Tuesday, March 06, 2018

Gatal-gatal tapi tak tahu apa puncanya



Assalamualaikum. Hai, apa khabar semuanya? Moga baik-baik sahaja. Cik Rose dah dua tiga hari ni demam selsema batuk. Musim agaknya. Tengahari panas sangat rasa bahangnya. 

Ok, kali ni Cik Rose nak bercerita tentang gatal-gatal. Sebenarnya kulit Cik Rose bukanlah dalam kategori sensitif. Sebelum ni nak guna sabun apa pun boleh jer. Siap tukar-tukar. Dan Cik Rose memang suka beli sabun dan shampoo. Asal ada yang baru je nak cuba. Asal ada yang wangi(terutama jenis fruity) je beli.

Sampailah sejak dua bulan lepas, kulit Cik Rose macam gatal-gatal. Tapi bukan di semua tempat dan bukan juga gatal-gatal yang ada biji atau bintat tu. 

Cik Rose tak tahu apa puncanya. Cik Rose ada juga beli ubat dari farmasi. Tak jalan ubat yang Cik Rose guna. Tukar sabun, dari yang murah hingga yang mahal. Masih juga tak lega.

Sampailah ayah Cik Rose bawa ubat mandian dari Kedah. Kecil je botolnya. Guna dalam dua tiga titik jer. Warna pink cecairnya. Alhamdulillah lega.

Sekarang, Cik Rose kurangkan makan ayam.  Nak stop tu, macam tak dapat lagi sekarang. Hikhik. 

Baru-baru ni, Cik Rose ada beli sabun (body wash) Marine Essence. Beli dari officemate. Sajalah nak cuba. Mana nak tahu, serasi dengan kulit kan. 


Kita berusaha selagi terdaya. Insyaallah, ada jalan. Baru cuba dalam seminggu. Tapi, tak guna hari-hari. Selang-selang juga. Konon tak nak kulit terkejut. Hihihi.

Korang pernah cuba tak? Sharelah dengan Cik Rose.

Ini bukan entry berbayar. Hahaha. Ini entry tanya pendapat. Thank you!

13 comments:

  1. penah cuba sabun marine ni yang jenis buku.. wangi =D

    ReplyDelete
  2. Biasa nampak produk ni tapi zaza blm try lagi kak.. So tak dapat nak beri pdapat. :)

    ReplyDelete
  3. pernah cuba lagi tapi pernah la tengok produk ni. Akak kita pun ada jual produk ni sebenarnya

    ReplyDelete
  4. mungkin jugak alergi pada makanan kak...mgkn ade benda yg akk xboleh makan sbnrnya..cuba pi klinik check darah..

    ReplyDelete
  5. pernah cuba cik rose..memang best sgt..bau pun wangi je

    ReplyDelete
  6. Tak pernah try.. lani pon cik en tgh gatal2 belakang leher

    ReplyDelete
  7. makan ayam boleh buat gatal ke?Selalunya sebab makanan laut je yang akak tau..

    ReplyDelete
  8. Ramai kata bagus produk nih Rose. Tapi akak belum cuba lagi

    ReplyDelete
  9. member aida ada jual ni.
    tapi tak pernah la aida beli.

    ReplyDelete
  10. Org kata marine produk ni bagus terutama utk rambut

    ReplyDelete
  11. Klu utk rambut gugur boleh tak nak Cuba cari syampu yang elak rambut gugur

    ReplyDelete