Breaking

Saturday, June 30, 2018

Saturday, June 30, 2018

SINOPSIS JANGAN BENCI CINTAKU di TV3

SINOPSIS JANGAN BENCI CINTAKU
Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula.


Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.


Cik Rose minat dengan lakonan Zahirah ni. Suka gaya lakonkan sesuatu watak. Antara pelakon wanita yang best bagi Cik Rose... 

Saturday, June 30, 2018

Lirik Lagu Semakin – Siti Sarah Raissuddin


Lirik Lagu Semakin – Siti Sarah Raissuddin
Aku tak peduli
Walau kau sakiti aku
Hati ini takkan rapuh
Mencintakanmu
Aku tak peduli
Walaupun berulang kali
Hati ini takkan mungkin
Membencimu
Sampai saat ini aku
Tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja
Melekat di hati
Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Betapa dekatnya dirimu
Dihatiku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Ku cuba fahami
Mengapa harus begini
Cinta ini takkan mungkin
Dipaksakan
Sampai saat ini aku
Tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja
Melekat di hati
Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Betapa dekatnya dirimu
Dihatiku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Sampai saat ini aku
Tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja
Melekat di hati
Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Betapa dekatnya dirimu
Dihatiku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hatiku tetap berkata
Mencintaimu
Aku tak peduli

Friday, June 29, 2018

Friday, June 29, 2018

Lirik lagu OST Andainya Takdir 2 -Setia Menunggumu nyanyian Sabhi Saddi



Lirik Lagu Setia Menunggumu - Sabhi Saddi
(Ost. Andainya Takdir 2 )

Mencintaimu itu yang ku tahu
Rindunya bila tak memandang wajahmu

Ku cuba dan ku
kan terus mencuba
mendampingi dirimu sayang

ku kan terus menunggu
menunggu dirimu
sampai mati pun
cintaku hanya untukmu

oh tuhan beri aku kesempatan
untuk diriku memilikinya

Tak akan pernah walau sesaat
ku akan melupakan dirimu sayang
tak akan pernah ku menduakanmu
kerana engkau yang ku cinta

bagaimanalah usahaku untuk melupakan
seraut wajah yang mencuri hatiku
telah ku cuba untuk melupakan dia
namun ku tak mampu melupakannya

bukan aku tak cinta
bukan aku tak sayang
tapi ku takut akan terluka

Ku tak bisa hidup tanpa ada kamu
ku tak bisa bila kau tiada

Ku kan setia menunggumu
Friday, June 29, 2018

Ada Cacing Dalam Produk Ikan Sardin Tin , 6 jenama ditarik balik!

Kementerian Kesihatan (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.
Sumber : KOSMO
~~
Baru je berbual dengan officemate Cik Rose berkenaan hal sardin. Masing-masing takut nak buka tin sardin kat rumah. Dibiarkan begitu saja gittew. Hikhik. Sebab sebelum ni dah viral ada cacing dalam ikan sardin. Tapi, tak tahu lagi jenama sardin masa tu. 
Alih-alih dua hari lepas ada satu jenama sardin dari negara China disahkan mengandungi cacing tu. Eh eh, semalam, sah pula ada 6 lagi jenama yang ditarik balik. Jenama yang familiar pulak tu. Aduhai...
Nasib bukan penggemar sardin Cik Rose ni. Makan gitu-gitu je, cuma sambal dia tu yang sedap! Hihihi.

Korang suka sardin? Makan dengan nasi panas, telur dadar. Ke suka sandwich sardin? Roti canai sardin?


Thursday, June 28, 2018

Thursday, June 28, 2018

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2

Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya.

Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.


PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Anne Abdullah, Norlie Tamam, Ezzaty Abdullah, Jumal Yunus

Thursday, June 28, 2018

Gaji penjawat awam diawalkan pada 18 Julai 2018

Gaji penjawat awam yang dijadualkan dibayar pada 25 Julai 2018 akan diawalkan seminggu kepada 18 Julai depan. Wahh wah.. Gaji awal, berita baik untuk penjawat awam. 
Sebenarnya sama je kan, tarikh gaji bila pun. Displin tu yang penting. Perancangan kewangan tu kena betul. Janganlah dihabiskan semua gaji sempena raya ni. hihi. 

Sumber Kosmo
Menurut surat pekeliling yang dikeluarkan  oleh Akauntan Negara, Datuk Saat Esa, kerajaan telah bersetuju bahawa tarikh pembayaran gaji bulan Julai 2018 dipinda.
“Pelaksanaan peraturan pembayaran gaji tahun 2018 masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2017.

“Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Sebelum ini gaji penjawat awam bagi bulan Jun telah dibayar lebih awal iaitu pada 7 Jun 2018 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri berbanding 25 Jun yang dijadualkan.

Thursday, June 28, 2018

TEMPAHAN CATERING UNTUK JAMUAN RAYA DI SUNGAI PETANI, KEDAH

Bila sebut raya, memang sinonim dengan rumah terbuka ataupun open house. Ada yang buat besar-besaran, dan yang melibatkan sanak saudara sahaja. 


Bila dah ramai jemputan, kadang-kadang tak menang tangan nak masak. Tak sempat kekangan waktu. Ada yang berkerja, ada yang sibuk menziarahi sanak saudara. 

Eh jangan risau, sekarang kan boleh je terus order. Lebih mudah kan. Senaraikan menu yang kita mahu, dan cari sahaja di media sosial. Tapi, jangan salah order. Takut mahal dan tak sedap. 

Untuk warga Sungai Petani, mai Cik Rose nak habaq nak tempah dekat mana. Tempat ja dekat Sapit Catering. Sekitar Merbok pun boleh. Jangan risau. Sapit Catering menerima tempahan untuk pelbagai jenis majlis. 


Alhamdulillah. Tempahan untuk rumah terbuka di Taman Kelisa, Sungai Petani pada Raya ketiga.
Menu : nasi hujan panas, ayam goreng berempah, dalca, kobis goreng, ulaman, sambal belacan dan air anggur.
Untuk tempahan, hubungi Syafiq di 0125203766
Menerima tempahan sekitar Sungai Petani, Merbok, Semeling dan kawasan sekitarnya.


Tempah ja, tak payah kalut-kalut di dapur. Boleh layan tetamu dengan senang  hati gitu. Boleh berbual-bual, bergurau senda di hari raya! hihi.

Antara menu yang di tempah baru-baru ini,  nasi hujan panas, ayam goreng berempah, dalca, kobis goreng, ulaman, sambal belacan dan air anggur.






Inilah Encik Syafiq, owner Sapit Catering merangkap tukang masak jugak. Cuba sekali, nak lagi gitu!


Antara menu yang selalu orang cari di Sapit Catering ialah set nasi beriani dengan tambahan daging masak  hitam. Eh hot item tu! Cik Rose pun penggemar daging masak hitam tu. 

Untuk keterangan lanjut boleh ke instagram Sapit Catering iaitu : https://www.instagram.com/cater4u_sp/

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh terus hubungi Encik Syafiq di www.wasap.my/+60125203766

Terima kasih!

Thursday, June 28, 2018

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA DUNIA 2018 BAGI KUMPULAN E

Keputusan perlawanan Piala Dunia Bagi Kumpulan E. Cik Rose kongsikan di sini. Perlawanan antara Switzerland menentang Costa Rica dan Serbia menentang Brazil. 

Ramai kenalan Cik Rose yang sokong Brazil. Sukalah mereka menerima keputusan ni tadi. Hihi. 



Switzerland seri dengan Costa Rica dua sama. Ini menjadikan Switzerland layak ke pusingan seterusnya dengan memperoleh satu mata menjadikannya jumlah keseluruhan 5 mata. Kedudukan Switzerland dalam kumpulan E adalah di tangga kedua, di  bawah Brazil. 

Brazil pula berjaya menewaskan Serbia dengan jaringan 2-0. Senyum lebarlah ye penyokong Brazil.. hihi,.





Brazil dan Switzerland berjaya mara ke pusingan seterusnya. Tahniah!

Thursday, June 28, 2018

World Cup 2018 : Korea Selatan tewaskan Germany 2-0

Piala Dunia 2018. Korea Selatan tewaskan Germany 2-0! Tahniah Korea. Walaupun tidak berjaya melangkah ke pusingan seterusnya, namun semangat juang Korea harus dipuji! 

Terbaiklah! Cik Rose tengok dalam debaran. Dari awal hingga tamat masa permainan. Dup dap dup dap rasa hati Saat bila mana gol Korea tidak disahkan tu, hinggalah dapat dua biji gol. 



Usaha selagi terdaya. Usaha sehabis baik. Akhirnya berjaya dapatkan 2 biji gol. Tahniah! 

Germany balik awal. Sweden dan Mexico yang mara ke pusingan seterusnya. 



Dari keputusan ini, banyak yang kita dapat pelajari kan. 
Jangan pernah mengalah. Jangan pernah berhenti berusaha. 
Jangan sesekali takut dengan lawan kita. 

Ambil sahaja dari sudut positif :)


Wednesday, June 27, 2018

Wednesday, June 27, 2018

Saling menghargai dan saling mengingati

Assalamualaikum. 

Dalam meniti hari, terkadang kita alpa. Terlalu leka dengan hal duniawi yang sememangnya hanya sementara.

Kerana terlalu selesa berjalan dan berlari, kita berasa amat sakit apabila terjatuh. 

Kerana itu, kita perlu saling ingat mengingati. Saling tegur menegur untuk kebaikan bersama. Dengan niat yang baik dan positif.

Bukan menegur dengan niat yang serong atau mahu menunjuk-nunjuk sahaja. Tutur bicara perlu di susun agar tidak menyinggung satu sama lain.

Maaf. Bila dah terlalu lama berdiam dan bersabar, hati jadi sedikit sakit. Sakit untuk mendengar tiap bait bicara. Seringkali perasaan diguris. Bergurau? Oh maaf. Bukan itu standard bergurau. Bergurau ada hadnya. Mohon lihat situasi, tempat dan masa. Jangan main terjah. 

Apabila tak mampu menerima dan juga tidak mampu membalas, apa yang perlu dilakukan adalah hadkan jarak. Wujudkan sediit jarak agar tidak selalu berhubung. Dengan itu, hati lebih terjaga. 

*****

Layankan emosi malam... bermonolog sendirian.

Tatkala menulis ni, ingatan menjurus kepada seseorang. 

Mira ~ adik praktikal di tempat kerja Cik Rose. 
Walau hanya seketika, cukup mengisi ruang memori dan memberi pembelajaran. Sentiasa bersangka baik dan rapi tutur bicaranya. Dalam kata-kata terselit nasihat.


Ya, will miss you. 

Terima kasih untuk ingatan sepanjang perkenalan. Dan terima kasih juga untuk pemberian di atas. Nota ringkas yang cukup untuk buat hati Cik Rose tersentuh.


Moga terus berjaya dalam apa sahaja yang diusahakan. Moga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. 

~ ~ ~ ~

Allah hadirkan seseorang untuk menyedarkan kita dari lamunan. Juga untuk menguji diri kita. Terpulang bagaimana pembawakan kita. 


Saturday, June 23, 2018

Saturday, June 23, 2018

Menu 1 Syawal di rumah mak

Assalamualaikum. Hari Raya korang masak ape? Mesti special ni kan.. Ada yang buat ketupat, rendang, aneka jenis nasi, laksa, soto dan lain-lain. 

Juadah raya ni ikut negeri juga kan. Ada negeri yang ada menu wajibnya. Mesti ada di pagi raya! 

Raya kali ni, Cik Rose dapat beraya di rumah keluarga Cik Rose. 

Mak masak rendang daging kering. Memang sedap air tangan mak. Rendang ni nak basah boleh, nak kering pun boleh. Untuk kali ni, mak buat kering sebab permintaan anaknya ~ kakak Cik Rose.


Rendang daging tu nak makan dengan apa? Emm ada nasi impit, ketupat pulut dan lemang. Nyum nyum sedap! Barulah raya kan!


Untuk menu makanan berat pula, ada mee kari. Mee kari daging! Feveret Cik Rose. Tahun lepas, mak ada buat. Tak ingat Cik Rose untuk raya ke berapa. Tapi masa tu makan sikit je, tak puas. Sebab tu tahun ni, minta mak buatkan lagi mee kari ni. Sedap! Terima kasih mak. 


Kuih raya. Kebanyakan kuih raya di sponsor oleh kakak Cik Rose ~ Kakyang. Mak ada buat juga kuih. Kuih samprit dan kuih sarang semut. Yang lain semua beli. 


Hari raya kali ni, memang Cik Rose kerja makan jer. So jangan tanya kenapa nampak lain macam. Hahhahah. 

Friday, June 22, 2018

Friday, June 22, 2018

22Jun hari ulangtahun kelahiran Arif

Assalamualaikum.

22 Jun. Merupakan hari ulangtahun kelahiran Arif, anak sedara Cik Rose.

Genap 8 tahun usianya hari ini.


Moga adik sihat selalu, menjadi anak yang baik. Belajar rajin-rajin. 

Ija( mak ude) sayang adik. Walau kita jauh, Ija tetap ingat adik. Kejap je adik dah besar. 

Sayang selalu.


Friday, June 22, 2018

Duit raya - antara budaya dan kemestian

Assalamualaikum. Selamat hari raya! Masih mood raya uols.. Baru 8 Syawal kan..

Ok, bila sebut hari raya, selain ketupat, rendang, kuih raya, baju raya. Apalagi yang korang ingat? 

Duit raya. 

Ya, duit raya. Seronok jadi budak-budak sebab dapat duit raya. Eh Cik Rose nak tanya. Duit raya ni hanya budaya jer kan, tapi nampak macam dah jadi satu kemestian pulak. Huhu.

Memori duit raya.

Teringat Cik Rose waktu kecil dulu. Zaman sekolah rendah memang meriah kutipan duit raya. Dari mak ayah dan sanak saudara comfirm dapat. Lepas tu, kenalah rajin pusing satu kampung beraya untuk dapat duit raya tambahan.

Tapi, kan. Cik Rose dulu pergi beraya, tak kisah pula dapat atau tak duit raya. Masuk rumah orang beraya, minum dan makan kuih raya pun dah syukur. Hilang penat berjalan di tengah panas. Kalau dapat duit raya, kira bonuslah. Alhamdulillah. 

Adab di rumah orang.

Tak pernah pun buka sampul duit raya di hadapan si pemberi. Ya, mak dah ajar. Balik nanti baru tengok atau kira. Jangan dok gatai pi buka depan orang dan dok banding-banding dengan kawan. Pantang! Berani, buatlah.

Hihi ~ semua dah jadi kenangan.. 

Naik sekolah menengah,dah kurang dapat duit raya. Sebabnya dah segan ronda satu kampung. Dapat dari mak ayah dan sanak saudara jer.

Psssttt.... raya 2018. Korang dapat duit raya tak? Di kala usia Cik Rose menginjak ke 30 tahun, Cik Rose dapat duit raya tahun ni. Alhamdulillah   


Pada Cik Rose, memanglah baik kita bersedekah dengan memberi duit raya pada kanak-kanak. Namun, ianya bukan kemestian.

Jangan ajar anak-anak minta duit raya bila beraya ke rumah orang. Jika tuan rumah memberi duit raya, Alhamdulillah. Jika tidak beri, jangan pula kita meminta-minta. Dan jaga adab ketika di rumah orang. Jangan biarkan anak-anak buka sampul tu depan tuan rumah. Tak manis uols... 



Friday, June 22, 2018

Sinopsis Drama Korea Birth Of A Beauty

Assalamualaikum. Sekarang ni Cik Rose tengah mengikuti drama korea yang bertajuk Birth Of A Beauty.

Tertengok di saluran Astro pada awalnya. Terus melekat! Best. Suka dengan pelakonnya juga. Sanggup tengok episod Running Man yang jemput para pelakonnya. Hahaha.


Sinopsis Drama Korea Birth Of A Beauty.

Drama Korea "Birth of a Beauty" adalah Drama Komedi Romantis  tentang dendam, cinta, dan mengenai seorang wanita yang awalnya tidak menarik menjadi wanita yg sangat cantikDrama Ini akan menceritakan kisah tentang seorang wanita yang berubah setelah melakukan pembedahan plastik dan diet, serta orang yang mengubahya seperti itu.

Han Tae Hee, adalah seorang pewaris perusahaan besar bernama SJ Group. namun di balik kekayaan Han Tae Hee ternyata  memiliki Trauma Psikologis karena cintanya ditolak/Patah hati. hingga Akhirnya ia bertemu Sa Geum-Ran seorang wanita yg memiliki  berat badan yang berlebihan/gendut. Han Tae-Hee kemudian membantu  Sa Geum-Ran yg memiliki berat badan yang berlebihan menjadi Wanita cantik lewat operasi plastik dan mengubah namanya menjadi Sara hingga akhirnya  dia pun jatuh cinta pada Sara. bagaimanakah kisah selanjutnya ? 


Walau boleh je tengok online sebah drama ni dah ditayangkan dulu, tetap Cik Rose setia menanti di Astro. Baru rasa berdebar-debar tengok episod demi episod. Hikhik


Friday, June 22, 2018

Piala Dunia 2018 Rusia - Senarai kumpulan

Assalamualaikum. Piala Dunia 2018 dah beberapa hari berlangsung. Maklumlah Cik Rose sibuk beraya. Tu yang lambat kongsikan kemeriahannya.

Di sini Cik Rose sertakan senarai kumpulam bagi negara-negara yang bertanding.
Kredit : mysumber


Korang sokong negara mana? Jom kongsikan dengan Cik Rose.

Friday, June 22, 2018

Sambut Hari lahir di kampung bersama keluarga tersayang

Assalamualaikum. Walau hari ulangtahun kelahiran Cik Rose dah sebulan berlalu, namun ada ceritanya.. 

Empat hari sebelum raya, Cik Rose balik kampung. Dapatlah berbuka puasa bersama keluarga. Menu istimewa, nasi hujan panas. Lawan dengan daging masak hitam. Ada juga roti jala. Em sedap!

Sedang menikmati hidangan berbuka, Cik Rose dikejutkan dengan sebiji kek. Hahaha. Keluarga buat kejutan. Nyum nyum.


Lilin 3 batang, simbolik dengan usia Cik Rose yang menginjak ke 30 tahun. 


Alhamdulillah, dapat sambut dengan insan tersayang. Alhamdulillah.

Dapat hadiah dari kakak, Bawal Exclusive. 


Warna ungu lembut, warna kegemaran Cik Rose.


Tak ada yang lebih menggembirakan selain dapat bersama keluarga tersayang.. 

Moga kasih sayang berpanjangan. Dan tidak diselaputi perasaan negatif. Moga kita sentiasa sayang menyanyangi antara satu sama lain. 

Terima kasih!

Wednesday, June 20, 2018

Wednesday, June 20, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Cik Rose!

Assalamualaikum.
Baru berkesempatan buka blog setelah lebih seminggu bercuti. Tahun ni Cik Rose cuti awal!

Empat hari sebelum raya dah mula bercuti dan pulang ke kampung. Alhamdulillah, dapat beraya bersama suami dan keluarga di kampung. Bukan setiap tahun dapat berkumpul begini.


Raya di Kedah. Rumah keluarga Cik Rose di Merbok dan keluarga suami di Jitra. Biasalah gilir-gilir, satu negeri kan.


Di kesempatan ini, Cik Rose mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. 

Tahun ini, tema baju purple magenta. Tak rancang pun, beli di saat-saat akhir. Hihi.
Entry pendek sahaja. Insyaallah ada kesempatan, entry raya bakal menyusul. 

Ada yang dah mula bertugas? Selamat bekerja Cik Rose ucapkan. 

Tuesday, June 12, 2018

Tuesday, June 12, 2018

Selamat pulang perantau-perantau di Kota!

Wahai perantau, perantau di kota..
Pulanglah ke desa berhari raya..
Ayah serta bonda, amat mengharapkan..
Kepulanganmu di hari bahgia..

Assalamualaikum. Lagi beberapa hari Syawal bakal tiba dan Ramadhan bakal meninggalkan kita. Terasa cepat benar waktu berlalu kan.. 

Dah ada yang mula balik kampung kan. Maklumlah cuti sekolah dah pun bermula. Kali ni cuti sekolah 2 minggu. Alhamdulillah, Cik Rose juga dah mula bercuti dan balik kampung. Tahun ni dapat beraya di kampung bersama suami dan keluarga. Alhamdulillah. 

Balik kampung Ahad malam dan sampai pada pagi Isnin. 


Di kesempatan ni, Cik Rose nak ucapkan selamat balik kampung buat semua. Ehh terasa formal pula. Hikhik. Hati-hati di jalan raya. Pandu dengan selamat. Sabar dan jangan tergopoh gapah ya. 

Sunday, June 10, 2018

Sunday, June 10, 2018

Terjebak Viral Tudung Bawal Satin Crepe

Assalamualaikum. 

Tudung bawal satin crepe. Ada yang memang pakai? Atau ada yang tak tahu tentang kewujudan bawal satin crepe? 

Asalnya, Cik Rose tak tahu pun adanya bawal satin crepe. Yang ada tebukan corak di keliling tudung. 

Cik Rose jalan-jalan bazar raya Batu Pahat. Atau nama glemernya BP Walk. Eh kenapa ramai yang jual tuding ni? Tengah viral ke ni? Kenapa Cik Rose tak tahu ni. Hahahaa.

Untuk tak mahu ketinggalan, Cik Rose pun beli sehelai, warna purple mauve. Seakan-akan purple grey.  Harganya RM20. Adik yang jual tu kata senang pakai ni, terletak je dan beralun lembut. 


Cik Rose meneruskan perjalanan. Ke gerai lain pula. Eh mata terpaku melihat warna pink belacan. Apalagi, bei pulak lagi satu. Kali ni beli juga dengan semburan lilin. Bagi senang terbentuk lagi. Harganya juga RM20.

Dah pakai pun pergi kerja. Cik Rose berpuas hati dengan hasilnya. Hihi.

Beberapa hari lepas, Cik Rose ke bazar raya Parit Sulong pulak. Meriah tempatnya. 

Eh eh ada lagi tudung bawal satin crepe. Ada promosi 3 helai RM50. Oh oh singgah dulu. Niat nak cuci mata. Banyak sangat tone warna yang ada. 

Kali ni ada dua jenis. Ada yang satin crepe dan satu lagi glitter. Eh macam tergoda dengan yang glitter. Mata ni asyiklah pandang pink purple. 

Nasib baik Cik Rose tersedar dan berfikiran waras. Lantas, Cik Rose memilih warna lain. Pilihan Cik Rose malam tu adalam royal blue, mint green dan merah. 



Jadinya koleksi setakat ni 5.helai. Ok, stop membeli. Pakai dulu apa yang ada ni. 

Tudung ni kejap benar perjalanan arusnya. Hari ni jenis lain. Munggu depan dah lain. Hihi. 


~~Pssstt korang dah beli ke tudung raya? 

Sunday, June 10, 2018

Strawberry Body Mist dari The Body Shop yang sedap baunya!

Assalamualaikum. 

Kalau korang beli perfume, korang akan pilih jenis bauan yang macam mana? Fruity ke? Atau flora. Atau kayuan. Eh macam-macam jenis bau yang ada kan.


Macam Cik Rose, suka bau yang sweet-sweet. Maka, selalu Cik Rose akan beli perfume yang jenis fruity sweet-sweet gitu!

Bulan lepas, Cik Rose ada dapat voucher diskaun dari The Body Shop, sempena birthday bulan Mei.. Diskaun 25%. Yeayyyy.Tapi kena beli online sahaja. 

Kalau beli online dengan harga RM 100 ke atas, frees postage! I like. hihi. Cik Rose beli dua body mist dan satu conditioner. Salah satu body mist yang Cik Rose beli adalah Strawberry.


Strawberry. Memang Cik Rose suka. Sebelum ni memang guna body wash, scrub dan losyen strawberry dari The Body Shop. Baunya memang btul-betul bau strawberry. Macam nak makan. hihi. Manis, sedap!

Cik Rose dah guna hampir seminggu. Baunya memang kena dengan selera Cik Rose. Cuma, dah nama body mist, memang kena ulang pakai. Kalau korang nak yang tahan lama, pilih EDP atau EDT ya. 

Macam Cik Rose lebih suka body mist sebab baunya tak strong sangat kan. Sembur di pergelangan tangan dan leher. Jangan sembur di baju pula. Sayang! hihi. 

Bila dah ada ni, asyik nak sembur jer. hihi. Kalau dah habis nanti, memang akan ulang beli. 

Korang suka jenis bau yang macam mana? Cuba share dengan Cik Rose di komen. 

Sunday, June 10, 2018

Lirik Lagu Lavida Raya - Dato Seri Vida

Assalamualaikum. Dah dengar lagu raya dari Dato Seri Vida yang baru? Lavida Raya. 

Cik Rose dah suka pula lagu ni. Best rentak lagu ni tau. Rancak. Dan liriknya pula simple. Memang melekat dalam kepala tau. hihi. Cik Rose pun dok 'oooo ooooo oooo raya!' hahahha.

Macam biasa. Cik Rose kongsikan liri lagu ni ya.

Lirik Lagu Lavida Raya




Muah…muah
Muah…
Kita nyanyi sama-sama ye…

Yang jauh okay
Yang dekat okay
Di hari raya semuanya mesti okay
Ibu ayah okay
Anak-anak okay
Raya with my family feelingnya paling okay

Di hari raya ku putih jelita
Pinkishnya warna blink-blink shinning sini-sana
Lipstick dimuka merah menyala
Lavida raya unyuk sayang-sayang semua

Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo mintaklah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo bagilah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo dapatlah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…ooo…oo banyaknya duit raya

Raya memang happy happy happy
Tema warna warni sayang cantik sekali
Sedondon sehati
Duit seguni saya dah ready
Duit raya diberi…mari mari…mari mari

Di hari raya ku putih jelita
Pinkishnya warna blink-blink shinning sini-sana
Lipstick dimuka merah menyala
Lavida raya unyuk sayang-sayang semua

Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo dapatlah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…ooo…oo banyaknya duit raya

Ingatlah sayang-sayang semua ye
Beraya ikutlah kemampuan diri tau
Raya walau setahun sekali
Jangan berhabis belanja berjoli
Ingat tu tau…okay okay…okay tak
Hmmm good

Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo mintaklah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo bagilah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo dapatlah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo inilah lavida raya

Saturday, June 09, 2018

Saturday, June 09, 2018

Cara jadikan Pokok Bunga Ros galak berbunga

Cara jadikan Pokok Bunga Ros galak berbunga. Assalamualakum. Gembira hati bila melihat pokok bunga kita galak berbunga. Berlumba-lumba untuk berbunga.

Aduhai sukanya. Cantik. 

Cik Rose akui bukan mudah nak jaga pokok bunga Ros. Tak dapat nak jangka. Kejap ok, kejap tak ok. Kena selalu beri perhatian yang lebih kepada pokok bunga Ros. 

Korang sedia maklumkan yang di Mini Garden Cik Rose ada pelbagai jenis bunga. Antaranya Daisy, Orkid  dan juga Ros. 

Jadi, cara penjagaannya berbeza-beza. Banyak yang Cik Rose bereksperimen sendiri sahaja. Try and error orang kata. 

Di bawah ini pokok bunga Ros soft pink. Nak tahu, hampir-hampir nak mati pokok ni. Ia menunjukkan daun kekuningan dan ranting dah mula kering dan hitam. Risau bukan kepalang masa tu. 


Yang ni paling lama bertahan. Beli di awal terbinanya Mini Garden Cik Rose. Hihi. Mawar merah... sayang Cik Rose padanya. 


Mawar putih ni juga sama macam mawa merah kat atas ni. Antara pokok terawal yang Cik Rose beli. Lama bertahan. Dan sekali berbunga, memang banyak tau.


Apa yang Cik Rose buat bila pokok-pokok ni mula menunjukkan tanda tak sihat? 

Nak tahu tanda pokok kita tu sakit? 
Daun mula kekuningan atau mengeluarkan bintik hitam. Dahan kehitaman dan kering. Jika berbunga, bunganya tak nak berkembang. 


Cik Ros mulakan dengan memotong bunga yang tak nak berkembang tu. Juga memotong dahan yang telah  kering. Potong juga daun yang sakit tadi, supaya tidak merebak. 

Kemudian, Cik Rose akan meletakkan baja untuk kesuburan tanah. Siram seperti biasa. Biar dahulu dua ke tiga hari. Tengok macam mana perkembangannya.


Lepas tu, Cik Rose semburkan ‘ubat’ di sekitar daun, batang dan di bahagian dasar pokok. Kalau boleh sembur pada waktu hampir malam atau malam. 

Sebab apa? Waktu itu sejuk dan kita tak lagi akan siram pokok kan. Biarkan.


Setelah hampir seminggu menjalani rawatan, bolehlah letak baja bunga pula. Sama juga, letak pada lewat petang atau awal malam.

Tak perlu tunggu lama, dalam tempoh dua ke tiga hari, pucuk bunga mula tumbuh!


Masa pucuk bunga mula tumbuh ni nak kena jaga. Jangan siram sampai terkena pucuk bunga. Nanti tak jadi berkembang dan kalau mekar, ia akan kehitaman. 

Cukup siram di dasar pasu dan percikkan sahaja air di daun.


Itu je cara yang Cik Rose buat untuk pokok bunga Ros galak menghasilkan bunga.


Ingat, jangan kekurangan air dan jangan terlebih air. Kena try and error juga. Lihat hasilnya. Sebab pokok kita ni tak sama kan. 

Bermula dengan suka-suka, sekarang dah jatuh cinta. Itulah ibaratnya rasa Cik Rose pada pokok bunga-pokok bunga di Mini Garden Cik Rose.