Tuesday, May 22, 2018

Resepi Kurma Telur Yang Sangat Senang dan Sedap

Assalamualaikum. 
Selamat berbuka puasa, hari ini Ramadhan ke 6. 

Bukan semua ada skill memasak. Ada yang memang ada bakat memasak. Ada yang suka memasak. Ada yang rajin memasak. Dan ada yang sebaliknya.

Juadah berbuka puasa.

Memang banyak juadah yang dijual di bazar Ramadhan. Tapi, kadang-kadang tak menepati selera kita. Ada pula yang mahal harganya.

Bila dah selalu ke bazar Ramadhan, sampai tak tahu nak beli apa kan. Percaya tak ada rakan Cik Rose yang ke bazar Ramadhan, pusing-pusing, akhirnya balik dengan tangan yang kosong. 


Ok, jangan risau. Kadang-kadang tekak kita ni nak lauk yang simple jer. Bukan lauk yang meriah sangat tu kan. 

Cik Rose cadangkan masaklah Kurma telur. Ya, kurma telur ni simple je tau. Dan sesekali makan, memang berselera. Masak untuk berbuka puasa. Emm sedap! 

Caranya mudah sahaja, dont worry!  Resepi-resepi di blog Cik Rose ni yang simple-simple jer. Hihi. Sebab Cik Rose bukanlah terror di dapur. Ooppss. Hikhik.

Resepi Kurma Telur

Bahan-bahan
4 biji telur rebus ~ dikupas dan digoreng dahulu
2 biji ubi kentang ~ dikupas dan potong 4(Cik Rose tak letak pula, kentang tak ada)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia* (bahan bertanda* boleh ditumbuk atau dimayang halus)
3 sudu besar rempah kurma ~ campur sikit air jadikan pes
 santan sederhana pekat (agak-agak ya, ikut kepekatan kuah yang kita nak)
2 biji cili hijau/cili merah dibelah
Tomato jika korang suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6 
Asam keping
Garam & gula secukup rasa 
Minyak untuk menumis

Rempah tumisan
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
2 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga 



Cara-caranya

1. Panaskan minyak masak. Tumiskan rempah tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang dan biar hingga wangi.
2. Masukkan pes kurma dan kacau rata hingga naik minyak.
3. Masukkan santan, kentang, garam & gula. Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak. - boleh tambah air jika nak berkuah.
4. Masukkan asam keping, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar dan cili besar/ padi. 
5. Biar seketika dan akhir sekali masukkan tomato. Kacau-kacau dulu,  bolehlah matikan api dan hidang. Siap.


Style Cik Rose, kalau masak menu telur rebus memang akan goreng dulu. Sama ada kurma atau sambal. Lagi suka yang goreng dulu.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment