Breaking

Sunday, 25 March 2018

MISI DEKAD BAHARU JOHOR | MEREALISASIKAN VISI JOHOR BERKEMAJUAN

MISI DEKAD BAHARU JOHOR |MEREALISASIKAN VISI JOHOR BERKEMAJUAN

Sejak Mei 2013, Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah memperkenalkan banyak inisiatif yang meletakkan keperluan dan hasrat Bangsa Johor sebagai keutamaan. Ini adalah untuk memastikan rakyat yang meletakkan amanah dan bergantung harap kepada Kerajaan yang bekerja untuk mereka merasai sendiri inisiatif-inisiatif yang diwujudkan. Insyaallah,  Johor akan menjadi kuasa ekonomi dan berkemajuan untuk diri kita, keluarga dan negeri ini. 




VISI & PELAN UNTUK JOHOR HARI INI DAN MASA HADAPAN 
Memetik kata-kata YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN, Menteri Besar Johor pada Mei 2013 : 

 “Saya berikrar untuk membawa negeri Johor kepada satu pembangunan yang bersifat inklusif lagi bersepakat, pentadbiran yang mesra rakyat lagi telus, membentuk dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang berasaskan limpahan yang saksama, serta pembangunan yang mengutamakan pencapaian’’ 





Misi Membangun Dekad Baharu Johor

MELETAKKAN KEPERLUAN DAN HARAPAN RAKYAT SEBAGAI KEUTAMAAN MELALUI SUARA HATI JOHOR

Kerajaan yang berwibawa adalah kerajaan yang boleh menterjemahkan hasrat rakyat, idea rakyat dan kemahuan rakyat dalam bentuk dasar dan strategi yang memakmurkan dan mendatangkan rasa sejahtera pada bangsa”
YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN | MENTERI BESAR JOHOR | 31 MEI 2014


PELAN SUARA HATI JOHOR
Ia merupakan satu pelan pencapaian berlandaskan pemantauan, ukuran dan berstrategi bagi menangani fokus-fokus utama keperluan dan kehendak rakyat. Pelan ini mendukung 3 Gagasan Utama Pendtadbiran Kerajaan Negeri Johor iaitu Merakyatkan Kerajaan, Memperkasa Muafakat Johor dan Pembangunan Pro-Rakyat. Pelan ini adalah kesinambungan dari inisiatif rundingan rakyat Kajian Suara Hati Johor yang telah dijalankan hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Universiti Teknologi Malaysia bagi mendapatkan maklumbalas permasalahan pembangunan rakyat di negeri Johor.

Fokus utama bagi pelan ini adalah:

  • Meningkatkan tahap keselamatan
  • Menyediakan perumahan mampu milik
  • Menangani kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat
  • Menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur yang mencukupi
  • Memartabatkan Agama Islam
  • Menyediakanperkhidmatan kesihatan yang mencukupi
  • Meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan


WAWASAN
Johor sebagai negeri berpendapatan tinggi serta sebuah destinasi pilihan untuk pelaburan dan kehidupan yang berkualiti di mana kemajuan dan tradisi bergerak seiring. Ia merupakan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan didorong oleh teknologi baharu, infrastruktur moden, tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, persekitaran perniagaan serta ekosistem yang berdaya maju dan berdaya saing, serta perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.



JOHOR BERKEMAJUAN 
Kerajaan Negeri Johor memperkenalkan Gagasan Johor Berkemajuan sebagai instrumen mewujudkan keseimbangan dalam pembangunan Johor yang inklusif pada masa depan” 


MANFAAT YANG DIRASAI OLEH ORANG JOHOR DI SETIAP PERINGKAT UMUR
Di sini, Cik Rose kongsikan manfaat yang dirasai oleh setiap peringkat umur dari bayi/kanak-kanak, belia, dewasa dan warga emas. Boleh rujuk jadual di bawah ya :






PENCAPAIAN UTAMA NEGERI JOHOR DALAM TEMPOH 2013 HINGGA 2018

  • Johor Prihatin
 - Bas Muafakat Johor telah memanfaatkan ramai penumpang.
- Kedai harga patut IMCOOP telah meringankan kos sara hidup. 

  • Keusahawanan Johor
- Pembangunan keusahawanan yang tersusun.

  • Johor Berkemahiran
- Banyak peluang pekerjaan yang tersedia

  • Johor Islami
-77 buah SAKJ terbengkalai telahpun disiapkan.

  • Johor Connectivity
- Jalan kampung telah dinaiktaraf

  • Johor Selamat
- Indeks jenayah Johor telah menurun.

Untuk lebih terperinci atau lebih senang difahami, korang boleh baca ringkasan di bawah :



KEMAJUAN SEMASA MENGIKUT ASPIRASI JOHOR BERKEMAJUAN

Kuasa Ekonomi Selatan
Johor sebagai kuasa ekonomi selatan.
Tidak dapat disangkalkan lagi kemajuan ekonomi di negeri Johor berkembang saban tahun. 


Keusahawanan Johor
Banyak program-program tang telah dijalankan bagi membantu usahawan-usahawan di Johor. Seharusnya rakyat Johor mengambil peluang ini dan eekaligus meningkatkan kemahiran mereka. 


Perumahan Johor
Harga rumah yang mampu milik oleh rakyat Johor sudah tentu amat dinanti-nantikan. Masih ada rumah yang berharga RM 42,000.00 dan RM80,000.00. Sungguh, bagi Cik Rose ini adalah yang terbaik sekali. Peningkatan harga rumah yang mendadak dalam negara kita, namun rakyat Johor yang berkelayakan masih mampu mendapatkan rumah dengan harga yang rendah!


Johor prihatin.
Terhadap kos sara hidup yang meningkat, kepada nelayan, warga emas, wanita, orang kelainan upaya dan tahap kesihatan. Banyak inisiatif tang telah dilakukan Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan tiada yang keciciran. 


Johor connectivity
Ia meliputi jaringan pengangkutan yang baik, pembangunan infrastruktur,  dan hotspot wifi yang tersedia. Bas Muafakat Johor banyak membantu penduduk setempat dalam aktiviti harian. 



Johor Islami 
Dalam bidang pendidikan, infrastruktur dan lain-lain. Jelas menunjukkan kerajaan Johor serius akan hal ini. 




Johor berkemahiran

Johor selamat, berbudaya dan lestari

Antara fokus Kerajaan Negeri Johor adalah :
  • Prasarana Johor akan dibangunkan dibangunkan pada skala besar-besaran.
  • Perubahan drastik struktur ekonomi Johor dengan berpaksi dan berorientasikan ekonomi masa hadapan.
  • Memantapkan tatakelola kerajaan dan governans yang sesuai dengan keperluan dekad mendatang.
  • Menggandakan usaha besar-besaran untuk memastikan setiap putera-puteri Bangsa Johor dibangunkan pemikiran, bakat dan kemahirannya secara bersepadu.
  • Kelestarian alam sekitar, pemeliharaan budaya dan agama.
  • Kesejahteraan dan keselamatan insan.


Namun, dalam kita merancang dan ingin melaksanakan suatu misi, sudah tentu ada halangan dan cabaran yang ada. Yang perlu kita tempuh bersama-sama. Ianya tidak boleh dilakukan oleh seorang individu, namun penyatuan setiap individu amat diperlukan. 


Antara cabarannya adalah: 
  • Ia hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan yang mempunyai mandat tang besar dan kuat dari rakyat.
  • Memerlukan kepimpinan yang teruji dan terbukti.
  • Memerlukan sistem tang berteraskan prestasi dan kerja keras.
  • Menuntut usaha kolektif dari semua pihak.


Untuk lebih jelas dan terperinci, korang boleh terus ke laman web Dekad Baru Johor di : http://www.dekadbaharujohor.my/

 #TeamJohor
 #DekadBaharuJohor

28 comments:

  1. memang seronok sangat melihat pembangunan di setiap negeri. sangat mencerminkan kewibawaan pemimpin dan kerajaan yang komited demi pembangunan rakyat secara menyeluruh! semoga Johor terus maju jaya! :D

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah..semoga johor terus maju

    ReplyDelete
  3. Johor nampak maju juga sekarang ni berbanding negeri yang lain. Faktor geografi terletak berdekatan dengan negara Singapura juga memainkan peranan...

    ReplyDelete
  4. Tidak dapat dinafikan Johor antara negeri yang maju dan sering mengutamakan kehendak untuk pembangunan rakyatnya. Tahniah orang Johor!

    ReplyDelete
  5. Cik tom bangga duduk kat johor..memang banyak dah pembangunan naik..sekejap je..lagi2 cik tom duduk area iskandar puteri..

    ReplyDelete
  6. Bagus nya program camni. Beruntung pada sesiapa yang berasal dari negeri Johor. Boleh manfaat apa yang negeri sediakan

    ReplyDelete
  7. Seronok baca manfaat untuk rakyat Johor tu..dari baby lagi dah dapat manfaat dari kerajaaan Johor ya..untung lah korang!

    ReplyDelete
  8. Membangun ekonomi dan usahawan sangat bagus. Ramai bangsa johor handal bab perniagaan. Ada yang pandai memasak, jual pakaian dan macam-macam lagi. Sekarang semuanya ada johor, seperti Legoland, IKEA, JPO, Little Red Cube, Ladang buah desaru. Best betul johor sekarang ni. Siapa rakyat johor beruntung. Banyak peluang pekerjaan dah sekarang!

    ReplyDelete
  9. Entri yg plg byk statistik. Mmg tak nafikan johor semakin berkembang tahun ke tahun. Pernah membesar di johor dan tidak nafikan sy bangga dgn perubahan johor hr ini

    ReplyDelete
  10. Johor perihatin dan perumahan tu bagus. Rugi kalau rakyat tidak dapat memiliki rumah di negeri kelahiran. Rata-rata yang berhijrah kerja jauh-jauh pasti nak memiliki rumah di kampung halaman. Macam ruby la. Hahaha.

    ReplyDelete
  11. Johor pun dah maju bukan je kl, teringin juga nak lawat johor tengok sendiri suasana Kat Sana

    ReplyDelete
  12. SA akui negeri Johor memang pesat membangun tak hairan la ramai yang memeilih untuk bekerja di sana termasuk adik SA...kalau lah ada peluang nak je pindah sana..hahahah

    ReplyDelete
  13. tahniah johor..walapun bukan org johor tapi rasa bangga dengan pembangunan dan kemajuan negeri ini.semoga johor akan terus maju di masa akan datang

    ReplyDelete
  14. wow memang beruntung betul jadi rakyat Johor ni kan, pelbagai program menarik & beneficial disediakan untuk mereka semua tak kira peringkat umur! Moga negeri2 lain boleh jadikan contoh hehe 😊

    ReplyDelete
  15. Untung rakyat Johor. Johor semakin hari semakin maju

    ReplyDelete
  16. dah lama tinggal kan johor..mesti sekarang lebih pesat membangun dari dulu..

    ReplyDelete
  17. Bertuahnya rakyat johor dengan banyak program dianjurkan. Johor dah pesat membangun berbanding beberapa tahun dahulu

    ReplyDelete
  18. Johor lebih kedepan dri negeri2 lain..

    ReplyDelete
  19. Jujur kata Johor mmg lain daripada yg lain..."dia" macam majuuuu sangat kehadapan tinggalkan negeri lain..

    48,000 - 80,000 harga rumah, this is insane! like seriously!!

    ReplyDelete
  20. Memang tak dpt dinafikan johor antara negeri maju di malysia. Banyak perubahan berlaku di negeri johor untuk 5 tahun kebelakangan ini. Semoga johor terus maju ya !

    ReplyDelete
  21. Byk aktivity orang Johor. Untung tau.. sejak ada legoland. RMai foreigner kenal johor. Good for the rakyat johor .

    ReplyDelete
  22. Tahniah negeri johor. Memang boleh nampak perubahan sebab banyak pembangunan dekat negeri johor. Untuk rakyat johor sebab banyak kemudahaan dan keistimewaan yang disediakan.

    ReplyDelete
  23. bagusnya pelbagai manfaat untuk rakyat johor.bertuah yang asal dari johor ni

    ReplyDelete
  24. Negeri joJoh makin maju. Itu yang nampak sekarang ni.

    ReplyDelete
  25. Orang Johor memang patut bangga..
    Negeri Johor sudah membangun dengan pesatnya...

    Misi yang baik!

    ReplyDelete
  26. Bangga jadi anak johor. Semoga johor terus maju jaya dan berkongsi rezeki dengan semua rakyat johor.

    ReplyDelete
  27. I feel like Johor has the most improvement...even more than selangor..that drop in crime rate and all the benefits for all ages of people is something that selangor need to start considering too

    ReplyDelete
  28. Wah! so many developments coming up in Johor, looks like its going to be a properous year for Johorians. Kudos to so many affordable homes coming up soon.

    ReplyDelete