Wednesday, March 14, 2018

Nasi Goreng Gearbox Tongkang Pechah, Batu Pahat



Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Pagi ni nak cerita bab makan. hihi. Hari Ahad lepas, Cik Rose dan suami ke Warung D'Harmoni, Tongkang Pechah. Cik Rose baru pertama kali ke sana. Suami dapat tahu dari rakan-rakannya tentang warung ni. 

Apa yang specialnya Warung D'Harmoni ni? 
Gearbox. Ya, pelbagai hidangan berasakan gearbox. Peminat gearbox haruslah singgah makan di warung ni!

Menu di Warung D'Harmoni
Di sini ada nasi goreng gerabox. Korang boleh pilih nak nasi goreng biasa atau nasi goreng kampung. Nasi goreng tersebut dihidangkan bersama gearbox. Suami Cik Rose order Nasi goreng biasa Gearbox. Ada dua gearboxnya. Sedap kata suami Cik Rose.



Cik Rose pula tak makan gearbox. Maka, Cik Rose order Nasi goreng  biasa daging. Agak banyak hirisan daging dalam nasi goreng ni. Dan sedap. Cumanya lain kali nak order, nak cakap nak yang pedas. hihi. Malam tu makan kurang pedas.

Selain nasi goreng, ada juga mee, bihun, keow teow goreng. Dan tentulah ada gearbox. Cik Rose tengok meja berhampiran, ada yang order mee goreng gearbox. Nampak menyelerakan je mee goreng dia. 

Cik Rose singgah makan tu dalam pukul 8 malam macam tu. Warung ni sentiasa penuh jer. Ramai yang singgah makan. Kalau dari Batu Pahat, warung ni sebelah kiri. 

Nak lebih details, korang boleh cari di alamat di bawah ya.


Alamat :
Warung D'Harmoni
Kampung Seri Binjai, 
83010 Batu Pahat, Johor

Yang berada di sekitar Batu Pahat, bolehlah jadikan Warung D'Harmoni sebagai salah satu tempat makan wajib singgah. hihi.




10 comments:

  1. nasib dekat johor
    kalau dekat sini memang sekarang dah serbu
    haha

    ReplyDelete
  2. wah2... nmpak kebesaran gearbox nya tuh... berapa rm nih cik rose kalau ada gear box nya

    ReplyDelete
  3. huyooo gear box pun dah ade nasik goreng skang

    ReplyDelete
  4. Waah, nampak melazatkan betul tu. Shad mmg suka nasi daging 😊

    ReplyDelete
  5. Uit nampak sedap tuh rose...kalau makan nasi goreng ada hirisan dagung yg banyak memg akak suka

    ReplyDelete
  6. Sllu dgr sup gear box..mee bandung gear box..ni nasi grg gear box plak..mesti terbaik ni

    ReplyDelete
  7. Banyak daging tu yang sedap..kita pun tak berapa suka gearbox..heehw..

    ReplyDelete
  8. wow ! nampak sedap dan tiba-tiba terasa laparlah pulak ehehe

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak makan besar macam ni lah.... gearbox dulu dila pernah makan dah lama tak makan nanti kalau jalan boleh singgah restoran ni,,,

    ReplyDelete