Wednesday, January 24, 2018

10 Melayu | Lagu 10 RAMD Rela Berjuang

Assalamualaikum. Hai! Apa khabar? Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik. Apa khabar emosi korang? Moga emosi kita juga baik-baik sahaja. 

Hari ni nak bercerita mengenai lagu. Tak kisahlah lagu sekolah, lagu universiti, lagu negeri, lagu jabatan dan lain-lain. Korang masih ingat tak lagu-lagu sekolah korang? Cik Rose ni jiwa patriotik sikit, suka dengar lagu-lagu patriotik dan kenegaraan. Hihi. 

Nak tahu tak masa Cik Rose bertugas MINDEF dulu, Cik Rose suka benar masa perhimpunan bulanan. Nak tahu sebab apa? Sebab nanti ada pancaragam tentera mengiringi nyanyian lagu-lagu tentera. Rasa bersemangat kan. Dum, dum, dum! Bunyi drum. 

Macam tu juga bila dengar di tv masa sambutan hari Merdeka. Perbarisan waktu pagi tu. Semangat Cik Rose jadinya. 

Di kesempatan ni, Cik Rose kongsikan lagu 10 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) waktu Perbarisan Istiadat Mempamer Panji-Panji Rejimen Sempena Sambutan Jubli Emas. Cik Rose ada kongsikan melalui saluran youtube sendiri. Korang boleh tengok kat  bawah ya : 




Biasalah video fokus pada barisan suami sendiri! Hahaha. Ampunnnn maaf di atas berat sebelah tersebut. 

Sempena Sambutan Jubli Emas tu juga, suami Cik Rose ada beli syiling emas Jubli Emas. Buat kenang-kenangan di hari mendatang. Tadaaa: 

Bahagian hadapan syiling.


Bahagian belakang syiling.


Teruja Cik Rose dapat memiliki Syiling Emas ni. Hihi. Bolehlah bercerita pada anak cucu nanti kan. 


15 comments:

  1. cantiknye syiling tu....wah nk dgr la lagu ni.....

    ReplyDelete
  2. thanks sudi sharing video perbarisan sis

    ReplyDelete
  3. Lagi sekolah saya ingat tp tak semualah sebab dah lupa

    ReplyDelete
  4. Bila dengar lagu diorang meremang bulu roma.. Semangat lain mcm tau

    ReplyDelete
  5. Memg seronok dengar lagu perbarisan ni..rentak dia rancak..heheh

    ReplyDelete
  6. nampak dia tulis Kem Majidee tu teringat akak zaman muda2 dulu..hahaha.. Ramai kawan2 dok situ..sekarang dah tak de la kot..Apa kabar kem majidee sekarang??hehhe

    ReplyDelete
  7. Ekin pun minat gak dengar hihihi.. Anak berkas askar selalu dengar masa tu

    ReplyDelete
  8. TB lak berkenan tengok syiling tu.. suka gak kumpul syiling unik nak pulak macam syiling ni. cantik sangat bewarna warni

    ReplyDelete
  9. Husband cik rose askar melayu eh..
    Mmng cik rose, klau dgr pukulan tu time perbarisan ke dlm tv ke, buat org rasa semangat.

    ReplyDelete
  10. Alja pun sukaaaaa sbb jd lebih bersemangat. Lelagi bab patriotik, blh sebak lah sbb tgk dorg sanggup berkorban demi kita.

    ReplyDelete
  11. Oo.. syiling emas rupanya hehe ingatkan medal. Memang rose tapi bunyi dentuman tu kadang-kadang mengejutkan pun ada. Nak-nak bunyi yang last tu hikhik. Kenangan dekat mindef sentiasa di ingatan

    ReplyDelete
  12. Cik rose, saya suka la dengar lagu ni. Ada lirik penuh tak? Sebab ada bunyi angin, so tak dapat tangkap lirik dia

    ReplyDelete
  13. Assalamualikum. Sis nak lirik lagu rela berjuang...

    ReplyDelete