Menurut surat pekeliling yang dikeluarkan  oleh Akauntan Negara, Datuk Saat Esa, kerajaan telah bersetuju bahawa tarikh pembayaran gaji bulan Julai 2018 dipinda.
“Pelaksanaan peraturan pembayaran gaji tahun 2018 masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2017.

“Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Sebelum ini gaji penjawat awam bagi bulan Jun telah dibayar lebih awal iaitu pada 7 Jun 2018 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri berbanding 25 Jun yang dijadualkan.