Thursday, April 05, 2018

PRU14 Bila Parlimen Akan Dibubarkan

Assalamualaikum.
Sana sini orang bercerita tentang pilihan raya. Semua masih berteka teki bila tarikh Parlimen akan dibubarkan? Jika Parlimen dibubarkan, maka pilihan raya bakal berlangsung.

Baik di kedai kopi, di tempat kerja atau di mana-mana sahaja orang dok bercerita. Cik Rose pula yang berdebar-debar menanti pengumuman dari Perdana Menteri kita.

Tik tok tik tok
Jam berdetak

05 April 2018

Masih tiada jawapan.

Namun, macam dah dekat jer. Jalan menghala ke rumah Cik Rose dah lum berkibar bendera Barisan Nasional. 

Berita di televisyen pun dah mula memaparkan berita politik. 

Wakil rakyat juga dah rancak turun padang melawat kawasan masing-masing. 

Cik Rose pun tak sabar sebenarnya. Sebab kali ni, Insyaallah Cik Rose akan merasai untuk undi pos. Yelah, suami Cik Rose tentera. Pengalaman pertama bagi Cik Rose ni. 

Baru-baru ni, Cik Rose ada tengok rakan blogger dapat 
kit Undi 1 Negaraku. Eh menariknya. Apalagi, Cik Rose pun cuba mohon. Tadaaa...


Kalau korang nak juga, boleh ke instagram 1 Malaysia _official . Cubalah mohon, apa salahnya kan. Dapat juga sesuatu.

Jom tengok apa yang Cik Rose dapat.
Pelekat kenderaan
Pen
Rantai kunci
Stand untuk handphone
Buku panduan mengundi


Masa mula-mula dapat,  Cik Rose ingatkan dapat diari/planner. Rupanya bukan. Ini adalah buku panduan mengundi. Sesuai untuk yang pertama kali nak mengundi. Ada dwi bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penerangan tentang sebelum hari mengundi, ketika hari mengundi dan pelbagai soalan-soalan tentang pilihan raya.


Kombinasi warna yang menyerlah. Menarik minat kita untuk membaca.


Ok, Cik Rose ada je buat video ringkas. Korang boleh tengok kat bawah ni, untuk lebih jelas apa yang terdapat dalam Kit Undi 1 Negaraku ini.

10 comments:

  1. kt sini pun meriah dik, sana sini bendara mcm2 color heheheh....

    ReplyDelete
  2. Saya bru daftar tapi masih tak layak undi sebab pengesahan dalam 3-6 bulan

    ReplyDelete
  3. wahh ada lagi x..sempat tak nak mohon..jap nak cuba hihi

    ReplyDelete
  4. nak daftar juga la mana tau kot2 dapat ..comel juga baranmg2 tu.

    ReplyDelete
  5. huhu. x sabar nak balik mengundi.. syok sebab dapat balik jumpa mak abah sebenarnya.. mengundi tu no.2 .. huhu

    ReplyDelete
  6. Akaak pulaj berdebar sebab pru nanti kena bertugas

    ReplyDelete
  7. Wa bestnyaaaa ^^ tahun ni saya mengundi utk Kali ke 2. Hehe

    ReplyDelete
  8. Kita pun ada dapat kit undi tu. Barangnya best, kotak lawa..hehehe...tak sabar nak undi..

    ReplyDelete
  9. Sama laaaa. Area rumah emi dh penuh bendera tu

    ReplyDelete
  10. Rabia baru je daftar..yg hadiah ni still tak dapat lagi.dia ada send email

    ReplyDelete