Thursday, April 12, 2018

Nak Kurus Kena Kuat Semangat




Nak kurus kena kuat semangat. Assalamualaikum. Selamat petang! Bila sebut kurus, ramai yang suka topik ni kan. Semua berlumba-lumba nak kurus. 

Betullah kata orang. Perjalanan nak kurus tu penuh berliku. Kena kuatkan semangat, kena berdisplin, kena gigih. Jangan hangat-hangat tahi ayam. 

Macam adik Cik Rose. Dia senaman sambil amalkam atkins, cepat berat dia turun. Dia lelaki, bila dah dapat turunkan berat badan, sekarang dok usaha nak sado pulak dah. Hahaha.

Kakak Cik Rose pula amalkan atkins sahaja. Berat dia turun juga. Sekarang dah kurus macam zaman anak dara. Memang cekal hati. Hari-hari ambil air masak sahaja. 

Cik Rose ni jer yang tak terikut. Sebab berjauhan dari dorang kot. Tak ada sumber inspirasi katanya! Ha ha ha alasan!

Nak kurus, amalkanlah gaya hidup yang sihat. Jangan buat keputusan terburu-buru dengan mengamalkan ubat-ubatan yang tak baik untuk kesihatan. Kesannya nanti buat kita menangis!

Eh ada orang share, badan dah kurus kering, dengan caption ‘dah gemuk’. Haha. Rasa nak sumbat kek dalam mulut dia! Oh please lah kalau nak perhatian pun jangan cakap macam tu! 

Walau apapun bentuk badan kita, kecil besar, kurus gemuk, tinggi rendah, yang penting kita jaga kesihatan kita baik-baik. Badan sihat tu yang penting, bukan bentuk fizikal. 

Kepada yang sedang berusaha nak turunkan berat badan, semoga berjaya! 




4 comments:

  1. Btoiii kena usaha tau kalau nk kurus, bkn harapkan org laen ✌

    ReplyDelete
  2. betulllll kena usaha.ain pun memang struggle jugak nak kuruskan badan ni .hmmm..

    ReplyDelete
  3. semangat yg ada paling lama bertahan sebulan la klu akak hehehhe....

    ReplyDelete
  4. kurus x senang :(
    aida ni nak kurang kan 2-3 kg ajer.
    tapi ya Allah seksa nyer lah...

    ReplyDelete