Breaking

Sunday, 1 April 2018

1 April | Happy Birthday Kakyang



Assalamualaikum. Hari ni, 1 April. Hari ulangtahun kelahiran kakak Cik Rose, Kakyang. 

Menginjak ke usia 31 tahun. 
Happy birthday Kakyang!
Moga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik... Dipermudahkan urusan menuju kebaikan. 


Kejap je masa berlalu. 

Tiba-tiba Cik Rose jadi sayu. Maklumlah bila dah berjauhan ni, mulalah teringat kenangan masa kecil-kecil. Kenangan di awal usia remaja. Kenangan masa belum berkahwin.

Adik beradik.

Cik Rose ada lima beradik. Dua orang kakak, seorang abang dan seorang adik lelaki. Ada hikmah kenapa Cik Rose tak ada adik perempuan. Cik Rose kuat cemburu! Hahaha.. 

Hubungan masa kecil tak mungkin terulang, tetapi tetap kekal dalam ingatan. Kenangan suka, kenangan bergaduh! Hihi.

Kuat bergaduh. Biasalah adik beradik. Tarik rambut, cubit, tampar, semua dah kena. Cik Rose tak boleh lupa, kalau bergaduh dengan kakak dan adik. Cik Rose jenis yang suka baling barang dulu. Allah.. tak tahulah baran ke apa. Tapi, jenis Cik Rose, kalau tak dapat balas balik cubit/tampar, Cik Rose akan baling barang dorang. Aduhai.. nasiblah sekarang dah berubah. Dengan abang je tak pernah bergaduh rasanya. 


Bila dah besar-besar ni mestilah rindu kan.

Adik beradik ni, kalau bergaduh pun tak lama. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.. 

Along, Ayie, Kakyang dan Syafiq. 
Ieja sayang semua.
Love.



1 comment:

  1. Hehe..biasalah tu 😘😘 happy birthday kakyang

    ReplyDelete