Duit raya - antara budaya dan kemestian

Friday, June 22, 2018
Assalamualaikum. Selamat hari raya! Masih mood raya uols.. Baru 8 Syawal kan..

Ok, bila sebut hari raya, selain ketupat, rendang, kuih raya, baju raya. Apalagi yang korang ingat? 

Duit raya. 

Ya, duit raya. Seronok jadi budak-budak sebab dapat duit raya. Eh Cik Rose nak tanya. Duit raya ni hanya budaya jer kan, tapi nampak macam dah jadi satu kemestian pulak. Huhu.

Memori duit raya.

Teringat Cik Rose waktu kecil dulu. Zaman sekolah rendah memang meriah kutipan duit raya. Dari mak ayah dan sanak saudara comfirm dapat. Lepas tu, kenalah rajin pusing satu kampung beraya untuk dapat duit raya tambahan.

Tapi, kan. Cik Rose dulu pergi beraya, tak kisah pula dapat atau tak duit raya. Masuk rumah orang beraya, minum dan makan kuih raya pun dah syukur. Hilang penat berjalan di tengah panas. Kalau dapat duit raya, kira bonuslah. Alhamdulillah. 

Adab di rumah orang.

Tak pernah pun buka sampul duit raya di hadapan si pemberi. Ya, mak dah ajar. Balik nanti baru tengok atau kira. Jangan dok gatai pi buka depan orang dan dok banding-banding dengan kawan. Pantang! Berani, buatlah.

Hihi ~ semua dah jadi kenangan.. 

Naik sekolah menengah,dah kurang dapat duit raya. Sebabnya dah segan ronda satu kampung. Dapat dari mak ayah dan sanak saudara jer.

Psssttt.... raya 2018. Korang dapat duit raya tak? Di kala usia Cik Rose menginjak ke 30 tahun, Cik Rose dapat duit raya tahun ni. Alhamdulillah   


Pada Cik Rose, memanglah baik kita bersedekah dengan memberi duit raya pada kanak-kanak. Namun, ianya bukan kemestian.

Jangan ajar anak-anak minta duit raya bila beraya ke rumah orang. Jika tuan rumah memberi duit raya, Alhamdulillah. Jika tidak beri, jangan pula kita meminta-minta. Dan jaga adab ketika di rumah orang. Jangan biarkan anak-anak buka sampul tu depan tuan rumah. Tak manis uols... 



1 comment:

  1. betul2.. mak kata jangan bukak depan orang. tapi skrng ahahah ade je yang bukak lepas tu merungut aiyiooo..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.