Wednesday, May 02, 2018

BILA BUNGA PUN PANDAI MERAJUK MACAM ORANG

BILA BUNGA PUN PANDAI MERAJUK MACAM ORANG. Assalamualaikum. Tajuk bukan main lagi, pasal merajuk. Tentang hati dan perasaan. Bukan kita je manusia yang pandai merajuk, bunga-bunga pun pandai tau.

Dek kerana kekangan masa, seminggu dua ni, bunga-bunga Cik Rose mogok! Sedihnya rasa hati. Entah apa yang disibukkan Cik Rose sejak kebelakangan ni pun tak tahulah. Sampai tak ada masa nak belai-belai dan berbual dengan bunga-bunga Cik Rose ni. Nak letak baja pun tak sempat, nak trim pun tak sempat. Siram pun kadang-kadang pagi dan kadang-kadang petang. Ada juga yang sampai satu hari tak siram. 

Manalah bunga -bunga ni tak merajukkan. Bunga dah biasa di manja-manja, bila tak diendahkan, merajuklah dia. Ada yang layu, ada yang hampir mati, ada  yang daun berguguran. huhu. 



Lewat malam tadi, lepas bacaan Yassin di blok, suami Cik Rose dok berkemas balkoni, bagi burung makan. Apalagi, masa tulah Cik Rose ambil kesempatan berkemas jugak. hihi. Tengok jam dah pukul 11 lebih tau. Hampir ke detik 12 malam. Jeng jeng jeng. hihi.

Suami Cik Rose dah siap siram dah semua pokok bunga-pokok bunga. Cik Rose pula mulakan dengan trim pokok bunga tu. Potong bunga-bunga yang dah layu. Buang daun-daun yang rosak. Kemudian gembur-gembur tanah.  Aih sekali buat untuk semua pokok, penat juga rasa. Aihhhh banyak rupanya bunga Cik Rose ni. hikhik.

Mulakan dengan pokok bunga Daisy, kemudian diikuti dengan bunga Ros, bunga Orkid dan lain-lain. Lepas dah siap semua, barulah letak baja. Siap sembang-sembang lagi. Cakap janganlah merajuk, tumbuhlah baik-baik. Berbungalah banyak-banyak. hihi.



Dah selesai semua, eh tengok jam pukul 12.40 malam. Biar betul! Buat macam esok cuti pulak. Padahal, kerja. hihi.

Pokok bunga Daisy dan Bunga Orkid, Alhamdulillah, masih ada bunganya. Cuma tak semeriah dahulu. Pokok bunga Rose memang merajuk terus. Tak ada bunga! So, malam tadi pujuk bunga Ros lebih sikitlah. hahaha.



Bangun pagi ni dengan semangat positif, meneruskan rutin harian seperti sebelum ni. Siram -siram bunga. Bagi burung makanan dan air dulu. hihi.



Moga terus tumbuh segar dan berbunga dengan banyak. 

Sekian, perkembangan terkini di Mini Garden Cik Rose. Eh lupa Cik Rose nak kongsikan gambar-gambar bunga Orkid yang Cik Rose ambil dua minggu sudah rasanya. Dah kongsikan di facebook dan instagram, cuma di blog je belum.

Masa tu rajin, siap ambil sepokok, sepokok ambil gambar. Tengah rajinlah katakan. 

5 comments:

  1. Orang merajuk boleh pujuk lagi..bunga merajuk mau mati

    ReplyDelete
  2. kena rajin bercakap dengan pokok bunga tu
    hehehe

    ReplyDelete
  3. ya Allah..rajinnya cik rose kita ni berbunga2...kita tanam pokok kunyit n cili je rajin..tu pun awal2 je semangat, skang terbiar je sampai berumput2 dalam pasu...hahahahahah

    ReplyDelete
  4. byknye pokok bunga...suka rietta tgk....

    ReplyDelete