Saturday, 31 March 2018

Burung Serindit -Melayan Hobi Suami


Burung Serindit -Melayan Hobi Suami. Assalamualaikum. Burung Serindit. Korang pernah tengok tak macam mana rupa Burung Serindit? Cik Rose tunjukkan seperti di bawah ya.


Sebelum Cik Rose cerita dengan lebih lanjut tentang hobi suami  ni, jom kita mengenal Burung Serindit dulu.

Sumber : wikipedia

Serindit melayu atau dalam nama ilmiahnya Loriculus galgulus adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Burung ini berukuran kecil, dengan panjang mencapai 12cm. Bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah.
Burung jantan dan betina serupa. Burung serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.

Populasi Serindit melayu tersebar di hutan dataran rendah, dari permukaan laut sampai ketinggian 1,300m di negara Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.
Serindit Melayu hidup dalam kelompok. Burung ini memiliki kebiasaan aktif memanjat dan berjalan daripada terbang. Saat istirahat, burung serindit menggantungkan badan ke bawah. Makanannya terdiri dari sayuran hijau, buah-buahan, padi-padian dan aneka serangga kecil.


Cik Rose jaga Burung Serindit ni baru je sebulan macam tu. Asalnya suami jagakan burung Serindit milik kawannya, akhirnya terjebak. Bukan seekor. Sekali beli dua ekor. Jumlah semua yang ada di rumah Cik Rose adalah 4 ekor, termasuk burung Serindit kawan suami. 

Dulu kitorang jaga burung Murai Batu. Korang boleh baca entry burung Murai Batu dalam blog Cik Rose ni.

Asalnya, burung ni duduk dalam sangkar asing-asing. Saja suami Cik Rose satukan dua ekor ni dalam satu sangkar. Biar berkawan. hihi. Jangan gaduh sudah  ya!


Apa yang special burung Serindit ni,  bila dia tidur tu rehat, dia akan terbalikkan diri. Kepala di bawah dan kaki di atas, ala-ala kelawar gitu. Cik Rose selalu usik dia kalau dia tengah rehat. haha.


Makanan Burung Serindit
Ada makanan segera tu kitorang beli dekat kedai. Ada dua jenis. Satu macam bertih jagung pun ada Cik Rose tengok. Tapi, suami Cik Rose selalu bagi buah. Buah epal merah dan buah lai. Amboi, bukan main suka lagi kalau dapat buah.Sesekali bagi buah sawit. Cik Rose perasan burung-burung ni suka sangat makan sawit. hihi. Nak bagi makan nasi pun boleh. Tapi, korang kena rajinlah bersihkan sangkar. 

Sangkar asal macam kat bawah ni. Duduk asing-asing. Sekarang dah bergabung dua ekor. Dan baki dua ekor lagi masih di asingkan.


Itulah buah sawit. Masa ni baru letak.  


Kenapa orang suka bela burung Serindit? 
Bagi Cik Rose, sebab bunyi kicauan dia kot. Sedap. Yang dah pandai berkicau tu, amboi sedapnya bunyi.Ambil masa juga nak bagi dia berkicau sedap tu. 

Cik Rose suka pasang lagu Jaran Goyang dekat tepi sangkar burung. Hihi. Tak senang duduk burung-burung ni, seolah-olah nak menari. Cik Rose dah cuba pasang lagu lain, tapi dia tak joget pun. 


Friday, 30 March 2018

Hadiri Ceramah Agama Bertajuk Rahsia Dalam Solat



Assalamulaikum. Isnin lepas, Cik Rose berpeluang menghadiri satu ceramah Agama Bulanan anjuran Jabatan Cik Rose. Alhamdulillah, sekian lama tak menjejakkan kaki ke office lama, akhirnya berkesempatan jua. Memulakan perjalanan dari Batu Pahat ke Johor Bahru. Bertolak pagi, dalam pukul 7.30 macam tu.

Sesampainya di sana. macam biasalah rekod kehadiran dulu. Eh bukan tandatangan di kertas macam dulu. Sekarang dah guna QR Scan.Kena installdulu dalam handphone , dan nanti imbas kod. Kemudian, isi form dalam tu. Wahh semua dah main scan, scan. Cik Rose teruja. hihi.. Tahniah buat Unit Latihan, Jabatan Cik Rose. Kastam Johor Bahru.


Cik Rose berempat datang. 3 perempuan, dan  1 lelaki. Kami pun duduklah mendengar ceramah. Tajuk kali ini adalah Rahsia Dalam Solat. Di bawah ini adalah Ustaz yang memberikan ceramah pada hari tersebut,dari Majlis Agama Islam Johor.


"Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."

- Al-Ankabut , Ayat 45

Sedikit perkongsian pada sesi ceramah tersebut:

Solat ini pemberi rezeki kepada kita. Cukupkanlah solat kita, Allah akan cukupkan rezeki kita, InsyaAllah.

Solat juga adalah rahsia kebahagian rumah tangga kita. Antara punca masalah rumah tangga adalah tidak didirikan solat bersama suami, isteri dan anak-anak.

Dan ada juga diberitahu tentang rahsia pergerakan solat terhadap tubuh badan kita. Migrain. Menurut ustaz tersebut,pergerakan sujud boleh merawat migrain kita. Ada ustaz tersebut terangkan tentang aliran darah dan lain-lain, cumanya Cik Rose nak terangkan balik takut tersala faham pula. hihi. Jika ada migrain yang teruk, cubalah berbekam. Ustaz ni sendiri dah amalkan berbekam. 

Macam biasa, kalau tak bergamar, tak sah gitu. hihi. Maka , kitorang bergambarlah sekeping dua. Eh yeke tu sekeping dua? hikhik.


Sekian, sedikit perkongsian dari Cik Rose.

Dirikanlah solat 5 waktu sehari :)

Monday, 26 March 2018

Lirik Lagu Aqilah - Floor 88


Assalamualaikum. Hai. Siapa peminat lagu Zalikha? Cik Rose lah salah seorang yang suka. Suka dnegan muziknya. 

Selepas meletop dengan lagu Zalikha, Floor 88 kelua rpula dengan lagu barunya berjudul Aqilah. Nama wanita jugak. Sedap juga lagu ni. Muzik dia tu yang best. Hai Aqilah mesti senyum lebar je, nama jadi lagu. hihi.

Lirik dia kelakar pula bagi Cik Rose. Tak dapat mengorat Zalikha, Cuba pula adik tirinya Aqilah. Hai kebetulan sungguh Zalikha ada adik tiri! Hihi. Video klip Aqilah dah pun keluar. Cubalah korang tengok di youtube ya.


Macam biasa, Cik Rose kongsikan liriknya ya dnegan korang. Bolehlah kita miming sama-sama. Hikhik. 

Lirik Lagu Aqilah - Floor 88

ini sambungan cerita si Zalikha
bukan tentang dia tentang adik tirinya
apa yang kutahu nama dia Aqilah
semangat hatiku mencuba kali kedua

rambut ikal mayang hitam manis orangnya
sekali ku pandang berdesun aku tergoda
bagaimana aku ingin mendapatkannya
fikiran celaru dan hati tak tentu arah
benar kata mereka mabuk bercinta
akan lupa semuanya
mandi tak basah, tidur tak lena
makan tak berselera
huwo.. o o o ohh...


oh Aqilah cinta hatiku
oh Aqilah I said I love you
oh Aqilah tolonglah aku
terima ku jadi kekasihmu

oh Aqilah dengarkan aku
hati ini hanya untuk dirimu
oh Aqilah percayalah kataku
hati ini dah tertulis namamu

belahlah dada dan lihat hatiku
sucinya cintaku kepada kamu

(Aqilah.. Aqilah...)
(Aqilah.. Aqilah...)

*music...

benar kata mereka mabuk bercinta
akan lupa semuanya
mandi tak basah, tidur tak lena
makan tak berselera
huwo.. huwooohh...

oh Aqilah cinta hatiku
oh Aqilah I said I love you
oh Aqilah tolonglah aku
terima ku jadi kekasihmu

oh Aqilah dengarkan aku
hati ini hanya untuk dirimu
oh Aqilah percayalah kataku
hati ini dah tertulis namamu

belahlah dada dan lihat hatiku
sucinya cintaku kepada kamu

Friday, 23 March 2018

Tips Mudah Untuk Mendapatkan Kulit Flawless dengan Snow Crystal dari Elldora



Tips Mudah Untuk Mendapatkan Kulit Flawless dengan Snow Crystal dari Elldora. Assalamualaikum. Hai! Kulit yang cantik berseri, flawless, glowing, siapa yang tak nak kan. Semua orang nak tak kira perempuan mahupun lelaki! 

Bukan senang nak dapatkan kulit yang flawless tau. Penggunaan penjagaan wajah yang betul tu amat penting untuk dapatkan kulit wajah yang bersih. Tapi, biasalah kita ni. Lepas kulit bersih, mesti nak up ke satu level lagi. Hihi. Kalau boleh nak wajah bersih dari pertumbuhan jerawat dan nak juga kulit yang flawless. 

Takkan nak bermake up 24 jam kan. Lemas pulak rasa. Nak juga tampil berkeyakinan dengan make up yang nipis jer. Make up juga, jangan cakap korang tak make up. Mesti ada make up juga sikit-sikit. 

Ok kat sini Cik Rose kongsikan berberapa tips mudah macam mana nak dapatkan kulit yang flawless. 

1. Amalkan teknik skrub sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk menanggalkan sel-sel dan kulit mati. Ya, skrub muka ni penting tau. Kalau korang konsisten lakukan skrib muka ikut aturan yang betul, emm bukan je kulit wajah tu bersih, tapi cantik berseri-seri tau. Kena rajinlah lakukan rutin tu. 

2.  Minum air putih setiap hari sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan pulak korang minum air manis bergelas-gelas tapi tak minum air putih. No no no. Air putih ni penting. Bukan je untuk tubuh badan, malah untuk keserian kulit wajah. Contoh terdekat, adik Cik Rose. Konsisten minum air putih dan hadkan pengambilan air manis, kulit dia bertambah cerah! Cik Rose jelesssss. Hihihi. 


3. Gunalah produk penjagaan wajah yang benar-benar sesuai dengan kulit kita. Jangan terpengaruh dengan iklan atau saranan kawan-kawan. Hihi. Kulit kita ni berbeza-beza kondisinya. Kena tahu apa masalah kulit kita, dan cari penyelesaiaannya. Jangan ambil mudah tentamg produk penjagaan wajah kita. Takut-takut ada kesan sampingan nanti. 

4. Buat urutan wajah setiap hari sekurang-kurangnya 1-3 minit sehari. Serius, yang ini Cik Rose baru tahu. Tak pernah lagi Cik Rose cuba urut wajah. Takut salah teknik. Hihi.

Banyak lagi tips sebenarnya. Cik Rose kongsikan yang senang jer untuk dipraktikkan. Hihi. Di samping praktikkan tips di atas, ada cara mudah untuk memdapatkan kulit cantik berseri ni. Memulihkan dari dalam. Dengan mengambil makanan tambahan. 

Jadi, kali ni Cik Rose nak berkongsilah apa yang Cik Rose amalkan sekarang. Jeng jeng jeng. 

Snow Crystal dari Elldora.


Eh apa pula Snow Crystal ni? Produk apa ni? Itulah persoalan yang bermain di minda Cik Rose sewaktu diperkenalkan dengan Snow Crsytal ni.


Snow Crystal ni  mempunyai 22 bahan yang hebat dan semulajadi. Bahan yang terkandung juga mempunyai sistem perlindungan yang hebat kepada kulit dan memberikan pencerahan 2 kali ganda. Tengoklah bahan-bahannya macam gambar di bawah ni. 


Cik Rose dengan yakinnya berselfie masa buat cermin mata baru-baru ni. Perasan tak macam ada bintik kecil di kawasan dahi tu? 


Lepas tu lah, Cik Rose cuba makan Snow Crystal ni. Target utama nak kulit wajah yang bersih, licin dan berseri. Amboi, tak nak kalah kan!

Cara makan dia senang ja. Sebab berbentuk tablet kan. Cuma perlu kunyah jer. Korang jangan bagi alasan susah pula. Snow crystal ni lah paling mudah. Tak payah nak bancuh ke ape ke. Buka, terus ambil masuk mulut, kunyah. Dah siap! 

Aturan makan, boleh ambil 2 biji pagi dan malam. Macam Cik Rose, cuma ambil sebiji pagi dan sebiji malam. Itupun dah bawa kesan positif pada kondisi kulit Cik Rose ni.


Rasa Snow Crystal ni macam mana? Rasa laici. Sedap tau. Jangan pulak korang makan banyak sangat dalam satu masa. Sebab sedap, leka pula dok makan macam makan gula-gula. Eh jangan macam tu ya. 


Antara kelebihan jika korang mengamalkan  Snow Crystal ni adalah :
✅ Mencerahkan kulit dari dalaman
✅ Mengurangkan jerawat
✅ Melembabkan kulit.
✅ Memudarkan parut
✅ Menutup liang pori.
✅ Mengurangkan kulit yang berminyak
✅ Mengurangkan pigmentasi
✅ Menegangkan kulit , awet muda.
✅ Memutihkan kulit seluruh badan dan wajah
✅ Mercerahkan Lingkaran bawah mata


Muka happy jer selepas mengamalkan Snow Crystal. Hihi. Kengkawan satu office pun pakat cuba. Benda baik haruslah dikongsi bersama kan. Biar sama-sama cantik gitu.

Apa yang Cik Rose rasa lepas amalkan Snow Crystal ni? Cik Rose perasan, kulit dah tak kering sangat. Cik Rose berkerja dalam pejabat yang berhawa dingin. Umum tahu kan, penghawa dingin ni boleh buat kulit kita kering kalau terlalu lama. Perubahan ni yang Cik Rose perasan dulu lepas ambil Snow Crystal ni. 


Lepas tu jerawat malu nak tumbuh. Biasalah kita wanita, kadang-kadang jerawat tumbuh di satu-satu masa tertentu. Tapi, kali ni jerawat tak timbul. Cik Rose perasan sebelum ni tiap bulan jerawat tumbuh di bawah hidung dan atas kening. Kali ni, tak ada pula jerawat tu. Happynya rasa. 

Kulit rasa lembap dan licin jer. Aih gembira hati ni tau.  Sebab tu rasa nak teruskan pengambilan Snow Crystal ni. Dah jumpa yang serasi, baik teruskan. 


Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, korang boleh rujuk : 

Hotline : 019-2271077


Wednesday, 21 March 2018

10 FAKTA TENTANG DURIAN YANG PERLU KITA TAHU



10 FAKTA TENTANG DURIAN YANG PERLU KITA TAHU. Assalamualaikum. Hai, apa khabar? Cik Rose nak tanya ada yang suka buah durian? Cik Rose memang penggemar durian. Durian yang asli ya, bukan makanan yang berperisa durian. Cik Rose suka makan bauh durian, tapi kurang gemar kalau durian yang di campur dalam masakan. Contohnya bubur kacang hijau durian, durian crepe, aiskrim durian dan lain-lain.

Biasalah kita ni kan berbeza-beza. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Macam adik Cik Rose, dia tak makan buah durian. Memang dari kecil tak makan buah durian. Alahai, kesian juga bila masa kecil dulu, ayah beli buah durian dan kitorang makan ramai-ramai. Adik je tak makan. Hihi. Dia makanlah buah rambutan.


Semalam, suami Cik Rose beli buah durian. Alahai sedapnya. Memang jenis Cik Rose, akan lebih tertarik dan suka durian yang isinya berwarna kuning. Laju je makan. Kalau putih, biasa-biasa je makan. Mengadanya selera! Hihi. Bila suami bawa balik durian yang isinya kuning macam ni, haruslah laju je makan. 
Ada yang kata tak boleh makan durian banyak sangat, dan ada macam –macam mitos berkenaan buah durian yang pernah kita dengarkan? Ok, di sini Cik Rose ringkaskan fakta tentang buah durian yang tak ramai tahu. (Info dari Kevin Zahri)

  • Tinggi Kalori? Ramai yang cakap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Sebenarnya, seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat. Sebenarnya ada je makanan lain yang kita makan hari-hari tu sama tinggi dan ada yang lebih tinggi.
  • Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
  • Tiada nilai nutrisi.Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
  • Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)

  • Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda. Janganlah kita makan banyak sangat kan dalam satu masa.
  • Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
  • Tingkatkan nafsu seks?Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah.
  • Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
  • Kurangkan stress? Bergantung, tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
  • Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas untuk satu sesi makan ok jer.
Sebenarnya kan, apa-apa yang kita makan pun kena bersederhana. Tak boleh ambil dalam kuantiti yang berlebihan. 


Monday, 19 March 2018

Lirik lagu Pujaanku (Melly GoeslowFeat. Jimmo) OST Eiffel Im In Love




Assalamualaikum. Dulu, Cik Rose antara peminat filem-filem Indonesia. Sebab bagi Cik Rose, cerita mereka menarik. Puitis. Cik Rose suka gaya bahasa mereka gunakan. Lagi satu, lagu yang menjadi latar filem mereka amat menyentuh hati. 

Filem Ada Apa Dengan Cinta, Tentang Dia dan Eiffel Im In Love antara filem yang Cik Rose minat dulu. 

Beberapa hari lepas, Cik Rose ada dengan sedikit nyanyian lagu dari seorang rakan blogger melalui instagram. Kak Farrah. Eh bila dengar, macam best je lagu tu. Terus Cik Rose cari di youtube. Eh patutlah macma familiar je di ingatan. Lagu latar bagi filem Eiffel Im In Love rupanya. Berjudul Pujaanku.

Untuk versi pertama, lagu Pujaanku dinyanyikan oleh Melly Goeslow, berduet dengan Jimmo. Cik Rose suka versi ni. Nak tahu kenapa? Versi ini lebih menyentuh hati dengan gabungan suara penyanyi ini. Suara Jimmo ni lebih kepada suara lelki macho yang ego. Hihi, boleh pulak macam tu. Sedap. Sesuai dengan watak utama filem Eiffel Im In Love tu kan. 


Sekarang, lagu ni dinyanyikan semula oleh Melly Goeslow bersama Adykara Fardi. Lagu ini diubah sedikit rasanya, dan suara Adykara leboih ke arah romantik. 

Cubalah korang dengar. Macam biasa, Cik Rose kongsikan liriknya ya. 


Lirik lagu: Pujaanku (Feat. Jimmo)

Andaikan malam tiada pernahkan berakhir
Setiapku bersamamu mungkin tak berujung
Betapa rindu ini tak pernah mati
Kekasih hatiku hanyalah engkau

Saat mulut manismu memanggil namaku
Hatiku pun bergetar bagai terserang rindu
Bertapa aku menyanjungi dirimu
Buta mata dan hati untuk yang lain

Memetik gitar menyanyi syair yang tulus
Persembahan kalbuku
Nantikan dikau ditidur lelapku
Pujaanku

Burung berkicau tanda setia pada pagi
Ku dengan engkau tak bisa dipisahkan lagi
Jantungku kau mintapun kan ku berikan
Betapa dalamnya cinta untukmu

Buat Cermin Mata di Optometri IZAN Batu Pahat



Buat Cermin Mata di Optometri IZAN Batu Pahat. Assalamualaikum. Rabun. Bukan diminta namun ianya terjadi. Masa mula-mula Cik Rose tak tahu pun rabun. Selalu sakit kepala. MAta rasa berat dan pedih. Cik Rose ingat migrain. 

Sampailah satu tahap, Cik Rose nampak kabur. Tak dapat nak baca papan tanda di lebuhraya. Pertama kali buat cermin mata sekitar awal 2017 rasanya. Kejap pakai dan kejap tak pakai. Main-main pula. 

Oh ya, Cik Rose ada nampak perkongsian gambar di bawah di facebook. Lukisan gambaran penglihatan mereka yang rabun. Iya, itulah apa yang kami nampak. Kami- mewakili yang rabun. Kaburnya. 



Memang cantik suasana malam di hiasi lampu-lampu, tapi kalau tak pakai cermin mata, beginilah yang kami nampak :



Sebelum ni Cik Rose ada buat cermin mata. Tapi, kenapa tak pakai? Orang kata masa mula-mula nak sesuaikan mata dan power memang akan ambil masa sikit. Kita rasa lain. Tapi, Cik Rose rasa sakit tau mata. Macam tengok kanta pembesar pun ada. Rasa macam di tarik pula mata ke cermin tu. Sebab tu, Cik Rose dah tak pakai. 


2, 3 bulan tak pakai, Cik Rose rasa makin kabur. Kalau berjalan -jalan di pasaraya, tak puas rasa. Memang tak nampak jelas barang-barang. Mata jadi skait macam berat tu. Mesti ada yang tnaya, kenapa tak pergi kedai cermin mata tu semula, dan tukar ke apa ke kan. 

Nak jadi cerita, Cik Rose tak tahu pun cermin mata tu yang bermasalah. Cik Rose ingat yang Cik Rose ni tak biasa dengan cermin mata tu. Hinggalah kawan Cik rose yang ada power yang sama cuba cermin mata tu. Dia pun rasa sakit tau. Oh rupanya cermin mata tu bermasalah. Dan dah terlalu lewat pulak rasa kalau nak pergi semula kedai tu, resit pun dah ke mana. 

Kemudian, Cik Rose dan seorang rakan pergi ke Optometri IZAN. Memang nak buat cermin mata. Sebab ada promosi RM88. hihi. Apalagi, kitorang pergilah kan.


Tapi, promosi RM88 hanya untuk jenis bingkai tertentu dan power tertentu. Bila check power mata, Cik Rose sedikit terkejut sebab power mata meningkat. Sebelum ni 125. Tapi, kali ni mata kiri Cik Rose 175 dan mata kanan 150. Silau tak ada. Cik Rose dapat yang  harga RM88, tapi Cik Rose tambah untuk cermin yang auto gelap tu, jadi RM98. Kalau jalan-jalan di luar, nampak gelaplah cermin mata Cik Rose ni. hikhik.


Siap dalam 2 ke 3 hari juga. Dah siap, terus pakai. Apalagi, ambil gambar satu.. hihi. Kitorang pilih bingkai yang sama. Cuma power kami berbeza. Comel tak? hahaha.


Alhamdulillah, serasi dengan mata Cik Rose. Tak ada sakit kepala ke apa ke. Cik Rose memang pakai sentiasa, cuma naik motor buka. Tak selesa pula bila pakai helmet. Tapi, kena pakai juga. Sebab mata kabur kan kalau tak pakai. Kena sesuaikan diri. 

Mula-mula kekok, rasa lain bila pakai cermin mata. Iyalah sebab ruang yang kita nampak tu macam terganggu dek bingkai tu kan. Tapi, lama-lama pakai dah ok. Alhamdulillah. 


Untuk yang berada di Batu Pahat, bolehlah ke Optometri IZAN ni. Adik-adik yang layan kitorang pun ok, peramah sangat. Harga berpatuan, dan yang paling penting kesesuaian power mata tu kan.

Alamat :
Jalan Rotan Utama, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor

Friday, 16 March 2018

Lirik lagu Aizat -Sampai Ke Hari tua


Lirik lagu Aizat -Sampai Ke Hari tua. Assalamualaikum. Selamat malam.. Korang tahu tak yang Aizat ada keluarkan lagu baru? Tajuknya adalah Sampai Hari Tua.

Cik Rose tahulah sebab kita follow Aizat. Hikhik. Cubalah dengar. Best. Membuai perasaan. Dia santai jer. Boleh layan. La la la.

Lagu ni juga, Aizat ada nyanyikan semasa majlis resepsi Fatzura baru-baru ni. Kalau yang belum dengar tu, boleh cari di youtube ya. Kalau tak nak tengok kat youtube, tengok di instagram Aizat jer. Tapi, kat instagram bukan full version ya.


Macam biasa, Cik Rose akan kongsikan lirik lagunya dengan korang. Bolehlah kita nyanyi sama-sama. Sweet, sweet jer lagu ni.

Lirik lagu Aizat - Sampai Ke Hari Tua

Jika Ku radio dan engkau lagunya
Dan Aku putarkan hingga semua terleka
Begitulah Kita ditakdirkan untuk bersama

Jika Ku air wudhumu menjadi seri mu
Dalam Lima waktu
Jika Kau kuat percaya akulah jodoh mu
Jaga Mu selalu

Menarilah Sayang di hari bahagia
Di Bawah bulan bintang
Kasih Kita berdua


Jangan Bimbang sayang
Kita Harungi bersama berdua selamanya
Sampai Ke hari tua
Mencintaimu

Kaulah Watak utama dalam setiap drama
Yang Sering dimainkan menjadi kegilaan
Begitulah Kita ditakdirkan untuk bersama

Jika Ku air wudhumu menjadi seri mu
Dalam Lima waktu
Jika Kau kuat percaya akulah jodoh mu
Jaga Mu selalu


Thursday, 15 March 2018

CEGAH GASTRIK DENGAN G-STORM 360 DARI ELLVITA





CEGAH GASTRIK DENGAN G-STORM 360 DARI ELLVITA. Assalamualaikum. Hanya yang alami gastrik je tahu macam mana nak terangkan sakitnya tu kan. Seingat Cik Rose, masa sekolah menengah dulu, Cik Rose pernah kena gastrik. Sekejap, sekejap sakitnya tu menyerang. Aduhai memang sakit. Tapi, lama-lama ia hilang sendiri bila Cik Rose dah meningkat dewasa. Agaknya sebab selalu makan on time. Hahaha. 

Gastrik adalah penyakit atau gejala perut yang menyebabkan anda tidak selesa. Pernah tak korang tersalah makan, lepas tu sakit perut dan cirit-birit?. Pastinya ianya membuatkan anda tidak selesa dan kadangkala tidak mahu bergerak ke mana-mana.


Cik Rose perasan, kalau makan kangkung atau terung dulu, mesti sakit! Sebab tu memang elakkan dulu. Alhamdulillah, sekarang dah tak alami gastrik. Namun, mak Cik Rose mengalami gastrik. Kesian pula. Tak boleh salah makan. Tak boleh makan lambat. Tak boleh makan banyak dalam satu masa. Banyak nak kena jaga. 

Kat sini , Cik Rose share cara mencegah gastrik. Moga bermanfaat untuk semua. 

Cara mencegah gastrik:
1. Makan mengikut waktu
2. Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.
3. Elakkan minuman bergas dan alkohol.
4. Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.
5. Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut. Namun jangan minum susu dengan perut kosong terutama pada waktu pagi.

Ok, kat atas ni adalah G-STORM 360 . Cik Rose nak kongsikan tentang satu produk yang boleh mencegah dan merawat gastrik. Ada banyak cara yang boleh kita lakukan, ini adalah salah satu usaha kita. Tak salah mencuba kan. Mana tahu, ia serasi dengan korang. Cubalah.


G-STORM 360 ini diformulasi oleh Dr Zara, seorang doktor perubatan. G-STORM 360 adalah minuman pra-campuran super goat asli yang mengandungi 22 bahan penting  yang sesuai untuk diminum oleh seisi keluarga. Antara ramuan yang terkandung di dalamnya adalah peppermint, manna gum, black seeds, yogurt, apple, spinach, banana, almond, aloevera, brocolli, white kidney beans, tomato, carrot, clove flower, turmeric, barley glass, green tea, ginger, fennel seeds, f.o.s, Goat milk dan stevia. Semua bahan ini  bagus untuk mereka yang mempunyai masalah pedih ulu hati, gastrik, kerap sendawa,  muntah dan juga masalah penghadaman.



KEISTIMEWAAN ellVita G-STORM 360'

* Rasa pudina yang menyegarkan dan sedap
Segar dan boleh diterima tekak. Jangan takut akan rasanya. hihi. Sedap tau. Korang bancuh dengan air sejuk. Nak senang, letak dalam shaker jer. Korang goncang-goncang dengan air sejuk. Nyum nyum sedapnya!


* Diformulasikan dengan 22 makanan beralkali yang sangat baik  untuk perut.
Yes, macam yang Cik Rose dah terangkan kat atas tu.. banyak khasiatnya tau. Don’t worry ya. 



  *  Diperkaya dengan nutrisi penting
Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya, mengandungi nutrisi- nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh kita. 
  * 100% Organik
  * Tanpa bau hamis
Ada sesetengah orang takut nak cuba. Bula sebut je susu kambing, risau akan bau hamis kan. Jangan risau ya. Yang ini sama sekali tidak berbau. Lazat uols!
  * Tanpa campuran susu skim atau susu lembu
   * Tanpa mineral sintetik
  * Bebas dari bahan GMO (Genetically Modified Organism)
* Tiada krimer tenusu



Untuk pesanan atau maklumat lanjut, boleh rujuk di bawah ya : 

Hotline: 019-2020 911
Website: www.ellvita.com
Facebook : ellVita Hq
Instagram : ellVita Hq

Ok, jom saksikan sedikit review dari Cik Rose :