Breaking

Saturday, 9 June 2018

Cara betulkan sinki tersumbat di waktu kecemasan

Assalamualaikum. 

Sinki tersumbat? Aduhai macam mana nak buat ni?


Sinki tersumbat memang jadi satu masalah. Nak guna sinki tak boleh kalau tak baiki lagi. 

Ada yang kata tuang air panas, guna soda bikarbonat. Masih tak baik lagi? Ishhh nak panggil tukang paip ke ni? 

Eh nanti dulu. Apa kata sementara tu cuba dulu cara yang paling senang ni. Cuba dulu sebelum panggil tukang paip baiki. 

Kalau dah cuba cara mudah macam air panas dan soda bikarbonat tak bolehla. Nak buka, korang tak pandai pula kan. 

Betulkan sinki tersumbat guna botol minyak 5kg!

Ya, betul. Tak kisahlah botol minyak atau botol air mineral. Janji besar. 

Caranya mudah. 

Isi air ke dalam botol minyak tadi. Lepas tu, korang terbalikkan botol tu di lubang sinki. Air dalam sinki tu memang sedia ada kan, sebab tersumbat? 

Sewaktu korang terbalikkan botol tadi di lubang, korang tekan-tekan botol tu. Tujuannya memberi tekanan pada sinki tu. 

Nanti air tu bergrak laju dan sinki korang akan ok. Tapi ni cara untuk waktu kecemasan je tau. Lebih baik korang baiki dengan membuka saluran di bawah sinki tu dan lihat apa puncanya. 

Yang Cik Rose ajar ni cara sementara sahaja untuk menggantikan pam getah yang biasa korang beli tu kan. 

Lepas ni ingat, jangan buang sisa makanan terus ke dalam sinki. Asingkan dahulu dalam tong sampah. Juga jangan buang minyak dalam sinki. 

Selamat mencuba! 

2 comments:

  1. wah bagusnya tips ni esp kalau xde pum kat umah.. tq

    ReplyDelete
  2. sebenarnya air dlm botol tu berat.bila kita tonggengkan dia sambil tekan2 sinki tu akan bagi impact untuk bagi air lalu.yang tersumbat tu akan longgar.memang berkesan.Tapi kalau cara ni tak berkesan, curah seperiuk air panas pula.Sinki dari steel akan ada tindakbalas dengan air panas.begitu juga dengan sisa-sisa di saluran sinki.
    Janji Kita

    ReplyDelete