Breaking

Thursday, 15 February 2018

Perkembangan Mini Garden Cik Rose | Bunga-bunga mekar berkembang



Assalamualaikum. Hai. Hari ni nak cerita tentang bunga lagi. Bunga ape dan kat mana? Bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose lah uols. Hihi.

Bagaimana kembang dan mekarnya bunga-bunga tu, begitulah juga berbunga-bunga hati Cik Rose ni. Alhamdulillah semua pokok sedang berbunga. Setelah melihat ada yang sakit hari tu, Alhamdulillah sekarang makin hijau daun-daunnya. 


Sekarang ni cuaca agak panas di tempat Cik Rose. Maka Cik Rose perlu siram dua kali sehari. Siram pada waktu pagi, sebelum ke tempat kerja dan sekali lagi pada waktu petang selepas balik kerja. 

Cik Rose perhatikan kalau Cik Rose tak sempat nak siram waktu dan hanya siram pada waktu petang, daun-daun layu dan bunga tak kembang sangat. Tapi, kalau siram dua kali sehari, wahhh segar bugar daun-daunnya.


Tapi kena ingat. Kalau cuaca panas baru siram dua kali. Kalau hujan atau mendung tak perlu siram sampai dua kali. Sekali sudah memadai. 

Baja pula sekarang ni, Cik Rose letak seminggu sekali. Sebelum letak baja, Cik Rose gembur sikit tanah dan siram. Lepas tu baru letak baja. 


Kaedah penyiraman, jangan pula korang guna air yang laju tekanannya. Siram perlahan-lahan cukup di sekeliling pasu atau di tanah. Jangan terkena bunga. Ia akan mengganggu pertumbuhan bunga. Takut tak kembang kelopak bunganya nanti. 

Cara Cik Rose, mula-mula siram pada tanah. Lepas tu ambil air percik-percik sikit di daun. Aih seronok bila tengok daun basah, macam titisan embun di waktu pagi. 


Tengoklah bunga-bunga yang baru nak kembang. Lagi satu, kalau pokok daisy dah berbunga, korang letak di kawasan yang terkena cahaya matahari tau. Nanti batang bunganya tinggi dan bunga tu akan ikut cahaya matahari. Kalau tak kena cahaya matahari, nanti kuncup je bunga. 


Bunga daisy warna peach. Cik Rose suka betul warnanya. Geram je tengok, besar-besar kelopaknya. 


Eh eh eh. Ada lagi anak bunganya. Dalam sehari dua, akan kembanglah bunga ni. Tak sabar rasa hati. Gerammmmm. Hihihi.


Lepas siram pagi-pagi, kita ambil gambar dulu. All the daisy, smile... hihihi.


Ni pula bunga ros bandung Cik Rose. Alhamdulillah dah makin sihat lepas Cik Rose salin ke pasu lebih besar.  Bunga pun dah mekar betul. Dah tak malu-malu macam haritu.


Kasi zoom sikit. Yang ni bunga rose mix warnanya, pink dan putih. 


Moga Cik Rose terus berdisplin jaga pokok-pokok bunga ni. Nak jaga bunga kena ada minat dan kena jugak rajin. Jangan sekerat jalan, nanti mati pokok-pokok bunga kita. 

Korang suka tak tanam/jaga bunga? Siapa suka, geng lah kita. Hihi. 
Best kan. Tenang je suasana. Dan segar je udara untuk pernafasan. 

Ok sehingga berjumpa di entry akan datang. 



5 comments:

  1. Wow....subur..cantik...tenangkan hati dan minda ni...boleh sembang masa baja dan siram...

    ReplyDelete
  2. pehhh... Gila subur la bunga ros...pandai k.ros jaga bunga... Hehehe . Kalau kita ni xsmpt subur..dah kne kacau dgn kucing..kucng sini suka sgt bunga ros..haha

    ReplyDelete
  3. Boleh geng dengan ibu sally laa...dia suka benor dengan pokok..sally mmg tak jodoh sgt dengan pokok..hahahaha...terapi diri kan kak tgk bunga?

    ReplyDelete
  4. Memang happy sgt kan kak bila tgk mekar subur.. Ni semangat ni nk tanam pokok bunga byk2 hehe

    ReplyDelete
  5. aduhai. indahnya... mekar setaman.
    aida suka. tapi skang lom ada pelaksanaan.
    cikrose sgt rajin :)

    ReplyDelete