Sesekali ke dapur, lihat apa yang telah terjadi




Assalamualaikum. Selamat malam!
Wahhh tajuk sesekali bikin gempak sikit kan. Mula-mula nak letak tajuk ‘ sesekali ke dapur, lihat apa yang dilakukan wanita ini’. Eh macam seram pulak! Hahaha. So , tukar tajuklah.


Cik Rose jujur, yang Cik Rose jarang ke dapur. Bukan malas, tapi banyak sebabnya. Hari berkerja memang tak masak. Hari minggu, kalau suami ada dan tak terlibat dengan tugas luar, baru Cik Rose memasak. Kalau suami operasi berbulan-bulan, memang cuti masakla Cik Rose. Kecuali kalau teringin nak makan apa-apa. Hihi.

Disebabkan berdua, jadi nak memasak macam tak berbaloi. Lagipun suami kerja bukan office hour.. 

Tapi, kalau datang mood nak masak, memang akan masak. Minggu lepas, Cik Rose masak nasi lemak kuning, sambal udang dan sotong bakar. Nyum nyum sedap di tekak Cik Rose. Puji diri sendirilah sikit. Hihi.

Udang memang feveret Cik Rose. Jadi, kalau pergi pasar mesti beli udang. Selalunya Cik Rose masak sambal atau goreng kunyit. Sesekali buat gulai atau masak lemak cili padi. 

Sotong pula kegemaran suami. Tak kisah masak apa pun. Kali ni Cik Rose buat sotong bakar. Menunlain selalunya sambal atau buat masak kari pekat tu. Ala berempah tu. Sedapnya. Mak Cik Rose selalu masak tu.

Bila rajin, cepat je lerja di dapur. Kalau malas, alahai rasa lama di dapur. Itu normal kan. 


4 comments:

  1. bila nak ajak cik nor ni..hihi

    ReplyDelete
  2. kalau tajuk macam tu, nanti jadi macam blog Oh Bulan or Siakap Keli pulak..hahahahha

    nasi lemak kuning tu, cik rose letak ape jadi kaler kuning ek?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.