Breaking

Saturday, 30 June 2018

SINOPSIS JANGAN BENCI CINTAKU di TV3

SINOPSIS JANGAN BENCI CINTAKU
Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula.


Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.


Cik Rose minat dengan lakonan Zahirah ni. Suka gaya lakonkan sesuatu watak. Antara pelakon wanita yang best bagi Cik Rose... 

3 comments:

  1. x suka cara isteri dia tu.. kebudakan sgt.. hehe

    ReplyDelete
  2. kebudak2an tu ok lagi.. keluar dgn lelaki lain tanpa izin suami tu yg menyakitkan hati tu.. hehe

    ReplyDelete