Breaking

Wednesday, 28 February 2018

February 28, 2018

TIPS Cantik | Boleh ke pakai masker hari-hari?



TIPS Cantik | Boleh ke pakai masker hari-hari?
Assalamualaikum. Korang suka tak pakai masker? Cik Rose pun baru je berjinak-jinak dengan masker sejak beberapa bulan ni. Banyak kelebihannya kalau kita rajin masker wajah ni.

Macam Cik Rose sekarang ni pakai masker kunyit. Kadang-kadang campurkan serbuk kunyit dengan yogurt, kadang-kadang putih telur. Dan kadang-kadang campur air jer. Ikut kesesuaian keadaan kulit masa tu. Cik Rose guna masker kunyit dari The Bauty Hacks. Korang boleh je guna apa-apa jenama pun. Ada yang instant dah sekarang ni.

Masker kunyit kesukaan Cik Rose sekarang ni :


Tapi, apapun yang kita pakai atau lakukan jangan berlebihan. Kena bersederhana dan berpada-pada. Ada yang kata boleh pakai setiap hari masker kunyit kan. Jangan.. Lebih baik jangan. PAda CIk Rose, pakai seminggu sekali atau dua kali pun dah ok.

Cik Rose ada terbaca tentang kesan sampingan kalau pakai terlalu kerap masker kunyit pada wajah. Jadi, Cik Rose kongsi kat sini ya.

Kesan sampingan Masker Kunyit

Walaupun termasuk salah satu bahan semulajadi, namun pemakaian masker kunyit yang berlebihan akan menyebabkan beberapa kesan sampingan pada kulit wajah kita. Antara yang boleh Cik Rose ringkaskan di sini adalah :


1. Menimbulkan Bintik Merah Pada Kulit
Jangan menggunakan masker kunyit melebihi 25 minit untuk satu sesi. Risau pula nanti tumbuh bintik merah pada wajah.

2. Kulit Terasa Terbakar
Kalau pakai setiap hari, biasanya kita akan rasa kulit wajah panas atau macam terbakar. Jadi, kuncinya jangan berlebihan.

3. Wajah Terlihat Menguning
Kunyit memang sangat baik untuk kulit, bahkan dapat digunakan untuk membersihkan kotoran dan sebagai cara agar kulit putih bersih bebas dari jerawat. Namun sifat dari kunyit memang menimbulkan warna kuning yang cukup kuat yang mana dapat merubah kulit wajah menjadi kekuningan.

4. Kulit Wajah Tambah Kering
Jika anda memiliki kulit wajah yang cenderung kering, hindari mencampurkan masker kunyit menggunakan air. Lebih baik korang campur dengan susu, yogurt atau beras.

Ok, sekian perkongsian dari Cik Rose. Moga bermanfaat :)

Monday, 26 February 2018

February 26, 2018

Senang ke belajar menjahit ni?



Assalamualaikum.
Senang ke belajar menjahit ni? Ataupun susah nak menjahit? Persoalan yang sering bermain di minda Cik Rose.

Seronok tengok orang yang pandai menjahit ni. Boleh jahit macam-macam baju yang cantik untuk diri sendiri. Ada yang menjadikannya sebagai kerjaya. Cik Rose sendiri minat, tapi tak tahulah ada bakat atau tidak. 

Cik Rose ni nak guna mesin jahit pun tak reti tau. Ada keinginan nak beli mesin jahit. Hampir-hampir nak beli last year, tapi tak jadi. 

Ok, hari Sabtu lepas, Cik Rose ada join aktiviti BAKAT. Korang maklumkan yang Cik Rose isteri tentera. 

Ada aktiviti  belajar menjahit bersama Datin Rubiah Bte Leman (isteri kepada Datuk Dr Hj Mohd Puad Bin Zarkashi). 

Aktiviti dijalankan seawal jam 8.30 pagi. Cik Rose tak bawak pula alatan menjahit. Aduhh duhh macam mana nak belajar ni. Rata-rata yang datang bawa alatannya macam kertas, tali pengukur, pembaris dan lain-lain. 


Pertama sekali, kami diajar cara mengambil ukuran badan. Memang jelas penerangan oleh Datin. Baru Cik Rose tahu macam mana ukur bahu, ketiak, dan lain-lain. Ilmu yang sangat berguna.

Kami diminta mengukur rakan dan mencatitkan ukurannya. Apalagi, sesi ukur -mengukurpun berjalan. 


Setelah selesai, jom belajar buat pola. Alamak, entah kenapa Cik Rose rasa rumit pula. Cik Rose memang ada ambil nota. Tapi lebih baik kita buat sendiri juga, jangan mengharapkan nota semata. 


Ahli-ahli tak lepaskan peluang bertanyakan soalan. Ramai yang tahu asas menjahit rupanya!


Kusyuk mendengar penerangan. Aih kena dengar baik-baik. Nanti nak lukis pola sendiri pulak. 


Setelah siap pola, jom kita gunting kain. Hari tu kami belajar buat baju maxi. Tengok Datin lukis pola dan gunting kain, macam senang je. Hakikatnya susah bagi Cik Rose.

Tak ambil pula gambar, almaklum tengah kusyuk. Hihi. Setelah itu, aktiviti diteruskan lagi dengan menjahit. 

Kat bawah ni, Datin ajar cara buat leher tu. 


Tadaaaa dah siap! Baju maxi. Bila tengok hasilnya, cantiknya. 


Cantikkan? Dah jadi baju. Senangnya. Nampaknya Cik Rose kena hadiri lagi kelas jahitan. Masih banyak yang belum Cik Rose tahu. 
Masa yang singkat macam ni, sukar Cik Rose nak tangkap satu-satu. Maklumlah Cik Rose memang tak ada asas jahitan baju. 

Masih belum terlambat nak belajar. Sebenarnya tak ada satu perkara pun yang terlambat buat diri kita. Jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk kita tak belajar. 


Sekian cerita hari minggu Cik Rose. 

Saturday, 24 February 2018

February 24, 2018

Percutian Singkat 2 Hari 1 Malam di Negeri Sembilan dan Melaka



Assalamualaikum. 
Cerita jalan-jalan ke dua buah negeri, lebih tepat cerita perjalanan 2 hari 1 malam. Akisahnya, lepas tamat operasi, suami dapat cuti beberapa hari. Plan asal nak balik kampung, namun terpaksa diubah dek kekangan tugas beliau. 

Jadi, suami dan rakan-rakan plan jalan-jalan sekitar Negeri Sembilan dan Melaka. Oleh kerana memang tak plan awal, jadi memang tak ada booking hotel ke ape ke. Semua main redah. Dan yang paling best, dalam kereta baru decided nak pergi mana. Hihi.

Kami bergerak pagi Jumaat. Ada 3 keluarga semuanya, yakni 3 keretalah. Konvoi dari Batu Pahat terus melalui lebuhraya utara selatan untuk ke Negeri Sembilan.

Di mana destinasi pertama,? Kami menuju ke Nilai 3. Saja cuci-cuci mata. Rambangnya mata ni tengok segala baju, tudung, karpet. Tapi, berjaya kawal nafsu. Tak beli pun karpet. Cik Rose beli jubah dan tudung sahaja. 

Selesai di Nilai 3, terus bergerak ke Port Dickson. Ya, itu tujuan utama sebenarnya. Nak ke Muzium Tentera Darat. Ini kali kedua buat Cik Rose. 

Kami sampai dalam pukul 3 rasanya. Cuaca memang panas membahang. Macam biasa, sampai sana bergambarlah kami. Sambil si anak-anak melihat sejarah. Teruja ke tidak, tak pasti pulak Cik Rose. Hihi. 

Keretapi ni, tahun lepas Cik Rose datang masih boleh naik. Kali ni datang dah tak boleh naik di bahagian tangganya.


Helikopter. Cik Rose memang suka tempat-tempat bersejarah macam ni! 


Handphone memang tak berpisah dari genggaman. Ada ja gambar yang nak di ambil.



Alala. Cik Rose tak nak lepaskan peluang bergambar. Hihi.


Layannn..


Ok, ni buku pelawat Muzium. Cik Rose ambil kesempatan menulis nama.


Bergambar kenangan tiga sekeluarga.


Ada banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi, cukup kot untuk cerita di Port Dickson ni. 

Lepas tu, kami terus bergerak ke kedai makan. Minum petang katanya. Ke kedai yang femes juga di port Dickson, yang ada cendol, coconut shake. Alamak lupa pula nama kedainya. Cik Rose makan nasi putih dan daging salai masak lemak. Sodapnya! Gambar lupa nak snap, dek kerana melayan perut yang lapar. Hihi.

Lepas tu kitorang terus bergerak ke pantai berhampiran. Just jalan-jalan je sebab panas. Budak-budak pun tak mandi. 

Bincang punya bincang, kami ambil keputusan bermalam di Port Dickson jer. Nak tidur mana ni? Banyak hotel yang ada. Akhirnya kami memilih Hotel Sri Malaysia. RM158 semalam termasuk sarapan pagi. Bila tanya ada tak goverment rate, mereka kata dah habis kuota. Emmm.. 

Keadaan dalam bilik: 


Dua katil single. Tak ape, malam nanti kita rapatkan katil tu. 



Malam menjelma, perut pun minta di isi. Kami ke restoran berhampiran dengan Hotel Sri Malaysia ni jer. Menu pilihan Cik Rose adalah fresh orange dan keow teow tomyam. Alhamdulillah sedap tomyam putih dia, secukup rasa.


Lepas makan, lepak pantai sekejap, dan terus balik hotel tidur.

Esoknya terus bergerak menuju ke Melaka. Jalan-jalan Bandar Melaka. Tak banyak gambar yang Cik Rose ambil. Entah ek, dah kenapa tak ada sangat gambar di Melaka. Mood bergambar tu tak muncul agaknya. Hahaha. 


Petang dalam pukul 6 tu, gerak balik. Tak ikut highway PLUS. Kami ikut jalan lama, Melaka-Muar-Batu Pahat. 

Alhamdulillah sekitar jam 9 sampai rumah.

Perjalanan yang singkat dan diisi dengan aktiviti yang menenangkan selama 2 hari 1 malam. Insyaallah ada rezeki kita jalan-jalan lagi. 



February 24, 2018

Jangan risau apa yang belum kamu miliki

Assalamualaikum. 
Jam menunjukkan pukul 12.10 malam waktu Cik Rose menulis. Sedang rancangan Running Man ditayangkan di saluran Astro 393, dan diselangi dengan bunyi dentuman mercun.

Mata tak rasa mahu dilelapkan lagi. Sebab tu Cik Rose ambil keputusan menulis sesuatu. Agak lama tak bermadah di blog sendiri. Hihi. 

Terjumpa satu gambar seperti di bawah melalui perkongsian rakan facebook. 


Jangan risaukan apa yang belum kamu miliki, tetapi risaukanlah apa yang masih belum kamu syukuri’. 
Sedikit terbalik ayat di gambar tu kan. Jadi Cik Rose betulkan ikut pemahaman sendiri. 

Ada benarnya. Kita ni terlalu melihat apa yang kita tak ada. Kita selalu memerhati apa yang orang lain ada. Hingga kita terlupa dengan apa yang ada dalam genggaman kita. 

Kenapa melihat hak orang hingga kita juga nak memilikinya? Sedang apa yang kita ada itu jauh lebih baik dari itu. Kita yang tak sedar sebenarnya. Tak menghargainya. 

Moga Cik Rose dapat perbaiki diri sendiri dan melihat diri dalam sudut positif. Maklumlah tiada yang sempurna dalam dunia ini, tapi setidak-tidaknya kita berusaha menjadi lebih baik. 

Teruskan melangkah ikut daya kita. Usah terlalu mengejar bayang mereka yang telah laju ke hadapan hingga memudaratkan diri sendiri. 

*dalam bergurau senda jangan keterlaluan.  Fikir sebelum berbicara. Jika kita tak dapat menerima bayangan gurauan orang lain, usah kita memulakan gurauan berkasih dahulu. 

Hahaha ayat bermadah di tengah malam, kau dah kenapa ni Cik Rose. 

Thursday, 22 February 2018

February 22, 2018

Cara penjagaan bunga Daisy supaya subur dan berbunga



Assalamualaikum.
Jangan pernah jemu dengan cerita Mini Garden Cik Rose ya. Hihi. 

Akisahnya malam tadi, Cik Rose call mak di kampung. Borak punya borak, mak tanya, bunga ada lagi ke? Ke dah mati? Lama tak nampak. Ehhh terkejut kite dengar soalan cepumas. Hihi. 

Masih ada lagi mak. Bunga-bunga tengah galak berbunga ni. Terima kasih mak. Emaklah peminat nombor satu Mini Garden Cik Rose ni. Hihi. Tengok anak updated kat facebook. 

Bila dapat soalan tu malam tadi, makanya balik kerja petang tadi terus Cik Rose jalankan misi. Misi apa? Misi ambil gambar. Hihi. Ambil dalam mode panaroma. Jadi, dapatlah tengok keseluruhan bunga-bunga. Ada pokok bunga Daisy, bunga Ros, bunga Orkid dan beberapa jenis bunga yang lain. 


Cara penjagaan bunga Daisy supaya subur dan berbunga 

Sekarang ni cuaca agak panas. Jadi memang Cik Rose akan siram dua kali sehari. Waktu pagi sebelum pergi kerja dan waktu petang masa balik kerja. Kalau tak siram macam tu, kesian pokok-pokok kekeringan nanti. 


Kaedah penyiraman pokok bunga.
Nak siram pun jangan main siram je. Jangan pasang getah paip dan terus halakan ke pokok bunga dengan aliran air yang deras. No no no. Dan jangan pulak simbah pokok dengan air yang banyak. 

Ada caranya. Sebaiknya siram dengan aliran air yang biasa/perlahan ke bahagian tanah. Itu lebih baik. Nanti air tu turun terus kena pada akarnya. 

Bukan tak boleh siram dari atas. Nanti mengganggu bunga-bunga yang berkembang tu. Bunga cepat rosak dan tak tahan lama. 


Kalau bunga Ros, kena hati-hati sikit. Air lebih tak boleh, kurang pun tak boleh. Cik Rose pun masih belajar lagi.

Tapi, kalau nak tahu bunga daisy kurang air senang je tau. Kalau batang bunga daisy lentok tu, kurang air la tu. Kalau tegak je, ok tu. Jangan risau.


Kaedah letak baja.
Kalau dulu, Cik Rose main letak je baja. Tapi, sekarang tidak lagi. Ada kaedahnya. 

Cara Cik Rose, pertama sekali adalah tanah tu digembur-gembur sedikit. Kemudian, siram pokok-pokok kita. Kemudian, barulah letak baja di sekeliling pasu. Jangan letak berhampiran batang/bunga pula ya. 

Kalau boleh, letak baja di waktu redup. Maksudnya jangan letak waktu tengahari pulak tau.  Nak senang, letak baja lewat petang/awal malam. 


Korang cubalah. Tengok hasilnya macam mana. Lebih kurang dua tiga minggu tengok ada perubahan tak. Janganlah mengharapkan perubahan dalam masa sehari. Melampaulah tu. Hihi.


Jaga bunga ni, kalau dahulu sekadar hobi Cik Rose. Tapi, sekarang Cik Rose dah jadi serius. Kalau boleh nak pokok-pokok ni sentiasa subur dan berbunga.

Lepas tu, hari-hari kalau boleh nak ambil gambar. Hikhik. 
Nasiblah ruang terhad kan. Kalau ruang luas, lagi banyaklah pokok yang boleh Cik Rose jaga. 


Wednesday, 21 February 2018

February 21, 2018

BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN




Assalamualaikum.
Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.



AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.



Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.



Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA
Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA
Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.


Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.


February 21, 2018

LIRIK LAGU DANGDUT JARAN GOYANG - NELLA KHARISMA

Assalamualaikum. Sekarang ni entah kenapa suka benar dengar lagu Jaran goyang. eh eh berdangdut pulak! Asyiklah nak dengar. 

Korang pernah dengar tak? Cuba dengar sekali, nak lagi. hihi. Ada banyak versi di youtube. Cik Rose suka yang Nella Kharisma nyanyi. 

Macam biasa Cik Rose kongsikan lirik lagunya. Untuk lagu, korang cari di youtube ya.

LIRIK LAGU JARAN GOYANG - NELLA KHARISMA

apa salah dan dosaku sayang
cinta suciku kau buang-buang
lihat jurus yang kan ku berikan

jaran goyang jaran goyang
sayang janganlah kau waton serem
hubungan kita semula adem
tapi sekarang kecut bagaikan asem
semar mesem semar mesem

jurus yang sangat ampuh teruji terpercaya
tanpa anjuran dokter tanpa harus muter-muter
cukup siji solusinya pergi ke mbah dukun saja
langsung sambat "Mbah saya butuh cinta"
jikalau tidak berhasil pake jurus yang kedua
semar mesem namanya jaran goyang jodohnya
cen rodok ndagel syarate penting dilakoni wae

ndang di cobo mesti kasil terbukti kasiate gejrot

dam du di dam aku padamu i love you
i cant stop loving you
oh darling jaran goyang menunggumu

apa salah dan dosaku sayang
cinta suciku kau buang-buang
lihat jurus yang kan ku berikan
jaran goyang jaran goyang
sayang janganlah kau waton serem
hubungan kita semula adem
tapi sekarang kecut bagaikan asem
semar mesem semar mesem

wes hop stop mandeg o ndisik sik sik
jangan bicara jangan berisik sik sik
gek ayo ndang mangkat dukun rasah kakean ngelamun
dukun dukun dukun ayo ndukun
i'm slow woles woles baby baby
rasakno aku wes wani perih baby
rungokno ku alami hal yang sama dengan dirimu
bojoku mencampakkan diriku podho bojomu podho tanggamu toss

dam du di dam aku padamu i love you
i cant stop loving you
oh darling jaran goyang menunggumu

apa salah dan dosaku sayang
cinta suciku kau buang-buang
lihat jurus yang kan ku berikan
jaran goyang jaran goyang
sayang janganlah kau waton serem
hubungan kita semula adem
tapi sekarang kecut bagaikan asem
semar mesem semar mesem

ini terakhir cara tuk dapatkan kamu
jika ini gagal kan ku racuni dirimu

apa salah dan dosaku sayang
cinta suciku kau buang-buang
lihat jurus yang kan ku berikan
jaran goyang jaran goyang
sayang janganlah kau waton serem
hubungan kita semula adem
tapi sekarang kecut bagaikan asem
semar mesem semar mesem

apa salah dan dosaku sayang
cinta suciku kau buang-buang
lihat jurus yang kan ku berikan
jaran goyang jaran goyang
sayang janganlah kau waton serem
hubungan kita semula adem
tapi sekarang kecut bagaikan asem
semar mesem semar mesem


Penyanyi : Nella Kharisma
Judul lagu : Jaran Goyang
Ciptaan : Andi Mbendol
Album : New Arista Vol.2



****



Ada yang masih tak tahu/tak faham bahawasanya post di blog boleh dijadualkan. Maksudnya kita boleh je tulis bila-bila masa dan publish ikut masa yang kita nak. Ikutkan hati geram juga dengan orang yang tak faham ni, tapi biarkanlah. hihi. tak kuasa nak layannnn. eh eh eh.. 

Saturday, 17 February 2018

February 17, 2018

Dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam?



Assalamualaikum. Selamat pagi. 

Dengan siapa saya boleh bersalam? Dengan siapa saya wajib berhijab? Persoalan-persoalan ni mesti bermain di fikiran kita kan. Yang dah tahu, Alhamdulillah. Buat yang keliru, di sini Cik Rose kongsikan. 

Cik Rose sendiri masih dalam proses pembelajaran. Jangan malu untuk belajar, tiada yang terlambat. 

Ok, pertama sekali untuk lelaki. Dengan siapa saya haram bersalam dan bercampur? Di bawah ni jadual untuk lelaki, Cik Rose ambil dari perkongsian di facebook. Terima kasih sudi berkongsi. 


Bila ada jadual macam ni, lebih mudah untuk kita faham kan. Kalau lihat rajah di atas, yang ditanda putih tu adalah mahram kekal. Iaitu boleh bersalam. Manakala yang kuning adalah haram untuk bersalam. 

Secara ringkasnya haram bersalam dengan : 
Ibu saudara isteri
Kakak ipar & adik ipar perempuan
Mak angkat 
Anak perempuan angkat
Sepupu perempuan
Dua pupu perempuan
Isteri bapa saudara (mak sedara)
Anak saudara ipar perempuan
Nenek saudara isteri
Semua perempuan bukan mahram

Ok untuk perempuan pula. Kena jaga batas pergaulan dan batas aurat. Sama-sama kita berusaha untuk menjaganya. 

Boleh rujuk rajah di bawah untuk lebih faham. Bila ada jadual macam ni lebih mudah kan. Sama juga yang putih mahram kekal, kita yang perempuan ni boleh bersalam. Dan yang kuning tu tak boleh bersalam dan wajib berhijab. 


Cik Rose ringkaskan di sini. 
Wajib berhijab dan haram bersalam bagi perempuan dengan :
Abang ipar dan adik ipar lelaki
Anak angkat lelaki
Bapa angkat
Suami kepada mak saudara kita
Suami kepada anak saudara perempuan kita
Suami kepada nenek saudara kita
Suami kepada mak saudara suami
Sepupu lelaki
Ipar duai lelaki
Datuk saudara suami
Bapa saudara suami
Dua pupu lelaki
Semua lelaki bukan mahram

Moga perkongsian ni membawa manfaat kepada semua pembaca blog Cik Rose. 

Thursday, 15 February 2018

February 15, 2018

Perkembangan Mini Garden Cik Rose | Bunga-bunga mekar berkembang



Assalamualaikum. Hai. Hari ni nak cerita tentang bunga lagi. Bunga ape dan kat mana? Bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose lah uols. Hihi.

Bagaimana kembang dan mekarnya bunga-bunga tu, begitulah juga berbunga-bunga hati Cik Rose ni. Alhamdulillah semua pokok sedang berbunga. Setelah melihat ada yang sakit hari tu, Alhamdulillah sekarang makin hijau daun-daunnya. 


Sekarang ni cuaca agak panas di tempat Cik Rose. Maka Cik Rose perlu siram dua kali sehari. Siram pada waktu pagi, sebelum ke tempat kerja dan sekali lagi pada waktu petang selepas balik kerja. 

Cik Rose perhatikan kalau Cik Rose tak sempat nak siram waktu dan hanya siram pada waktu petang, daun-daun layu dan bunga tak kembang sangat. Tapi, kalau siram dua kali sehari, wahhh segar bugar daun-daunnya.


Tapi kena ingat. Kalau cuaca panas baru siram dua kali. Kalau hujan atau mendung tak perlu siram sampai dua kali. Sekali sudah memadai. 

Baja pula sekarang ni, Cik Rose letak seminggu sekali. Sebelum letak baja, Cik Rose gembur sikit tanah dan siram. Lepas tu baru letak baja. 


Kaedah penyiraman, jangan pula korang guna air yang laju tekanannya. Siram perlahan-lahan cukup di sekeliling pasu atau di tanah. Jangan terkena bunga. Ia akan mengganggu pertumbuhan bunga. Takut tak kembang kelopak bunganya nanti. 

Cara Cik Rose, mula-mula siram pada tanah. Lepas tu ambil air percik-percik sikit di daun. Aih seronok bila tengok daun basah, macam titisan embun di waktu pagi. 


Tengoklah bunga-bunga yang baru nak kembang. Lagi satu, kalau pokok daisy dah berbunga, korang letak di kawasan yang terkena cahaya matahari tau. Nanti batang bunganya tinggi dan bunga tu akan ikut cahaya matahari. Kalau tak kena cahaya matahari, nanti kuncup je bunga. 


Bunga daisy warna peach. Cik Rose suka betul warnanya. Geram je tengok, besar-besar kelopaknya. 


Eh eh eh. Ada lagi anak bunganya. Dalam sehari dua, akan kembanglah bunga ni. Tak sabar rasa hati. Gerammmmm. Hihihi.


Lepas siram pagi-pagi, kita ambil gambar dulu. All the daisy, smile... hihihi.


Ni pula bunga ros bandung Cik Rose. Alhamdulillah dah makin sihat lepas Cik Rose salin ke pasu lebih besar.  Bunga pun dah mekar betul. Dah tak malu-malu macam haritu.


Kasi zoom sikit. Yang ni bunga rose mix warnanya, pink dan putih. 


Moga Cik Rose terus berdisplin jaga pokok-pokok bunga ni. Nak jaga bunga kena ada minat dan kena jugak rajin. Jangan sekerat jalan, nanti mati pokok-pokok bunga kita. 

Korang suka tak tanam/jaga bunga? Siapa suka, geng lah kita. Hihi. 
Best kan. Tenang je suasana. Dan segar je udara untuk pernafasan. 

Ok sehingga berjumpa di entry akan datang. 



February 15, 2018

PANDUAN BEKERJA DI SINGAPORE

Assalamualaikum. Bukan mudah nak mendapatkan pekerjaan sekarang ni. Bukan sahaja graduan baru, malah ada yang telah menamatkan pengajian beberapa tahun pun sukar mendapat pekerjaan. Bukan kerana tidak layak, tapi kerana persaingan yang tinggi dan juga bidang tugas yang tidak sama mendorong mereka tidak mendapat panggilan kerja. 

Bukan kerana memilih pekerjaan juga. Cik Rose faham, ada yang dilabel sebagai terlalu memilih. Namun, bukan semua. Ada yang bersungguh mahu bekerja, namun tiada peluang. Semuanya berbalik soal rezeki kan. 



Jangan risau. Apa kata, cuba bekerja di negara orang. Eh jangan fikir jauh-jauh seperti Australia atau negara barat. Di sebelah negara kita sahaja, Singapura. Boleh berulang-alik dari Johor Bahru. 

Nak tahu rahsianya?
Boleh klik link di bawah.


PANDUAN KERJA DI SINGAPORE



Ada banyak kelebihan bekerja di Singapura ni, Cik Rose senaraikan empat sahaja dulu.

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar. Ya, tiga kali ganda. Gaji yang dibayar juga setimpal dengan kerja yang kita lakukan.

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura!

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM30 untuk pulang semula ke Malaysia. :)

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.



Jika anda mempunyai ciri-ciri dibawah!  Anda tidak digalakkan untuk mendapatkan ebook ini dan tidak digalakkan mencari kerja di Singapura.

·   MANJA. Jika anda seorang yang manja dan tidak tahu berdikari. Sentiasa mengharapkan orang lain melakukkan semua perkara untuk anda. Anda tidak di galakkan untuk bekerja di Singapura.

·  TIDAK SABAR & TIDAK TAHAN TEKANAN. Bekerja di Singapura memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Jika anda seorang yang tidak penyabar, tidak tahan dengan tekanan, panas baran dan mudah melenting. Bekerja di Singapura tidak sesuai untuk anda.

·   TIDAK MENEPATI WAKTU. Suka datang lambat dan suka buat perangai "janji melayu"? Anda tidak layak untuk bekerja di Singapura.

·   BLACKLISTED. Jika anda termasuk dalam senarai hitam akibat hutang PTPTN atau hutang-hutang lain, serta termasuk dalam senarai individu yang tidak dibenarkan ke luar negara. Maka anda juga tidak boleh bekerja di Singapura. 

·   BERUMUR LEBIH DARI 58 TAHUN. Ini adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Ministry Of Manpower , Singapura (MOM) , rakyat Malaysia yang baru hendak memohon kerja di Singapura mestilah berumur tidak lebih dari 58 tahun.

   Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke :



Tuesday, 13 February 2018

February 13, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 

Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 



Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut

Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita



Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

Kasut wanita : kasut terbuka
Permainan kanak-kanak : Set pakaian bayi
Perhiasan rumah : Set hadiah tupperware
Kesihatan & kecantikan : Set solekan mata Tahun Baharu Cina
Runcit & Haiwan peliharaan : Kit kat edisi khas



Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlahRM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

Untuk maklumat lanjut : www.shopee.com.my

Apalagi, jomlah berbelanja di Shopee pula  . Kita kenalah bijak mengatur strategi shopping. Hihi.