid dan bunga daisy. 

Cik Rose sayang semua bunga-bunga ini. 

Sekian, bertemu lagi di entry akan datang ya . 

Wednesday, 10 October 2018

Makan bersama Minum bersama Hiburkan hati

Assalamualaikum. 

Sesekali best juga keluar, jalan-jalan, makan-makan. Hiburkan hati, layankan perasaan. 

Kehidupan seharian yang sibuk kadang kala buat kita rasa penat. Bukan sahaja penat fizikal. Tetapi penat emosi. Betul kan? 

Ada banyak cara untuk kita hilangkan tekanan yang membelenggu diri. Jangan biarkan tekanan itu menguasai diri kita. 

Salah satu cara untuk mengurangkan tekanan adalah makan! Eh eh bukan.. 

Sakah satu caranya dengan keluar ambil angin. Jalan-jalan jer, window shopping ke. Melayan keinginan tekak..

Untuk pencinta kopi yang sejati, haruslah Cik Rose mencari kopi untuk membasahi tekak.. tadaaaa kopi ais milik Cik Rose dan milo ais milik kakak. 


Keluar bersama. Berkongsi cerita dan rasa. Menggamitkan memori kanak-kanak. Kan seronok tu. 

Dah minum-minum, makan jangan dilupakan. Hihi. 
Nasi goreng uols!


Masa berlalu. Masing-masing dah berkerja dan berkahwin. Namun, perlu juga cari masa bersama adik beradik. Sesekali melepas rindu. Bahagia rasa! Kan?

Saling bertukar cerita. Saling bergurau. Minta pendapat. Berkongsi masalah. Aih, setidaknya kita berjaya meluahkan, walaupun tak mampu untuk menyelesaikan. 

Carik-carik bulu ayam. Lama-lama bercantum jugak. Biasalah dalam perhubungan adik beradik, kadang kala berselisih faham. Tapi, itulah yang buat kita sayang kan. 



#lovesiblings 

Doa Memohon Anak Yang Soleh

Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Apa khabar semuanya? Moga baik-baik sahaja Cik Rose doakan. Seminggu ni kerap hujan di tempat tinggal Cik Rose.. 

Sedang Cik Rose melihat laman facebook, ternampak perkongsian oleh seorang rakan. Beliau berkongsi doa. Doa memohon anak yang soleh, seperti di bawah : 


Aminn.

Setelah membacanya, Cik Rose panjangkan perkongsiannya di laman blog pula. Tak ada salahnya kan. Perkara yang baik, haruslah dikongsi bersama. 

Yang tak tahu, akan dapat tahu. Dan yang dah tahu, boleh sama -sama amalkannya. 

Menjadi harapan semua insan untuk memiliki anak yang soleh solehah. Jadi, sebagai langkah permulaan, marilah kita berdoa supaya anak-anak kita membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Menjadi anak-anak yang dapat membahagiakan orang tuanya. 

Memang tak mudah, Cik Rose faham. Ada saja dugaannya. Setidaknya kita berusaha untuk mendidik dan membentuk anak-anak kita, dalam masa yang sama kita memohon kepada Allah agar diperkenankan. 

Moga bermanfaat perkongsian ini buat semua. 

Tuesday, 9 October 2018

Ulangtahun Pernikahan Yang Ke Tujuh Yang Membawa Seribu Erti

Assalamualaikum dan selamat malam.

Baru berkesempatan mencoretkan sedikit tentang ulangtahun pernikahan Cik Rose dan suami. 

30 September. Iya, itulah tarikhnya. Di petang Jumaat, Cik Rose selamat dinikahkan. Tarikh yang membawa perubahan ke atas diri Cik Rose dan keluarga. 

Bila difikirkan, terasa begitu cepat masa berlalu. Ulangtahun ke tujuh. Bermakna kami telah melalui tempoh 7 tahun itu bersama. 

Lautan mana yang tidak bergelora, lidah mana yang tidak tergigit. Lumrah kehidupan, begitulah. 

Menerima kejutan dari suami pada tarikh 30 September yang lalu membuatkan hati Cik Rose tersentuh. Kejutan dari orang jauhlah katakan. Hihi. Berjauhan seketika dalam tempoh tiga bulan demi tugas. Hati memang terusik.



Happy Anniversary Sab dan Ros. Mewakili singkatan nama masing-masing. 



Kek sedap sangat. Alhamdulillah. 



Bergambar jugakla Cik Rose kan. Masa ke hadapan nanti, bolehlah throwback kan. 



Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Terima kasih buat keluarga dan rakan-rakan yang mendoakan dan merakamkan ucapan buat kami. 

Setiap yang terjadi ada hikmahNya. Tak perlu disesali dan tak perlu merungut keterlaluan. 

Usah banding -membandingkan dengan apa yang ada dan tidak ada. Saling mensyukuri setiap yang kita miliki. 

Senyum sahaja ya. 

Meniti tahun ke tujuh, apa yang berubah? Saiz Cik Rose! Hihi.. 

Moga kita semua dikelilingi insan-insan yang penuh kasih sayang dan saling menghargai.

#positivevibes


GEGAR VAGANZA 5 | LIRIK LAGU MENTARI MUNCUL LAGI NYANYIAN SLAM

Lirik lagu Mentari Muncul Lagi nyanyian SLAM


Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya
Maafkan aku meniggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa

1
Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hinggakanku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita
Menyesalnya ku kerana menyangkal

Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang, masih ada cinta

( ulang dari 1 )

Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu



Pada minggu kedua, Konsert Gegar Vaganza 5,Billy Zulkarnain myanyikan lagu Mentari Muncul Lagi. Sebagai peminat setia, haruslah Cik Rose puji sikit. Hihi.

Best sangat persembahan dari Billy Zulkarnain ni tau. Terbaiklah. Terbuai-buai perasaan dibuatnya! 

Moga berjaya buat Billy Zulkarnain.


Senarai Lagu gegar Vaganza Minggu ke 3

Senarai Lagu gegar Vaganza Minggu ke 3 



Noryn Aziz - Kabut Serangkai Mawar (Zaitun Sameon)

Amelina - Segalanya Pasti (Aida Agil)

Syafie - Yang penting happy (jamal Mirdad)

Hetty Sharlene - Pawana (search)

Maya - I have Noting (Whitney Houston)

Billy Zulkarnain - Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)

Dia Fadila - Dondang Dengdang ( Noraniza Idris)

Zamani - this Love (maroon5)

Forteen - Suci Dalam debu (Iklim)

Farawahida - Lagu Rindu Merindu (fauziah Idris) 

Elite - Ku Bahagia (Melly Goeslow)


Korang sokong siapa? Cik Rose tetap dengan Billy Zulkarnain. Sebab tu letak gambar Billy Zulkarnain kat atas tu. hihi.


Tips Pengurusan Kewangan Yang Anda Harus Tahu

Tips Pengurusan Kewangan Yang Anda Harus Tahu. Assalamualaikum. Hari demi hari, keperluan kita bertambah. Perbelanjaan seharian bertambah, dan menjadikan perbelanjaan bulanan juga meningkat. 

Kadang-kadang pening memikirkan bagaimana mahu menyimpan wang? Bagaimana cara untuk meningkatkan tabungan, kan. Apa yang paling penting adalah kita sendiri kena bijak membezakan antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu melayan keinginan hati. Berbelanjalah sekadar yang termampu. 

Di sini Cik Rose kongsikan bagaimana cara untuk kita menguruskan kewangan dengan berkesan. 

Elakkan berhutang 
Elakkan berhutang, terutama menggunakan kad kredit yang mengenakan faedah tinggi. Jika korang guna kad kredit, pastikan bayar sepenuhnya setiap bulan. Kalau tidak, itu tanda kita berbelanja di luar kemampuan. Ramai bankrap disebabkan terperangkap dengan kadar faedah tinggi. Oh ini bahaya! Kadang-kadang kita berhutang pada perkara yang tidak perlu dan tidak penting. Selagi boleh elak, kita elak. Namun, jika ianya adalah keperluan, boleh jer kan nak berhutang. Contohnya kereta.
Wajibkan simpanan
Simpan 10-20% dari gaji bersih setiap bulan. Pastikan kita ada simpanan kecemasan bersamaan sekurang-kurang enam bulan keperluan. Ini adalah penting. Tapi, Cik Rose sendiri pun susah nak displinkan diri untuk asingkan wang gaji untuk simpanan. Kadangkala ada je yang berlaku yang memerlukan kita mengeluarkan wang simpanan. Tapi, jangan risau. Korang boleh je buat tabungan sendiri. Contohnya asingkan wang kertas hijau (RM5) dalam dompet tu. Tanpa korang sedari, jumlahnya banyak tau. 

Membeli mengikut keperluan
Beli barang berdasarkan nilai, bukan harga. Banyak barang bernilai berharga murah. Minuman di gerai tepi jalan dan di premis lima bintang sama saja. Apa yang membezakan ialah suasananya yang ekslusif sahaja. Kan? Tak salah sekali sekala berbelanja. Untuk 'reward' diri sendiri. Namun, janganlah hari-hari. Berbelanjalah ikut kemampuan korang.  
Jangan berhutang semata-mata untuk bercuti
Usah pergi haji atau umrah dengan hutang. Ataupun, melancong. Kalau kita berhutang, itu tanda kita tak mampu. Tangguh dulu niat tu. Lagi satu, tak ada salahnya jika kita bercuti dalam negeri dahulu. Jika kedudukan kewangan kita teguh, tak salahkan. Pokoknya, ukur baju di badan sendiri sahaja :)
Urus duit secara betul 
Beli apabila ada duit. Kena sentiasa ingat ayat ni. Usah belanja pendapatan yang belum diperolehi. Belum gaji, korang dah nak beli itu, beli ini. A big no. Hihi.  

Sekian, sedikit tips dari Cik Rose. Moga bermanfaat.

Saturday, 6 October 2018

Jom follow Cik Rose di instagram! Hanya scan je name tag dan terus follow:

Jom follow Cik Rose di instagram! Hanya scan je name tag di bawah. Assalamualaikum dan selamat malam korang. Eh eh dah follow ke Cik Rose di instagram? Promote diri sendiri kah? Iyaaa. Promote sendiri jer, free! Hihi.

Korang dah try belum yang terbaru dari instagram ni? Boleh buat nametag sendiri. Dengan nametag tu, orang lain boleh terus scan untuk follow kita. Mudah kan!




Haruslah Cik Rose pilih icon bunga Rose. Nama pun Cik Rose kan. Hahaha.. nampak merah membawa gitu! 

Mekar bunganya seperti mekarnya bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose! Eh.. 

Ramai kenalan Cik Rose yang dah cuba buat nametag instagram juga. Ada macam-macam warna. Ada macam-macam emoji. Pilihlah ikut kesukaan kita. 

Dah alang-alang korang baca entry ni, followlah sekali.. jangan tengok je uols. Hihi.. Misi mencari follower yang aktif gitu. I like you. You like me. Saling membantu,  like, dan komen kan. Tak ada yang salah pun. 


Sertai Kempen khas oleh PPZ-MAIWP, Jom Bayar Zakat dan Menang Hadiah!

Sertai Kempen khas oleh PPZ-MAIWP, Jom Bayar Zakat dan Menang Hadiah!

Zakat dari segi Bahasa merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat. Dari Segi Syarak pula, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Hukum Zakat

Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018


Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.




Membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my

Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada Seri Group Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.

Objektif Kempen
Antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan danpekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir,Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama Seri Group Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin.

Kempen berakhir 31 Oktober ini! Jom rebut peluang.

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.






SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:
• Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempenbermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”

Friday, 5 October 2018

Nasi Lemak Bank Rakyat Sungai Petani.

Nasi Lemak Bank Rakyat Sungai Petani. Assalamualaikum dan selamat malam.

Malam ni cerita santai sahaja. Relax-relax kan. Jangan nak serius sangat ya. Hihi.

Nasi lemak. Dah sinonim dengan kita rakyat Malaysia. Kalau dulu, nak sarapan je cari nasi lemak. Tapi, sekarang dah lain. Tak kira masa kita makan nasi lemak. Pagi, tengahari, petang dan malam. 

Malam ni nak bercerita mengenai Nasi Lemak Bank Rakyat. Di mana? Di bandar Sungai Petani. Bersebelahan Bank Rakyat. Cik Rose rasa warga Sungai Petani mesti pernah beli kan?


Nasi lemak Bank Rakyat ni dah sebati dengan Cik Rose. Dulu, selalu je pergi makan dengan mak ayah dan keluarga. Ada macam-macam jenis lauk. Ada ikan bilis, telur, ikan masin, ayam, udang, dan lain-lain. 

Pilih sahaja mengikut selera korang. Dulu harganya cuma seringgit. 

Tapi, sekarang harganya meningkat kepada RM1.20. Bukan sahaja ada nasi lemak, ada juga char keow teow, cucur udang dan lain-lain.

Cik Rose rasa, nasi lemak ni berlainan tuan. Sebab korang boleh tengok ada yang di cop, ada yang ditulis dengan marker sahaja. 

Apapun, tempat ini ada sentimental value yang tersendiri buat Cik Rose. Cik Rose duduk Johor sekarang, kalau balik kampung, harus makan kat sini sekali. Hihi.

Mungkin sesetengah orang berpendapat tiada yang istimewa kerana hanya nasi lemak. Tapi, belum cuba belum tahu tau. Dah cuba sekali, nak lagi.

Ada yang pernah makan di sini? 

Ost Vila Ghazara Lirik Lagu Hanya Dunia - Adam Malek





Ost Vila Ghazara Lirik Lagu Hanya Dunia - Adam Malek

Ternyata semua hanyalah dusta
cinta hanya pada material

Ternyata semua hanyalah dusta
cinta hanya pada material

Ternyata semua hanyalah dunia
Apakah ini yang dikejarkan

Cukuplah cukup cukuplah
Permainanmu di depan mataku

Sudahlah sudah sudahlah
Perdaya dengan tipu helahmu

Ternyata semua hanyalah dusta
cinta hanya pada material

Ternyata semua hanyalah dunia
Apakah ini yang dikejarkan

Cukuplah cukup cukuplah
Permainanmu di depan mataku

Sudahlah sudah sudahlah
Perdaya dengan tipu helahmu

Cukuplah cukup cukuplah
Permainanmu di depan mataku

Sudahlah sudah sudahlah
Perdaya dengan tipu helahmu

Cukuplah cukup cukuplah
Permainanmu di depan mataku

Sudahlah sudah sudahlah
Perdaya dengan tipu helahmu


Tuesday, 2 October 2018

Nivea dah ada rangkaian produk untuk baby!

Assalamualaikum dan selamat malam!

Jenama Nivea memang tak asing lagi dengan kita kan. Juga buat Cik Rose. Cik Rose sendiri pernah cuba losyen, deodorant dan krimnya. Memang best! 

Jujur cakap, Nivea ni memang terkenal di kalangan remaja perempuan kan. Nivea juga ada mengeluarkan produk penjagaan wajah untuk lelaki juga.

Tapi, korang tahu tak bahawa Nivea telah mengeluarkan rangkaian produk  untuk si comel! 

Eh eh Cik Rose baru tahu! 

Serius, baru-baru ni Cik Rose ke Watsons. Tengok di rak, eh ada something new la! 

Produk untuk baby yang Cik Rose nampak adalah losyen, shampoo dan lain-lain. Macam best je. Denga warna soft blue tu. 

Tanpa berfikir panjang, Cik Rose terambil losyen ! Kenapa bila masuk Watsons atau Guardiam, asyik ter ter ter aje ni... Susah nak kawal diri! 


Moisturizing lotion dari Nivea Baby. Gentle touch.

Cik Rose dah pakai dan Cik Rose suka! Cepat meresap dan tak melekit kulit.. baunya juga sedap. Tak wangi macam losyen lain, tapi sedap baunya. Bila pakai, terasa kelembutannya. Tiba-tiba rasa comel! Terasa seperti baby gitu. Hahahha... perasannya.. 

Banyak losyen yang Cik Rose dah cuba sebelum ni. Losyen Nivea Baby ni antara yang telah memikat hati Cik Rose. Dengan packagingnya yang comel dan warna yang menarik, telah menambahkan lagi keinginan orang lain untuk mencuba. 

Jujur ni, bukan berbayar. Hikhik. Tak salah kan, untuk Cik Rose berkongsi. Cik Rose pakai, Cik Rose share. 

Oh Nivea, please give some product for me to review. Hihi.. 


OST LELAKI KIRIMAN TUHAN | LIRIK LAGU KISAH KUINGINKAN NYANYIAN SITI NURHALIZA DAN JUDIKA


OST LELAKI KIRIMAN TUHAN | LIRIK LAGU KISAH KUINGINKAN NYANYIAN SITI NURHALIZA DAN JUDIKA

Telah ku tentukan arah
Yang akan ku tempuh di sisa hidupku
Karena telah ku temukan
Kisah yang ku inginkan dan ku impikan

Sudah ku tambatkan hati
Yang selama ini berlayar tak pasti

Kini telah ku temui
Kasih yang aku cari
Cinta yang pasti

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa

Kini aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Karena kau resmi milikku

Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa

Kini aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Karena kau resmi milikku

Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya

Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Karena kau resmi milikku

Dalam ikatan
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya

Tetap ku harus bersama
Meski raga mendua
Didalam cinta
Selamanya