Monday, 30 April 2018

KEHANGATAN PRU14 : PARLIMEN BATU PAHAT, JOHOR

SUMBER : SINAR HARIAN

Assalamualaikum. Demam pilihanraya dah bermula. Sana sini orang bercerita tentang pilihanraya. Namun, jangan sampai bermasam muka, dan bergaduh. Adatlah jika kita berlainan pendapat, namun jangan sampai memakan diri dan memusnahkan silaturrahim. 

Cik Rose ingin berkongsi tentang Batu Pahat, Johor. Insyaallah, bakal mengundi di sini. Menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), PKR dan Gagasan Sejahtera.
Calon BN Parlimen Batu Pahat, Haliza Abdullah menentang calon  PKR, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan calon Gagasan Sejatera, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.

pssst perasan tak Cik Rose tukar template blog baru? hihi. Saja buat perubahan, setelah template lama gagal menyerlah dan mencapai piawaian yang Cik Rose tetapkan. 

Sesekali kena buat perubahan, jangan kekal di takuk lama sahaja.
Kita tengok pula pencapaian template ni nanti. 

Eh, Cik Rose baru perasan yang agak lama tak updated entry. Hampir seminggu. Maklumlah kesibukan melanda. Sibuk apa tu? Insyaallah Cik Rose ceritakan di entry seterusnya nanti. 




Tuesday, 24 April 2018

Menang Cabutan Bertuah Minggu Saham Amanah Malaysia Batu Pahat




Menang Cabutan Bertuah Minggu Saham Amanah Malaysia Batu Pahat. Assalamualaikum.

Sedang berlangsung Minggu Saham Amanah Malaysia di Stadium Batu Pahat bermula 19 April hingga 25 April 2018.

Esok merupakan hari terakhir, dan pasti ramai yang sedang menantikan detik-detik pengumuman cabutan bertuah. 


Banyak hadiah yang telah disediakan. Cabutan bertuah terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama adalah pada 19 April yang lalu.

Manakala esok pula cabutan bertuah sempena penutup Minggu Saham Amanah Malaysia. 

Cik Rose sendiri tidak ketinggalan menyertainya. Hihi. Apa salahnya kita mencuba kan. Ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, cuba lagi nanti. 

Untuk keratan cabutan bertuah boleh didapati di akhbar-akhbar tertentu seperti Kosmo, Metro, Sinar Harian dan Utusan. Surat khabar berbahasa Cina dan Tamil juga ada, cumanya Cik Rose tak pasti nama akhbar tersebut.

Yang membuatkan debaran melonjak adalah masa untuk isi keratan akhbar tu adalah terhad. Macam untuk penutup esok, kita boleh beli akhbar dari 23 April hingga 25 April 2018. 

Cuma untuk isi dalam tabungnya adalah pada 25 April sahaja. Tak dapat isi awal. Hihi. 

Gigih Cik Rose dan rakan memcari surat khabar pagi tadi. Dapatlah juga beberapa suratkhabar, kena campur-campur. Hihi. 

Kosmo cepat je habis sebab paling murah kan. Seringgit. Jika nak dibandingkan dengan akhba lain, harganya ada yang Ram1.20 hingga RM1.50.

Moga ada rezeki buat kita yang menyertainya. Aminn.


BELI BAJU RAYA YANG CANTIK DAN MURAH DI SWEET MUSLIMAH

BELI BAJU RAYA YANG CANTIK DAN MURAH DI SWEET MUSLIMAH. Assalamualaikum. Dah nak menghampiri bulan Ramadhan, kemudian bulan Syawal. Eh, dah nak raya ni. 

Dah ada ke baju raya? Saat -saat macam ni, tempahan baju raya memang dah tutuplah. Lainlah kalau pandai jahit sendiri baju kan. Time mcam ni, kalau beli kain pun, dah tak sempat siap untuk pakai raya!

Alamak, macam ni?

Beli baju raya di SWEET MUSLIMAH 

Ya, di SWEET MUSLIMAH, banyak pilihan warna dan fesyen. Aih, rambang mata tau. Semua cantik-cantik uols.


Kat mana nak beli baju kurung yang cantik dan berkualiti setanding dengan harganya? Kat mana lagi kalau bukan di SWEET MUSLIMAH . Bukan baju kurung biasa tu. Ni baju ada pattern sikit. Kurung moden gitu! Cantik tau. KURUNG SOFIA EDORA diberi nama.



1. Material High Quality MOSS CREPE
2. EASY IRON (Suggest pakai steam iron)
3. LEMBUT & RINGAN. Kalau basuh cepat je KERING
4. MESRA WUDHU, ada butang di hujung lengan
5. BREASTFEED FRIENDLY, senang nak menyusu baby. Ada butang di bahagian dada
6. SIDE POCKET di tepi baju, senang nak simpan henpon
7. Bentuk Pungung terlindung sbb baju LOOSE cutting
8. SKIRT A CUT yang ringkas & bila jalan mudah je.Tak ketat
9. Skirt sangat selesa sbb GETAH yg digunakan getah yang mantap dan kemas



Jomlah cuci mata di SWEET MUSLIMAH


Raya dah nak dekat, jangan risau kalau belum beli baju lagi. Ada pelbagai pilihan yang ada. Ada pelbagai saiz. Semua orang boleh bergaya di hari raya nanti :)

Klik je link yang Cik Rose sediakan di atas untuk pembelian ya. Selamat membeli belah .


Monday, 23 April 2018

Bilakah Waktu Subur Wanita Untuk Mudah Hamil

Assalamualaikum. Setiap pasangan yang berkahwin inginkan anak. Namun, di sebalik usaha yang kita lakukan, ia juga berbalik kepada soal rezeki. 

Jangan sesekali kita lupa untuk berdoa agar dipermudahkan mempunyai anak. Cik Rose tak berniat nak ceritakan soal peribadi. Cuma ingin kongsikan doa agar dikurniakan anak, iaitu Doa Nabi Ibrahim. Seperti di bawah ini :



Bilakah Waktu Subur Wanita Untuk Mudah Hamil?

Hari ni Cik Rose nak kongsikan tentang cara kira waktu subur bagi wanita yang ingin mendapatkan anak. Ada sesetengah wanita yang masih kurang jelas tentang pengiraan waktu subur. 

Jadi, di sini Cik Rose ringkaskan serba sedikit untuk panduan kita bersama.

Kitaran Haid Wanita


Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi setiap wanita ada kitarannya sendiri. Ada yang 25 hari dan ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Fasa di dalam kitaran haid. 

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR WANITA?

Katalah kita period 28 hari, maka hari subur ialah 
28 hari - 14 hari = 14 hari. 

Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT


Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!hihihi), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

SINOPSIS DRAMA MR GREY DI ASTRO

Sinopsis Drama Mr Grey di Astro Ria


SINOPSIS MR. GREY
Mengisahkan Mr.Grey (Malique Gregory Kamal) dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. 

Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?

WATAK PELAKON 
Fendy Bakry sebagai Mr.Grey
Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina
Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad
Lisdawati sebagai Datin Musalmah
Gambit Saifullah sebagai Mr Red (Reid Kamal)
Mardiana Alwi sebagai Kak Ain
Rahim Jailani sebagai Tok Grey
Kamal Bakar sebagai Tuan Syed Hamis
Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah

Sana sini orang bercerita tentang drama Mr Grey. Cik Rose pun tak terlepas untuk menonton. Suka dengan lakonan Eyra Hazali. Loghat utara dia tu best! hihi. 

Drama ni pun tak berat, santai-santai jer kan. Boleh diterima setiap lapisan masyarakat. Amboi, ayat dah macam ayat promo. 

Saja Cik Rose kongsikan sinopsis drama Mr Grey ni, agar tak ketinggalan dari arus semasa. haha.

Friday, 20 April 2018

Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 di Batu Pahat, Johor




Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 di Batu Pahat, Johor


Assalamualaikum. Semalam iaitu pada 19 April 2018, Cik Rose berpeluang menghadiri Majlis Pembukaan/Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 atau secara ringkasnya MSAM 2018. 

Program ini bakal berlangsung selama seminggu iaitu mulai 19 April 2018 hingga 25 April 2018.

Cik Rose pergi bersama rakan-rakan tempat kerja. Seawal jam 9 pagi kami ke sana. Program ni di Stadium Batu Pahat, atau lebih tepat di Dataran Batu Pahat. Dekat je dengan office Cik Rose. 5 minit perjalanannya. 

Sampai je, kita bergambar kenanganlah dulu. Smile uols...
Ramai lagi yang join, tapi terpisah bila dah sampai. Sebab ramai sangat pengunjung! 


Pintu untuk pendaftaran di buka pada jam 10 pagi. Wahhhh sebaik sahaja kami masuk,  Cik Rose teruja! Patutlah lama betul persiapan venue ni. Hebat! Tahniah buat mereka. 

Masuk je pintu utama, kami perlu daftar dahulu untuk mendapatkan gelang yang mempunyai bar code. Kad pengenalan diperlukan untuk mendaftar. Jangan risau, banyak kaunter disediakan. 


Tadaaa... kami dah daftar! Hihi. Kenapa pakai gelang ni? Dalam ni ada banyak booth di buka. Contohnya Maybank, Pos Malaysia, Perodua, Bank Negara dan banyak lagi. Di setiap booth, ada disediakan scanner. Di mana kita boleh scan bar code di gelang kita. 

Sambil-sambil kita jalan cari info dan menjalankan urusan kat dalam tu, bolehlah kita kumpul point. Nanti di pintu keluar, kita boleh tebus hadiah! Siapa yang tak nak hadiah kan. 


Sebelum masuk ke booth-booth yang disediakan, apalagi bergambar satu. Aih cantiklah pulak lampu ni kan l. PNB -Permodalan Nasional Berhad.


Masuk dalam tu, rajin-rajinlah singgah booth. Hihi, nanti dapat cenderahati. Buku nota, pen, beg dan lain-lain. Hihi.


Program ni dirasmikan oleh Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak. Jadi,bila dah daftar tu kami terus melangkah ke dewan utama. Niatnya nak dengar dulu ucapan Dato' Sri Najib, lepas tu barulah jalan-jalan ke booth. 

Tapi, sebaik sahaja kami masuk dewan utama, aduhai ramainya orang. Eh ada lagi awal rupanya. Hihi. Kerusi dah penuh dah. Tak ada tempat kosong. 

Jadi, Cik Rose dan beberapa orang rakan lagi ambil keputusan untuk keluar dari dewan dan pergi jalan-jalan ke booth yang disediakan. 

Selepas kami keluar dari dewan utama sebab tak dapat nak duduk tu, kami pun jalan-jalanlah untuk mengumpul ‘point’. Hikhik. 

Eh eh tak sah lah kalau tak bergambar. Hihi. 


Cik Rose sempat check maklumat c-cris di booth Bank Negara. Alhamdulillah, nama clear. 

Kemudian, sempat juga menjawab survey di booth lain.(Cik Rose lupa pula booth apa) hikhik.

Sempat juga masuk peraduan dan cabutan bertuah. Ye ye je isi borang, tapi tak tunggu pun waktu pengumumannya. Hihi. Cik Rose berjaya kumpul 80 point, dapatlah beg. Hihi. Nak payung, tak cukup pula point. Haha.

Oh ya nak tahu tak. Ada cabutam bertuah di sediakan sepanjang program ini berlangsung tau. Borang penyertaan ada di beberapa buah akhbar tempatan. Alhamdulillah, Cik Rose dapat satu borang. Kawan office bagi, ambil dari akhbar Kosmo. 

Ada pelbagai hadiah disediakan. Dari hamper, iron, basikal, motosikal, kereta hinggalah ke rumah! Siapa yang tak nak kan. 

Masa cabutan nanti, dorang akan call kita dalam tiga deringan jer. Tut tut, tut tut, tut tut. Kalau kita tak angkat, dorang akan buat cabutan lain. Kalau kita angkat, kita perlu datang dalam masa 15 minit! 

Pakat dok pegang handphone masa tu kami semua ni. Hihihi. Tapi, untuk hari pertama, tak ada pula dapat panggilan. Hihi.

Majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Cuma satu je Cik Rose rasa nak tegur. Pintu keluar. Susah nak cari, berpusing-pusing kami dalam tu nak keluar tak boleh. Kitorang hanya dibenarkan keluar melalui pintu utama untuk keluar. 



Pintu banyak, tapi tak dapat nak keluar. Ada anggota keselamat jaga, dan tak benarkan kami keluar.  Tapi, Cik Rose faham. Perkara ni sebab nak pastikan kelancaran program dan tak nak nampak serabut atau kelam kabut. 

Apapun tahniah buat semua yang terlibat dalam program ni. Acara penutup adalah pada 25 April 2018.




Wednesday, 18 April 2018

ALTHEA BARE ESSENTIALS REVIEW | MILIKI KULIT WAJAH SEPERTI WANITA KOREA!

ALTHEA BARE ESSENTIALS REVIEW | MILIKI KULIT WAJAH SEPERTI WANITA KOREA! Assalamualaikum. Siapa minat tengok drama Korea? Cik Rose ni memang suka tengok, dan tiap kali tengok artis wanita Korea, mesti berbisik dalam hati. Hai, cantiknya kulit dia. Bersih jer. Kan best kalau dapat kulit bersih macam tu jugak.





Baru-baru ni Cik Rose diberi peluang untuk mencuba set penjagaan wajah dari Korea!   
ALTHEA BARE ESSENTIALS
Siapa yang tak teruja kan. Nak juga tengok sesuai ke tidak dengan wajah melayu Cik Rose ni. hihi. Tadaa... Melihat pada kotaknya yang berwarna pink lembut ni pun dah buat hati Cik Rose berbunga riang.



Apa yang ada dalam kotak Althea ni?

Bare Essentials 3 Step Skincare Routine

  • The Contour Cleanser (150g)
  • The Primer Water (200ml)
  • The Fixer Cream (50g)
  • Bare Essentials Sample Sachet
  • Mirror
  • Althea Marble
Untuk lebih jelas, jom tengok video unboxing dari Cik Rose ni :


Suka betul Cik Rose dengan packaging Bare Essentials ni.Warna putih, nampak minima tapi menarik! 3 langkah penjagaan wajah yang amat penting. Kalau rajin, buatlah lebih seperti pakai mask, scrub, serum dan lain-lain. Tapi, yang asasnya adalah cuci wajah, pakai toner dan krim pelembab. 



Bila dapat sahaja set Althea Bare Essentials ni, Cik Rose berhenti perlahan-lahan pakai set penjagaan wajah sedia ada, kerana tak nak kulit Cik Rose terkejut. Korang pun janganlah main pakai je sembarangan. Nanti tak nampaklah perubahan dan takut pula kulit kita 'terkejut'.



Contour Cleanser  (RM23)

Langkah pertama, pembersih wajah. Jika melihat dari keterangan produk, ia :
  • Mengandungi Kapsul mikro untuk pengelupasan lembut untuk 
  • menghilangkan kulit mati dan memberi kulit baru yang halus mulus.
  • Mengandungi bahan seperti Ice Plant yang juga menghidrat dan membantu mengurangkan  kemerahan, manakala Lemon myrtle kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk menguatkan kulit.
  • Contour cleanser ini juga dapat memberikan wajah kita V Shape, dengan pemakaian yang berterusan.
Review Cik Rose
Sebaik sahaja kali pertama mencuba, Cik Rose tertarik dengan baunya seakan-akan lemon. Tekstur dia pun ada biji-biji tu. Best sangat bila cuci wajah, macam skrub pulak rasa. hihi. Selesai cuci muka, rasa sejuk je muka. Fresh! I like. Alhamdulillah, sepanjang penggunaan contour cleanser ni, kulit Cik Rose ok jer. Tak ada alahan apa ke, tumbuh jerawat ke. Elok jer, bersih. 
Teruskan penggunaan? YES. Akan diteruskan sebab memang betul-betul best. Dan tak sabar nak dapatkan V Shape. hihi.



Primer Water (RM43)

Langkah kedua selepas mencuci wajah, tentulah toner kan. Ia diformulasi “dewdrops” yang melembutkan kulit dengan perlahan-lahan dan menutupi jurang antara liang roma dan kulit. Ia juga mengandungi bahan seperti snow lotus yang mampu melicinkan dan mencerahkan kulit dan melancarkan keadaan kulit yang tidak sekata.

Review Cik Rose

Serius cakap, yang Cik Rose jarang sangat pakai toner. Beli beria-ia, pakainya tidak. Tapi, bila guna Primer Water dari Bare Essentials ni, lain pula. Asyik nak pakai jer. hihi. Best semacam! Tak buat wajah melekit dan terlalu lembab. So nice orang kata. Sekarang ni, setiap kali lepas cuci wajah, mesti nak pakai Primer Water. Cik Rose perasan, lepas pakai rasa lembut je wajah. Dan nampak licin jer. Teruskan penggunaan? YES. Tak sabar nak tunggu hasilnya. Nak tampak glowing!



Fixer Cream (RM50)

Langkah ketiga adalah krim pelembab. Iya, itulah Fixer Cream. 
Ia mengandungi :
  • Trehalose – Humectant yang berkuasa mengekalkan kelembapan pada kulit 
  • Teh Hijau Liar – Menghidrat, menenangkan kulit dengan antioksidan
  • Baobab Tree Extract – Ejen pelembap yang tidak berminyak yang membantu mempromosikan pengeluaran kolagen 
Review Cik Rose

Nak displinkan diri sebelum ni pakai krim pelembab memang susah. Sebab kebanyakkan krim pelembab membuatkan wajah Cik Rose kelihatan 'basah' atau berminyak. Walaupun kulit Cik Rose adalah kulit normal, tapi memang tak sesuai kalau pakai krim pelembab. BErbeza dengan Fixer cream ni. Cik Rose pakai, ia tak membuatkan wajah Cik Rose berminyak tapi lebih kepada lembab dan lembut. Asyik nak pegang je wajah sendiri! hikhik. Teruskan penggunaan? YES. Bila pakai fixer cream ni, nak pakai foundation senang je blend. Cantik hasilnya!



Cik Rose sangat berpuas hati dengan Bare Essentials dari Althea ni. Dan Cik Rose berkongsi kebaikannya agar sama-sama kita cantik berseri. Tak nalah sorok-sorok kan. hihi. 

Dengan harganya yang amat berpatutan, kualiti yang terbaik, eh mana nari lagi kan. Cubalah langkah mudah penjagaan wajah Althea Bare Essentials ni. Gerenti tak cari lain. 



Althea juga menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian Bare Essentials dan percuma satu unit cermin limited edition. Korang kenalah cepat, takut habis pula cermin tu. 

Untuk makluman lanjut dan pembelian bolehlah ke :

Website : http://www.althea.kr/
Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea



#AltheaKorea #AltheaBE #AltheaBareEssentials #BareEssentials

Monday, 16 April 2018

Buat Air Detox Sendiri Di Rumah Guna Lemon dan Epal Merah


Assalamualaikum dan selamat petang. Hai semua. Apa khabar? Sekarang ni ditempat Cik Rose, dah dua tiga hujan petang dan malam. Sejuk cuaca. Alhamdulillah.

Cerita bab nak kurus ni sampai bila tak sudah. Hihi. Niat berkobar-kobar, tapi nak buat tu terbatas sikit. 
Eh entry kali ni tak nak cerita bab kurus dah. Cuma nak kongsikan tentang minuman berkhasiat.

Air Detox.

Dulu pun Cik Rose pernah buat air detox dan displin. Cuma kadang-kadang susah nak dapat buah lemon. Tu yang kejap buat kejap tak. 

Cik Rose pernah buat air lemon sahaja. Kemudian pernah juga buat campuran lemon dan strawberry. Serius sedap sangat. Hahaha. Macam have-have je rasa bila buat air detox guna strawberry. Hahaha.

Pernah juga buat epal hijau, epal merah dan kayu manis. Sedap juga. Yang ni kalau rajin, rebus dulu sekejap.

Air detox lemon campur epal merah.

Kali ini, Cik Rose guna campuran buah lemon dan epal merah. Terasa nak displin balik minum setiap hari. Tapi bukanlah Cik Rose habiskan satu botol besar tu sehari. Tak mampu lagi. Hihi. 

Sekali buat, kena dua bekaslah. One for me and another one for you. Hihi. Siapa you tu? Suamilah. Hikhik.

Moga terus displin.

Selalu Cik Rose buat malam dan boleh minum esok harinya. Cik Rose guna setengah biji lemon dan epal merah untuk satu botol. Sebenarnya guna lemon je pun boleh. Cik Rose ni yang saja nak cuba letak epal merah. 



Thursday, 12 April 2018

Nak Kurus Kena Kuat Semangat




Nak kurus kena kuat semangat. Assalamualaikum. Selamat petang! Bila sebut kurus, ramai yang suka topik ni kan. Semua berlumba-lumba nak kurus. 

Betullah kata orang. Perjalanan nak kurus tu penuh berliku. Kena kuatkan semangat, kena berdisplin, kena gigih. Jangan hangat-hangat tahi ayam. 

Macam adik Cik Rose. Dia senaman sambil amalkam atkins, cepat berat dia turun. Dia lelaki, bila dah dapat turunkan berat badan, sekarang dok usaha nak sado pulak dah. Hahaha.

Kakak Cik Rose pula amalkan atkins sahaja. Berat dia turun juga. Sekarang dah kurus macam zaman anak dara. Memang cekal hati. Hari-hari ambil air masak sahaja. 

Cik Rose ni jer yang tak terikut. Sebab berjauhan dari dorang kot. Tak ada sumber inspirasi katanya! Ha ha ha alasan!

Nak kurus, amalkanlah gaya hidup yang sihat. Jangan buat keputusan terburu-buru dengan mengamalkan ubat-ubatan yang tak baik untuk kesihatan. Kesannya nanti buat kita menangis!

Eh ada orang share, badan dah kurus kering, dengan caption ‘dah gemuk’. Haha. Rasa nak sumbat kek dalam mulut dia! Oh please lah kalau nak perhatian pun jangan cakap macam tu! 

Walau apapun bentuk badan kita, kecil besar, kurus gemuk, tinggi rendah, yang penting kita jaga kesihatan kita baik-baik. Badan sihat tu yang penting, bukan bentuk fizikal. 

Kepada yang sedang berusaha nak turunkan berat badan, semoga berjaya! 




LAGU DI MATAMU NYANYIAN SUFIAN SUHAIMI MELEKAT DI HATI PEMINAT!


Assalamualaikum. Lagi Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi melekat di hati peminat! Ya,lagu ni mendapat perhatian peminat sebelum ia dilancarkam secara rasmi.

Korang bayangkan lagu belum dilancarkan, tapi ramai yang dah ‘cover’. Kalau nak senaraikan banyak sangat. Korang cari je di instagram. Memang banyak. Dari artis hinggalah ke peminat. Eh haters ada tak buat ‘cover’ lagu ni? Cik Rose tanya jer, Cik Rose tanya jer. Eh!

Cik Rose pernag kongsikan lirik lagu Sufian Suhaimi ni dalam blog Cik Rose tak lama dulu. Kalau korang dah selalu datang blog Cik Rose, korang pun tahu kan yang Cik Rose memang sukan kongsikan lirik lagu. 

Kesan dari perkongsian liril lagu di matamu  di blog ni, Cik Rose dihujani dengan kata kunci berkenaan lagu ini. 

Cuba korang tengok di bawah ni:



7 dari 10 kata kunci adalah berkenaan lagu Sufian Suhaimi ni. Cik Rose ambil dari Nuffnang. Korang temgoklah tu, ramai yang suka rupanya! 
Memang hot entry litik lagu ni di blog Cik Rose. 

Terima kasih sudi datang ke blog Cik Rose ni :)

DI SEBALIK HARUMNYA BUNGA ROS, ADA DURI TAJAM YANG MELINDUNGINYA





Assalamualaikum. Bila sebut bunga Ros atau Mawar, kita mesti ingat yang bunga ni wangi kan. Dengan pelbagai warna yang cantik. Ada yang lembut warnanya dan ada terang. Ada yang wangi dan ada yang tidak berbau. 

Namun, sedarkah kita bunga Ros dilindungi batang yang berduri. Awas kepada mereka yang berniat mahu memetik kuntuman mawar. Jangan tersalah pegang dan jangan terlalu ghairah mahu memetik bunganya. 

 Cik Rose bukan mahu bercerita dengan lebih lanjut berkenaan bunga Ros. 
Cuma mahu mengaplikasikan dalam kehidupan seharian sahaja. 


Jangan kita lupa semekar-mekar bunga Ros, akan layu akhirnya perlahan-lahan. Dan akan gugur bunganya mengikut peredaran masa.

Tiada yang kekal selamanya. Begitu juga dengan apa yang kita ada. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita. Perlu beringat juga. 

Jika tidak beringat, bimbang hati akan remuk tatkala ianya hilang dari genggaman. 

Cik Rose sekadar bermadah. Bukan bercakap tentang situasi diri mahupun keadaan sekeliling. 


Tatkala melihat kuntuman-kuntuman mawar, hati berdetik. Bunga Ros ni boleh dikaitkan dengan keperibadian seseorang.

Kita nampak bunga Ros cantik, namun ada duri yang melindunginya. Kita nampak seseorang yang lembut, namun di sebalik kelembutannya tersimpan senjata rahsianya juga.

Jangan cuba mencabar atau menguji. Sekali terusik, bagai tertusuk sembilu kesannya. 

Eh bermadah pula kan. Hikhik. 


Wednesday, 11 April 2018

9 Mei Cuti Umum Sempena Pilihan Raya ke 14

Assalamualaikum. 
9 Mei 2018 diumumkan sebagai cuti umum. Atau cuti kelepasan am tambahan. Sempena hari membuang undi pilihan raya yang ke 14. 



Semua sedia maklum tarikh pengundian yang jatuh pada 9 Mei 2018 iaitu pada hari Rabu. Tarikh penamaan calon adalah pada 28 April 2018. Manakala tarikh undi awal adalah pada 5 Mei 2018.


Apabila tarikh pengundian diumumkan, macam-macam pendapat dan cerita yang keluar mengenainya. Cik Rose tak nak ulas apa-apa, cuma nak bagitahu satu jer. 9 Mei tu special. Sebab apa? Sebab 9 Mei merupakan hari ulangtahun kelahiran Cik Rose. Hihi. 

Nak menganjak lagi usia Cik Rose pada tanggal 9 Mei. Sempat Cik Rose kongsikan di laman fb Cik Rose. Hihi. Takde alasan lagi lupa tarikh birthday Cik Rose. Jangan lupa bagi hadiah. Hahaha. 


Apapun, selamat mengundi bagi yang sudah layak dan yang berdaftar. Jangan lepaskan tanggungjawab anda. Satu undi adalah penting. Ia boleh jadi penentu sesebuah kemenangan atau kekalahan.

Berfikir secara rasional dan jangan ikut hati. Eh juga jangan ikut kawan. Fikirlah untuk diri anda dan masa depan negara. 

Ecewahhhh.. 

Kali ini, Cik Rose akan undi awal iaitu pada 5 Mei. Sebab Cik Rose isteri tentera. Kami akan membuang undi awal sedikit.

Sempat rakan Cik Rose berseloroh yang soalan bocorlah nanti. Sebab Cik Rose dah tahu soalan dan pilihan jawapan yang ada. Hahaha. Tapi. Sorry ya. Tak boleh meniru, nanti cikgu marah. Hikhik.

Mengundi ni adalah tanggungjawab, bukan untuk orang yang minat politik sahaja. Cik Rose tak sependapat dengan pendapat orang bahawa mereka tak minat politik. Malas ambil tahu tentang politik. 

Eh jangan macam tu. Minat tak minat, belakang kira. Yang penting adalah laksanakan tanggungjawab anda dahulu sebagai rakyat Malaysia. Kita sama-sama menggalas tanggungjawab yang sama dan kitalah yang patut dipersoalkan terhadap apa yang berlaku pada negara kita. 

Save the date. 

9 Mei 2018. Hari pengundian. Dan birthday Cik Rose. Rasa bahagia bila cuti dengan seluruh rakyat Malaysia sempena birthday sendiri. Hihi. Rasa diraikan pula. Eh korang... jangan sambut birthday Cik Rose besar-besaran. Cik Rose tak biasalah. Hahahaha.

Marilah kita pergi mengundi. 


Tuesday, 10 April 2018

Menerima Kunjungan Jawatankuasa Audit EKSA 2018

Assalamualaikum. Hari ni, 10 April 2018. Jabatan Cik Rose menerima kunjungan Jawatankuasa Audit EKSA peringkat negeri sebelum Jawatankuasa Audit Ibu Pejabat akan turun 2 minggu lagi. 

Bila sebut EKSA, ada banyak pendapat mengenainya. Kalau dulu, amalan 5S. Kini ianya adalah EKSA. Banyak penambaikan yang dilaksanakan. 



Untuk sudut EKSA, kalau dulu kita perlu menyediakan buku atau folder. Kini seiring dengan perkembangan teknologi, Sudut Maya telah diperkenalkan. Kebanyakkannya memilih dalam bentuk slide.

Namun, berbeza dengan Jabatan Cik Rose. Kamu memilih untuk membina sebuah blog untuk sudut maya EKSA. Jemput follow : eksakastambp.blogspot.com


Kalau korang peraaan url yang tertera adalah .sg. Hihi. Boleh jer buka. Banyak lagi maklumat dan penambaikan yang harus Cik Rose lakukan. 

Sebagai mengalu-alukan kunjungan Jawatankuasa Audit, kami telah menyediakan satu sudut khas dan membuat countdown seperti di bawah.


Apalagi, macam biasa. Pagi-pagi Cik Rose dah bergambar dengan replika tangan yang tertera url blog EKSA. Hihi. Alamak screen komputer boleh sleep pula masa ambil gambar ni. Hikhik.


Kebetulan, ramai pula yang berpakaian warna hijau. Go green gitu! Hihi. Memang tak rancang pun tau.

Audit bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam1.40 tengahari.
Banyak kalau nak tulis pasal Audit kali ni. Tapi, lain kali pulalah. Hikhik.



Tahniah buat semua warga kerja tempat Cik Rose bertugas di atas kerjasama kita. Moga berterusan semangat itu bagi memastikan kita adalah terbaik!


Monday, 9 April 2018

Mencari Katering Yang Murah dan Sedap di Sungai Petani, Kedah

Katering Murah dan Sedap Di Sungai Petani, Kedah. Assalamualaikum
Bukan mudah nak cari katering sekarang ni. Kebanyakkannya menawarkan pakej yang menarik, tapi ada had minimum yang tinggi. Kena 200 orang ke atas. Banyak katering yang menumpukan untuk majlis yang besar seperti perkahwinan dan jamuan. 



Cik Rose nak kongsikan dengan korang yang berada di Sungai Petani, Merbok, dan kawasan sekitarnya. Sebelum ni Cik Rose pernah cerita tentang Sapit Catering yang menawarkan pakej makanan tengahari.

Sekarang Sapit Catering juga menawarkan pakej sarapan pagi. Yeayyy. 


Pakej sarapan pagi serendah RM5. 
Apa yang akan korang dapat? 
Korang boleh pilih sama ada nasi, mee, mihun atau keow teow goreng.
Tiga jenis kuih.
Minuman panas.

Baru-baru ni Sapit Catering menerima tempahan dari pelanggan yang mahukan set sarapan pagi bagi 4 hari berturut-turut. 

Alhamdulillah. 



    Wahhh menarik kan. 
    Korang boleh pilih juga nak kuih apa. Tapi, senarai kuih pihak Sapit Catering akan berikan dahulu. Korang pilihlah 3 jenis yang memenuhi selera. 

    Dengan hanya RM5, masalah tempahan makanan korang dah pun selesai. Tak payah pening-pening. 

    Tak kisahlah untuk majlis apa. Jamuan, mesyuarat, seminar, kursus dan lain-lain. Tapi, ada minimum order untuk pakej sarapan. Kena order sekurang-kurangnya 50 pax.

    Juga cas penghantaran akan dikenakan jika melebihi kawasan tertentu. 


    Kadang-kadang kita ni mana sempat nak sediakan makanan di waktu pagi. Jangan pening kepala, order je dengan Sapit Catering.

    Katering yang sedap dan murah di Sungai Petani.
    Juga di Merbok, Semeling, Bedong dan kawasan sekitarnya. 

    Macam mana nak order?
    Korang boleh terus hubungi Syafiq melalui whatsapp atau call di 0125203766


    Katering di Sungai Petani memang banyak yang sedap-sedap. Cuma, Cik Rose bagi korang pilihan. Sebab Sapit Catering ni menerima tempahan walaupun sedikit. Tu yang best. Sesetengah katering nak sekurang-kurangnya 200 pax, itupun mahal. Sebab harga mengikut kuantiti.



    Kadang-kadang kita ni buat majlis kecil je. Majlis tunang ke, mesyuarat dan lain-lain. Apalagi, terus order je dengan Sapit Catering. 

    Bukan sahaja sarapan pagi. Yang utamanya adalah menu tengahari yang meletop. Set nasi beriani yang menjadi pilihan kebanyakkan pelanggan Sapit Catering. 

    Selamat mencuba!

    Katering Murah dan Sedap Di Sungai Petani, Kedah.

    Friday, 6 April 2018

    Jom amalkan tips untuk hidup lebih bahagia




    Assalamualaikum. 
    Terpanggil untuk menulis tentang tips atau kunci untuk hidup lebih bahagia.

    Bahagia itu pilihan. Semua orang berhak untuk jadi bahagia. Namun bukan mudah untuk mengecapi bahagia. Dan bukan juga susah untuk jadi bahagia.

    Macam mana nak bahagia ni? 

    Ok, di sini Cik Rose senaraikan 9 kunci untuk hidup lebih bahagia.
    Cik Rose pun ambil dari perkongsian rakan -rakan di facebook. 

    Alolo comelnya la hai anak Siti Nurhaliza. Cik Rose suka betul tengok. Hihi. Saja Cik Rose kongsi di sini, inilah Siti Aafiyah. 


    Ok kembali semula pada tips bahagia. 

    Yang pertama adalah Tidak Membenci. 
    Hapuskan rasa benci terhadap seseorang atau sesuatu perkara. Buat apa di tanam rasa benci itu dalam hati? Lebih baik jauhi perasaan benci itu sebelum ia memguasai diri kita sendiri. Say no to hate gitu uols!

    Yang kedua pula adalah Tidak Mengeluh.
    Hentikan mengeluh terhadap apa yang kita tak suka. Tak baik. Jangan terlalu merungut. Belajar untuk saing menerima pendapat. Nanti korang akan rasai perubahan emosi korang. Syukur dengan apa yang kita miliki. 

    Seterusnya adalah Bersangka Baik.
    Sentiasa fikir yang baik-baik, Insyaallah jadi baik-baik nanti. Jangan memandang serong terhadap orang!

    Keempat adalah Merendah Diri.
    Tak jatuh pun ego dan maruah kita kalau kita merendah diri. Malah, kalau kita merendah diri, kita akan lebih dihormati.

    Yang kelima adalah Mudah Memaafkan.
    Belajarlah memaafkan orang lain. Sentiasa ingatkan diri yang semua orang melakukan kesilapan. Mana tahu nanti kita juga akan melakukan kesilapan ? 

    Keenam pula adalah Hindari Permusuhan.
    Yer, terapkan aura positif dalam diri kita. Jangan nak gaduh -gaduh dengan orang sekeliling.

    Seterusnya adalah Bersedekah. Rajinkan bersedekah. Tapi janganlah sampai riak ya. 

    Yang ke lapan adalah Selalu Tersenyum. Senyum -senyum selalu. Ceria-ceria selalu. Jangan masam jer. Hihi. 

    Yang terakhir adalah Tidak Dengki dan Irihati.
    Kalau dengki yang positif tak apa. Contohnya kawan kita berjaya dan kita dengki dengan dia. Dek kerana perasaan itu, buatkan kita jadi lebih berusaha untuk berjaya. Tapi janganlah dengki negatif. Tak senang duduk dengan kejayaan orang lain sampai sanggup melakukan perkara tak baik.


    Sekian tips bahagia dari Cik Rose. Hihi.