Monday, May 21, 2018

Sesuatu Yang Menggembirakan Bila Melihat Ramai Yang Sedang Membaca Blog Kita!


Assalamualaikum. Selamat pagi. 

Sesuatu yang menggembirakan hati Cik Rose bila melihat berapa ramai yang sedang ‘online’ di blog sendiri.

Alhamdulillah.

Tak dapat nak gambarkan rasa hati bila tengok jumlah pengunjung pada satu-satu masa. Dulu masa Cik Rose menulis tentang drama Balqis, pernah dapat hingga ratusan jumlah yang sedang ‘online’.

Semalam, sekali lagi Cik Rose dapat lihat ada jumlah ‘73 users online’. Terima kasih! 


Cik Rose memang ambil berat terhadap apa sahaja yang berlaku di blog sendiri. Hihi. 

Bila nampak perkara seperti ini, memang Cik Rose excited lebih. Hahaha. 

Sepanjang Ramadhan, jumlah trafik memang akan meningkat kan. Cik Rose ada nampak jugak perkongsian rakan blogger tentang trafik mereka. Semakin meningkat di bulan Ramadhan. 
Entry resepi penyumbang utama kata mereka. Wahhh tahniah, tahniah! 

Ramai yang google resepi kan . Menu bersahur, menu berbuka, resepi mudah dan lain-lain. Blog masih relevan gitu! Ramai yang mencari.

Apalagi, jangan lupa menulis resepi. Tapi, awas. Janganlah copy paste uols! Letaklah gambar masakan kita sendiri. Jangan ambil sembarangan, lepas tu share gitu aje. Hikhik. 

4 comments:

  1. Allhamdulillah... teruskan blogging cik rose

    ReplyDelete
  2. memang seronok bila tgk pv kita kan..rasa berkobar2 nak berblogging..hehe

    selamat pagiii dari umifuzy.com

    ReplyDelete
  3. kita tak sempat nak taip resepi pun lagi hehe

    ReplyDelete