Friday, June 01, 2018

Google Analytics | Jumlah pengunjung meningkat pada Mei 2018

Assalamualaikum.

1 Jun 2018. Cepat terasa masa berlalu.

Kali ni nak bercerita berkenaan jumlah pengunjung (viewer) di blog Cik Rose sepanjang bulan Mei 2018.

Boleh lihat seperti di bawah :


Jumlah pengunjung adalah 40.9 ribu. Alhamdulillah.. Jumlahnya meningkat sebanyak 13.5 ribu berbanding bulan April 2018.

Bagi Cik Rose, ia peningkatan yang ketara dan satu pencapaian buat blog ini.

Cik Rose pernah mendapat jumlah yang lebih tinggi sewaktu aktif pada tahun 2014-2016. Namun, ia menurun sedikit setelah Cik Rose buat beberapa perubahan dalam blog. Hihi. Gatai tangan usik itu ini. Dan kadang-kadang tak sempat menulis artikel yang memenuhi selera pengunjung. 

Nak dijadikan cerita, bulan Mac dapat lebih kurang 30 ribu, namun ia menurun pada April menjadi 27.4.. Mungkin kerana perubahan template blog yang Cik Rose lakukan?  

Aih tak boleh jadi ni. Cik Rose harus lakukan sesuatu. Hihi. 

Jadi, untuk bulan Mei, memang Cik Rose berusaha lebih sikit. 

Cik Rose displinkan diri menulis dan perbanyakkan entry setiap hari. Namun, tidaklah Cik Rose hentam sahaja menulis. Cik Rose memilih juga. Masih mengekalkan identiti blog Inilah Realiti Bukan Fantasi ini. 

Rajinkan diri blogwalking. Iya sejujurnya rindu zaman blogwalking dahulu. Hihi. Sekarang masa terhad. Namun, masih berusaha singgah ke mana-mana blog yang Cik Rose tahu. 

Besarlah harapan Cik Rose agar momentum ini dapat dipertingkatkan lagi. Sayangkan blog sendiri! 

Alhamdulillah, rezeki dalam berblog masih ada. Terima kasih sudi berkerjasama dengan Cik Rose. 

Oh ya Cik Rose berkongsi apa sahaja yang Cik Rose suka dengan para pembaca. Moga apa yang dikongsi bermanfaat dengan semua. 

Kuasa blog. Alhamdulillah, penulisan Cik Rose mengenai Catering adik Cik Rose iaitu Sapit Catering, membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya membantu perkembangan bisnessnya. 

Dan sehingga hari ini, ramai yang whatsapp dan menghantar email nak beli burunglah, set penjagaan wajah, kurma dan lain-lain. Hihi. Hairan Cik Rose. Sebab Cik Rose tak jual semua tu. Cik Rose cuma berkongsi sahaja apa yang Cik Rose beli. 

Terima kasih ya sudi berkunjung. 

Tapi kan, dulu Cik Rose pernah jual perfume Dexandra. Tak ada pula yang nak beli dari Cik Rose . Hihi. Why why.. tak apa, rezeki ada di mana-mana. Jangan pernah mengalah! Usaha sehabis daya uols! 


5 comments:

  1. alhamdulillah. blogger tegar, yui sndu terus. hehe

    ReplyDelete
  2. rajin nya menulis. saya ni nak kena usaha menulis tiap hari.

    ReplyDelete
  3. tahniah CikRos.. rajin up entry. kalo cem CT ni hehe sendu sendu..

    ReplyDelete
  4. tahniah. kipidap.
    blogging santai.
    sebar ilmu yg beri manfaat kan.
    aida ni jarang plak cek trafik blog.
    ntah ok ntah tak hi hi hi...
    just menaip bila ada cerita dan ada masa.
    blogwalking pun aida sgt suka.

    ReplyDelete